About

Wednesday 16 September 2020

PROGRAM SEMARAKKAN KEMERDERKAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2020

Ketua-Ketua Masyarakat Tempatan daerah Manjung memang terbaik dan amat menghayati

program sempena bulan Muharram dan hijrah serta kebetulan pula serentak di bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Ketua masyarakat tempatan yang terdiri daripada Kawasan Rukun Tertangga (KRT), Persatuan Penduduk, PPDK, JMB melaksana pelbagai program bersama komuniti setempat seumpamanya gotong royong memasak bubur Asyura, gotong royong kebersihan anti denggi, program keceriaan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
 
Program-program yang menyatu padu masyarakat berbilang bangsa dan agama, mengeratkan hubungan silaturrahim amatlah dihargai dalam memupuk semangat kerjasama antara komuniti dan semangat kejiranan seumpama aur dengan tebing.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






 





PROGRAM GOTONG-ROYONG JAWATANKUASA PENDUDUK AHLI MAJLIS (ZON 10) MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 

Peribahasa..Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan...yang bermaksud sekiranya seseorang itu bersungguh-sungguh dalam mengusahakan sesuatu, pasti akan mampu melaksanakannya.

Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 10 (Sitiawan) @ Ahli Majlis Perbandaran Manjung hari ini Encik Hamdan Bin Mohamed bermandi peluh bersama komuniti Kampung Sitiawan, komuniti Kampung Sungai Rumput dan komuniti Taman Desa Maju dalam Program Gotong Royong di Dataran Hujung Tanjung Kampung Sitiawan, Sitiawan.
 
Program anjuran Jawatankuasa Sementara Penduduk Kampung (JSPK) Kampung Sitiawan disertai oleh Ahli Majlis Zon yang perlu memikul tanggungjawab dengan amanah untuk memberi perkhidmatan
terbaik bagi komuniti di zon kawasan seliaannya.
 
Objektif program adalah memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa tanggungjawab menjaga kebersihan tempat awam tidak perlu bergantung kepada Pihak Berkuasa Tempatan sahaja malah komuniti juga perlu memainkan peranan dalam memastikan tempat riadah awam kekal bersih dan ceria.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung




 

PROGRAM KONVOI HARI MALAYSIA 2020 KOMUNITI BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 Malaysia Prihatin adalah tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020..

Pagi tadi bertempat di Padang Taman Manjung Point Seksyen 2, Seri Manjung telah berlangsung Program Konvoi Hari Malaysia 2020 dan Majlis Memasak Bubur Assyura anjuran Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 9.
 
Program telah dirasmikan oleh Tuan Haji Hamidun Bin Ahmad, Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 8 yang mewakili bagi pihak Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung.
 
Turut hadir adalah Ahli Majlis Zon 15 Puan Hajah Habibah Binti Rasdi dan Ahli Majlis @ Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 9 Tuan Haji Rosli Bin Abd Rahman sendiri selaku tuan rumah serta Pengerusi KRT setempat.
 
Program konvoi disertai oleh 5 Komuniti KRT dibawah Jawatankuasa Penduduk Zon 9 daripada komuniti KRT Samudera 1, KRT Samudera 2, KRT Manjung Point, KRT Manjung Point Seksyen 4&5, KRT Samudera Baru.
 
Peserta konvoi disertai oleh 20 buah kereta dan 30 buah motosikal yang dihiasi Jalur Gemilang bergerak daripada Padang Taman Manjung Point Seksyen 2 melalui bandar Seri Manjung yang diiringi oleh "team riders" Polis DiRaja Malaysia IPD Manjung.#Kredit PDRM.
 
Objektif program adalah bagi memupuk dan menyemarak semangat patriotisme dalam jiwa komuniti yang menyertai konvoi dan masyarakat yang melihat acara konvoi tersebut agar berdetik jiwanya mereka "..bertapa sayangnya mereka terhadap negaraku Malaysia.."
 
Apapun tanamkan perasaan sayang, hormat dan cintakan negara serta kukuhkan ikatan perpaduan berbilang bangsa dan agama kerana kita adalah benteng negara.
 
#Malaysia Prihatin
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





 

Tuesday 15 September 2020

Program Merdeka@Komuniti Gotong-Royong Komuniti Bersama Majlis Perbandaran Manjung.

 Bertempat di Padang Awam Taman Bintang, Pantai Remis pagi tadi telah berlangsung Program Merdeka@Komuniti Gotong Royong Komuniti Bersama Majlis Perbandaran Manjung.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Manjung yang telah berlangsung pada petang kelmarin hingga lewat malam tadi disambung lagi pada pagi ini dengan program senamrobik dan aktiviti gotong royong membersih kawasan padang tersebut.
 
Jabatan Kesihatan Persekitaran Dan Perkhidmatan Bandar Zon 3 Majlis Perbandaran Manjung turun membantu komuniti setempat bagi membersihkan kawasan padang awam tersebut.
 
Objektif program adalah bagi menanam sikap murni menjaga kebersihan persekitaran kawasan awam dan memupuk semangat kerjasama antara komuniti setempat dan Pihak Berkuasa Tempatan.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 

 




 

Saturday 12 September 2020

PROGRAM ZIARAH DAN MUSA'ADAH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) KE LUMUT DAN PANGKOR

 

..Musa'adah membawa maksud bantuan, pertolongan atau sokongan...
 
Petang tadi bertempat di Maahad Tahfiz Bayt Al- Ikhlas, Kampung Padang Tembak, Lumut telah berlangsung Program Ziarah YB Senator Datuk Dr Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
 
Rombongan YB Senator adalah dalam rangka lawatan ziarah Mahabbah SS Tan Sri Mufti Perak dan Menteri Besar Perak serta barisan Exco di Ipoh awal pagi tadi dan akan bergerak ke Pulau Pangkor petang nanti bagi memenuhi aturcara program tazkirah dan juga penyampaian Musa'adah Covid-19 kepada 150 orang Asnaf di Pulau Pangkor pada malam nanti.
 
Keesokkannya hari YB Senator akan memenuhi jadual aktiviti lawatan ke Sekolah Tahfiz Pangkor, ziarah dan makan tengahari di kediaman ibu YB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abdul Kadir, ADUN Pangkor dan ke Pangkalan TLDM bagi simbolik Majlis Musaadah Covid-19 kepada warga TLDM dan lawatan ke kapal KD Lekiu sebagai pengakhiran program.
 
Program petang tadi turut disertai oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh dan Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 2 Laksamana Pertama Dato' Anuar Bin Haji Alias.
 
Objektif program adalah inisiatif bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah termasuk intitusi yang menepati syarat yang ditetapkan yang terkesan dan terjejas pendapatan akibat wabak Covid-19.
 
#Musa'adah apa yang penting sampai ke sasaran, boleh dimanfaatkan seramai mungkin.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





 
 

PROGRAM GOTONG-ROYONG "WORLD CLEAN UP DAY" MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA PERSATUAN AKTIVIS SAHABAT ALAM (KUASA)

 

Pagi ini bertempat di Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Segari sedang berlangsung Program Gotong Royong Pembersihan Persisiran Pantai sempena "World Clean Up Day".

Program anjuran Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) bersama sukarelawan untuk membebaskan bumi daripada permasalahan sampah sarap dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung.
 
Program tersebut adalah sejajar dengan visi Majlis Perbandaran Manjung untuk menjadikan Perbandaran Manjung sebagai bandar pelancongan dan maritim yang maju, progresif dan makmur.
 
Seramai lebih kurang 70 orang terdiri drp sukarelawan dan aktivis KUASA berganding bahu bagi tujuan yang sama mengutip sampah sarap terdiri daripada plastik dan lain-lain sepanjang persisiran Pantai Pasir Panjang tersebut.
 
Objektif program adalah mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat untuk dikunjungi dan memberi peluang yang cerah kepada hidupan marin seperti penyu untuk terus hidup agar tidak pupus untuk generasi akan datang.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





 

Friday 11 September 2020

PROGRAM MERDEKA @ KOMUNITI JALUR GEMILANG DAN GOTONG-ROYONG PERDANA BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 Pagi ini bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Datuk Seri Kamaruddin, Seri Manjung sedang berlangsung Program Merdeka@Komuniti Jalur Gemilang Dan Gotong Royong Perdana 2020.

 
Program telah dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Manjung Ybhg Tuan ACP Noh Omar Bin Sappi.
Antara agensi yang turut serta adalah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Pejabat Perpaduan Daerah, Majlis Perbandaran Manjung, Pejabat Penerangan Daerah, Penghulu Mukim Sitiawan dengan kerjasama KRT Daerah Manjung, JSPK termasuk KRT Kg Datuk Seri Kamaruddin.
Kampung Datuk Seri Kamaruddin, Seri Manjung dipilih sebagai tuan rumah bagi program yang ke-2 selepas program yang pertama diadakan di Taman Berpadu tempohari.
 
Pelbagai program telah diadakan sejak awal pagi termasuk gotong-royong Majlis Perbandaran Manjung Bersama Komuniti, peraduan mewarna kanak-kanak Tadika Kemas Daerah Manjung, pertandingan memasak Takoyaki, ceramah anti dadah, taklimat perniagaan daripada Pengerusi Persalam, taklimat AADK, persembahan sajak, penyerahan jalur gemilang kepada agensi kerajaan, JSPK Mukim Sitiawan dan komuniti setempat.
 
Objektif program adalah bagi memupuk perpaduan dan semangat kerjasama baik antara agensi kerajaan dengan penglibatan komuniti Daerah Manjung sempena bulan kemerdekaan dalam menghargai, mencintai dan menghormati negara tumpah darah ku Malaysia.
 
#Malaysia Prihatin
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 





Thursday 10 September 2020

PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSEPADU AGENSI KERAJAAN, SWASTA DAN KOMUNITI

 

Hari ini Program Gotong-Royong Bersih Indah di 8 kawasan zon di seluruh Pulau Pangkor Bebas Cukai diadakan secara bersepadu.

Program gotong-royong kebersihan persekitaran dilaksanakan sempena menyambut kedatangan lawatan kerja YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia ke Pulau Pangkor Bebas Cukai yang dijangkakan pada minggu berikutnya.
 
Program anjuran Majlis Perbandaran Manjung dengan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan yang terdapat di pulau Bebas Cukai tersebut adalah daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Lembaga Air Perak, pihak penyelenggaraan kebersihan swasta E-Idaman Sdn.Bhd, NGO Combi Pulau Pangkor, Team Beach Boys, komuniti Pulau Pangkor, Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung dan Ahli Jawatankuasa Penduduk Zon 1 (Pulau Pangkor) Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung.
 
Objektif program adalah bagi mewujudkan hubungan kerjasama yang baik, semangat bergotong-royong dan menjalin ikatan yang kukuh antara agensi kerajaan, badan swasta dan komuniti setempat bagi meraikan kedatangan YAB Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 tersebut.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung








 

PROGRAM MESYUARAT PENUBUHAN JAWATANKUASA PENDUDUK AHLI MAJLIS ZON 15 (LEKIR)

 

Petang ini sedang berlangsung Program Mesyuarat Jawatankuasa Penduduk Zon 15 (Lekir) di Kabin Mesyuarat di Dataran Perkampungan Tersusun Batu 7, Lekir, Sitiawan.

Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 15 Puan Hajah Habibah Binti Rasdi adalah secara automatik dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 15. 
 
Ahli-ahli jawatankuasa yang lain menganggotainya adalah terdiri wakil daripada komuniti taman perumahan dan kampung yang terdapat di kawasan zon Ahli Majlis Zon 15 bermula daripada Batu 6, Lekir hingga Kampung Kayan, Lekir, Sitiawan.
 
Ahli Majlis Perbandaran Manjung yang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penduduk seumpama seorang ADUN yang mempunyai pelbagai DUN di bawah kawasan seliaannya. 
 
Majlis penerangan berkenaan tujuan Jawatankuasa Penduduk Zon telah disampaikan oleh Encik Muhamad Shukri Bin Ismail, Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial.
 
Objektif utama adalah sebagai flatform mewujudkan hubungan kerjasama diantara Majlis Perbandaran Manjung dan warga perbandaran dalam semua aspek dan juga sebagai satu inisiatif bagi memberi galakkan dan penyertaan warga perbandaran dalam hubungan kemasyarakatan serta menangani isu-isu perbandaran kearah menjadi bandar selamat serta menjalin hubungan baik antara komuniti zon 15 bersama Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Manjung dan agensi kerajaan yang lain.
 
Bahagian Kemasyarakatan,
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung