About

Saturday, 30 November 2019

PROGRAM KARNIVAL "LET'S" IMARAH MASJID 2019 - MASJID NURUL HIDAYAH

Hari ini masih berlangsung Program Karnival Let's Imarah Masjid 2019 di perkarangan Masjid Nurul Hidayah, Masjid Daerah Manjung, Seri Manjung.

Imarah yang membawa dua (2) maksud pertama membina, memelihara dan membaiki jika perlu dan yang ke-2 nya bermaksud mengunjungi masjid sebagai amalan lazim. 

Program pagi ini memaparkan intitusi masjid bukan sekadar tempat ibadah semata-mata tetapi adalah juga sebagai pusat penyatuan ummah, pusat komuniti setempat dan kebergantungan masyarakat dari sudut sosial dan ekonomi.

Program anjuran Masjid Nurul Hidayah dengan kerjasama Pejabat Daerah Dan Tanah Manjung, Majlis Perbandaran Manjung, Pejabat ADUN Pasir Panjang, Jabatan Kesihatan, PDRM dan lain-lain agensi kerajaan pusat dan negeri serta NGO di Daerah Manjung.

Pelbagai program diadakan sejak awal pagi tadi termasuklah majlis berkhatan, fun ride, pertandingan hafazan al quran, azan, khutbah, masakan, Fifa ps4, sepak takraw, street soccer dan program forum perdana serta malam kesenian islam di waktu malam nanti.

Semoga usaha bagi penyatuan komuniti di dalam satu program dengan penglibatan bersama agensi kerajaan, swasta dan NGO kearah mewujudkan perpaduan masyarakat setempat.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





0 Comments:

Post a Comment