About

Sunday 29 May 2022

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI JABATAN PENERANGAN NEGERI PERAK DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG DAN INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SULTAN AZLAN SHAH MEDIUM BARU MENDEKATI MASYARAKAT.

 PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI JABATAN PENERANGAN NEGERI PERAK DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG DAN INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SULTAN AZLAN SHAH MEDIUM BARU MENDEKATI MASYARAKAT.

28 Mei 2022 (Sabtu) - Bertempat di Teluk Senangin, Lumut telah dilaksanakan Program Komunikasi Tindakan Setempat (KOMTIS) dalam merencanakan perhubungan erat di antara masyarakat setempat dengan agensi kerajaan.
Program perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Azri Jaafar, Pegawai Khas ADUN Pangkor yang mewakili YB Dato' Seri DiRaja Dr.Haji Zambry Abd. Kadir yang telah menyumbang dana khas bagi menaik taraf Surau At-Taufiqiah, Teluk Senangin untuk keselesaan pengunjung pantai peranginan mengerjakan ibadah solat.
Turut hadir Puan Noor Idayu Yeop Husin, Penolong Pengarah Cawangan Khidmat Pengurusan Kewangan Jabatan Penerangan Perak dan Encik Sazeli Zakaria, Timbalan Pengarah HEP, ILKKM Perak.
Sebelum itu diadakan program gotong-royong membersih persisiran pantai yang dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar, program menanam 50 pokok merambong untuk kelestarian habitat penyu oleh Unit Landskap dan sumbangan enam kotak makanan dari Projek ERAT dan pemeriksaan kesihatan dalam program ziarah kasih untuk enam ketua keluarga yang miskin oleh Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial.
Selain itu turut diadakan booth pameran oleh ILKKM Perak dan gotong-royong memasak bersama komuniti kampung.
Objektif program ialah bagi mendekati komuniti dan memastikan maklumat yang diperolehi tidak terhad dalam lingkungan komuniti sahaja serta memperkukuhkan lagi jaringan perhubungan disamping memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.
"Komuniti Lestari Masyarakat Berinformasi"
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung









PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK ST.FRANCIS PEMANGKIN HUBUNGAN ERAT AGENSI DENGAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK ST.FRANCIS PEMANGKIN HUBUNGAN ERAT AGENSI DENGAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

28 Mei 2022 (Sabtu) - Sejarah Sekolah St.Francis yang terletak di Jalan Raja Omar, Sitiawan bermula sejak tahun 1955. Asalnya sekolah tersebut menumpang disebuah bangunan sementara dalam kawasan gereja Katholik. Kini sekolah tersebut merupakan Sekolah Kebangsaan bantuan kerajaan sejak tahun 1998.
Sekolah yang terkenal dalam pencapaian yang baik dari segi akedemik dan kokurikulum melalui sukan silat dan taekwando telah berjaya mengilap bakat atlet, juara dalam acara public speaking dan pidato.
Hari ini sekolah SK St.Francis menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-47 yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Encik Issamudin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial yang mewakili Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung.
Objektif program adalah bagi memupuk hubungan erat antara agensi pendidikan bersama pihak berkuasa tempatan dalam memperkasa komuniti melalui peranan ibubapa sebagai komuniti perbandaran. Selaras fungsi PIBG sebagai satu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan, kemajuan murid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah.
Pencapaian akedemik murid-murid yang baik dan sihat bakal melahirkan warga perbandaran yang berdisiplin dan bersemangat waja serta menjadi tunjang harapan perbandaran.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung







Wednesday 25 May 2022

MAJLIS APRESIASI MANJUNGKU PERBANDARAN MAKMUR MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG 2021

 MAJLIS APRESIASI MANJUNGKU PERBANDARAN MAKMUR MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG 2021

25 Mei 2022 (Rabu) - Bertempat di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan Majlis Apresiasi Manjungku Perbandaran Makmur bagi tahun 2021.
Majlis bersejarah tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Nolee Ashilin Mohamed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak.
Turut menyerikan majlis ialah Tuan Shamsul Ridzuan Idris, Pegawai Daerah Manjung, Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung dan ketua jabatan serta wakil agensi kerajaan pusat, negeri dan daerah Manjung.
Majlis yang diadakan setiap dua tahun sekali adalah aktiviti Majlis Perbandaran Manjung untuk menghargai pencapaian dan penglibatan badan kerajaan, badan bukan kerajaan termasuk pihak swasta, persatuan dan individu yang telah berjaya mengharumkan dan memahat nama serta menyumbang peranan sebagai berjasa dan proaktif kepada komuniti pada tahun 2021.
Tahun 2021 adalah era dimana dunia, negara dilanda dan diuji dengan Pandemik Covid-19 tidak terkecuali juga komuniti di daerah Manjung dan sebagai menghargai peranan, sumbangan atas jasa dan rasa tanggungjawab kepada komuniti setempat pihak Majlis Perbandaran Manjung mengambil inisiatif dengan mengadakan Majlis Apresiasi 2021 yang bertujuan mengenang jasa bakti agensi, swasta dan individu yang telah berganding bahu menentang dan membendung Pandemik Covid-19 serta menyantuni komuniti perbandaran.
Selain itu, majlis ini juga digunakan untuk mengiktiraf keringat yang telah dititiskan oleh individu, kumpulan, agensi kerajaan dan swasta demi mengharumkan nama daerah Manjung dipersada negara dan daerah Manjung.
"Komuniti Sepakat Membawa Berkat"
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung"








Wednesday 18 May 2022

PROGRAM BENGKEL PENGGUBALAN PROJEK PEMULIHAN PELANCONGAN MAMPAN BERSAMA UNITED NATION DEVELOPMENT PROGRAMME (UNDP)

 PROGRAM BENGKEL PENGGUBALAN PROJEK PEMULIHAN PELANCONGAN MAMPAN BERSAMA UNITED NATION DEVELOPMENT PROGRAMME (UNDP)

Pada 18 Mei 2022 bertempat di Ballroom Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung bahawa United Nation Development Programme (UNDP) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung telah mengadakan Program Bengkel Penggubalan Projek Pemulihan Pelancongan Mampan sebahagian daripada siri perundingan pihak berkepentingan untuk fasa reka bentuk projek.
Program Bengkel Penggubalan Projek Pemulihan Pelancongan Mampan telah dihadiri oleh agensi kerajaan iaitu Tourism Perak Malaysia, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara, Pejabat Hutan Daerah Kinta Manjung, Perbadanan Taman Negeri Perak, Sekretariat Pulau Pangkor Bebas Cukai (PBC), Muzium Beruas, Pejabat Perikanan Negeri Perak serta turut dihadiri oleh badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Pertubuhan Sahabat Bakau Lekir, Rakan Segari Persatuan Pencinta dan Pemuliharaan Penyu Pangkor, Persatuan Rekreasi Pangkor.Selain itu program tersebut dihadiri oleh orang perseorangan iaitu Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Masyarakat Prihatin Perak, Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Lumut, Budaya dan Seni pula dihadiri oleh Laman Karya (Lumut), Percha Art Space, Lumut, PORT, Suara Anak Laut, Pengiat Pelancongan dihadiri oleh Persatuan Pembangunan Hotel & Resort Pulau Pangkor, Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Perak, Persatuan Teksi Pulau Pangkor, Mesra Feri Pangkor, Duta Feri Pangkor, Pan Silver Feri Pangkor, Pakya Chalet and Minicamp Teluk Senangin. Seterusnya Jawatankuasa Pelancongan, Sukan dan Kebudayaan dihadiri oleh Tuan Haji Rosli bin Abd Rahman, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung, Tuan Haji Hamidun Bin Ahmad, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung, Tuan Haji Ahmad Zamhuri bin Mahmud, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung, Encik Ramzi Bin Bakar, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung.
Matlamat Projek UNDP bertujuan sebagai penggubalan Projek Pemulihan Pelancongan Mampan adalah perundingan ketiga untuk melengkapkan reka bentuk bersama aktiviti projek bersama-sama dengan pihak berkepentingan.
Semoga jalinan kerjasama antara agensi kerajaan dan bukan kerajaan melalui program ini dapat memberi ruang dan peluang kepada semua pihak untuk mendapatkan maklumat terus dari pihak atasan secara bersemuka atau secara “direct” serta mewujudkan hubungan baik dan semangat kerjasama diantara semua kumpulan berkepentingan dan komuniti.
Bahagian Pelancongan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






PROGRAM JIWA MURNI "UNDER WATER CLEAN UP" BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG SEMPENA SAMBUTAN HARI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA KE-88

 PROGRAM JIWA MURNI "UNDER WATER CLEAN UP" BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG SEMPENA SAMBUTAN HARI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA KE-88

18 Mei 2022 (Rabu) - Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (Mk SPPA) TLDM, Lumut telah berkolaborasi bersama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar, Majlis Perbandaran Manjung dalam aktiviti Program Jiwa Murni "Under Water Clean Up" di persisiran Sungai Dinding, Lumut sempena sambutan Hari Tentera Laut DiRaja Malaysia Ke-88.
Program yang dilangsungkan adalah inisiatif bagi menyokong hasrat pucuk pimpinan tertinggi TLDM ke arah memperkasakan hubungan dua hala bersama agensi awam dalam pemuliharaan kawasan sungai atau pantai awam daripada pencemaran alam sekitar.
Dengan kekuatan 100 orang anggota pelbagai pangkat yang bergotong-royong membersih sampah sarap di persisiran sungai dan sebahagian anggota penyelam @ divers mengutip sampah sarap yang terdapat di dalam sungai membuktikan kesungguhan anggota TLDM Markas Selam dan Peperangan Periuk Api dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat kepada agensi awam dan orang awam amnya.
Sekalung penghargaan, tahniah dan terima kasih kepada TLDM khasnya Markas Selam dan Peperangan Periuk Api yang pertama kali memperkenalkan gotong-royong pembersihan "Under Water".
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung









Sunday 15 May 2022

PROGRAM KHIDMAT KEMASYARAKATAN HOSPITAL PANTAI MANJUNG DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 PROGRAM KHIDMAT KEMASYARAKATAN HOSPITAL PANTAI MANJUNG DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

14 Mei 2022 (Sabtu) - Bertempat di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Segari sedang berlangsung Program Kemasyarakatan Sosial Korporat Hospital Pantai Manjung (PHM) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung.
Program tersebut turut disertai oleh Jabatan Perikanan Malaysia, Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIMET ) dan badan bukan kerajaan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA).
Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Tuan Dr. Mohd Norfahmi Mohd Sohot, Ketua Pegawai Operasi Hospital Pantai Manjung, Tuan Albert Apollo Chan, Timbalan Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia (Negeri Perak), Tuan Ramzi Bakar, Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 24 (Segari), Puan Norul Fahezah Salehhuddin, Ketua Cawangan Pengurusan dan Pelindungan Sumber, Jabatan Perikanan Malaysia (Negeri Perak) dan Puan Saramurni Haryanti Abdul Hamid, Kouselor UniKL MIMET, Tuan Ismady Ahmad Radzuan, Timbalan Pengerusi Persatuan Aktiviti Sahabat Alam (KUASA) yang turut bergotong-royong bersama 80 orang kakitangan dan pelajar daripada agensi dan badan bukan kerajaan dalam aktiviti yang telah dirancang.
Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah menanam 70 anak pokok merambong yang telah disumbangkan oleh Unit Landskap, Majlis Perbandaran Manjung, membersih sampah sarap di persisiran pantai dimana sebanyak 69.6kg sampah dapat dipungut pada program sebentar tadu dan aktiviti membersih kolam penyu.
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada pengurusan Hospital Pantai Manjung (PHM), Jabatan Perikanan Malaysia (Negeri Perak), Universiti Kuala Lumpur MIMET dan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) yang berkolaborasi bersama untuk pembangunan di kawasan pelancongan negeri Perak khususnya di daerah Manjung.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung










PROGRAM PENDIDIKAN DAN PEMULIHARAAN PANTAI PENDARATAN PENYU - INISIATIF PERSATUAN AKTIVITIS SAHABAT ALAM (KUASA) DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 PROGRAM PENDIDIKAN DAN PEMULIHARAAN PANTAI PENDARATAN PENYU - INISIATIF PERSATUAN AKTIVITIS SAHABAT ALAM (KUASA) DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

14 Mei 2022 (Sabtu) - Dua program pembersihan pantai telah diadakan dalam satu hari di lokasi yang sama iaitu di Pantai Pasir Panjang, Segari.
Sebelum itu, program bersama Pantai Hospital Manjung (PHM) telah berakhir pada jam 1.00 petang telah disambung semula oleh badan amal Eko-Eko Roots and Shoots Malaysia yang berpengkalan di Kuala Lumpur bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang.
Terima kasih kepada Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dibawah pimpinan Encik Noor Ismady Ahmad Radzuan, selaku Timbalan Pengerusi persatuan yang sanggup bekerjasama dengan Unit Perkhimatan Bandar Zon 3, Majlis Perbandaran Manjung dalam kedua-dua kempen kebersihan pantai tersebut sejak awal pagi hingga lewat petang.
Sebanyak 492.7kg sampah sarap dari pelbagai jenis dapat dipungut oleh 57 orang sukarelawan Eko-Eko Roots and Shoots, KUASA dan Majlis Perbandaran Manjung.
Turut hadir ialah Encik Rasli bin Ibrahim, Pengerusi Persatuan Pencinta dan Pemuliharaan Penyu Pulau Pangkor (PENCINTA).
Semoga usaha murni dan inisiasif badan bukan kerajaan khususnya yang terdapat di daerah Manjung terus subur untuk menjalin kerjasama bersama Pihak Berkuasa Tempatan dalam mewujudkan persekitaran pantai yang bersih, ceria dan selamat dikunjungi disamping meningkat kesedaran awam, sikap kebertanggungjawaban semua pihak termasuk agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan perairan pantai.
#pantai milik semua.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung










Wednesday 4 May 2022

MAJLIS RU'YAH HILAL SYAWAL 1443H

 MAJLIS RU'YAH HILAL SYAWAL 1443H

1 Mei 2022 (29 Ramadan 1443H) - Bertempat di Baitul Hilal, Pantai Pasir Panjang, Segari, Lumut telah diadakan Majlis Fardu Kifayah iaitu Mencerap Anak Bulan Syawal bagi menentukan kenampakan anak bulan syawal oleh Jabatan Mufti Negeri Perak.
Majlis yang bertujuan untuk menetap tarikh 1 Syawal bagi membolehkan umat islam di seluruh negara menyambut Hari Raya Aidil Fitri bagi tahun 1443 Hijrahbersamaan tahun 2022 Masihi.
Majlis dihadiri oleh S.S Dato' Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak. Dif terhormat yang turut dihadir adalah YDH Toh Seri Bijaya Left.Kol (B) Dato' Shaharudin bin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan (OBJ) Manjung dan YBhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato' Wan Mohd Isa bin Dato' Haji Wan Razalli, Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama serta Ketua dan Wakil Jabatan Kerajaan Negeri dan Pusat dan orang awam.
Sebelum itu turut diadakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat bagi memohon kemudahan dan kelancaran majlis semoga mendapat pertolongan daripada Allah SWT.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung