About

Showing posts with label PENDIDIKAN DAN INTERGRASI NASIONAL. Show all posts
Showing posts with label PENDIDIKAN DAN INTERGRASI NASIONAL. Show all posts

Saturday, 30 October 2021

PROGRAM SEPAKAT@KOMUNITI JABATAN PENERANGAN BERSAMA PEMIMPIN-PEMIMPIN MASYARAKAT DAERAH MANJUNG

PROGRAM SEPAKAT@KOMUNITI JABATAN PENERANGAN BERSAMA PEMIMPIN-PEMIMPIN MASYARAKAT DAERAH MANJUNG
 

Hari ini bertempat di perkarangan Pejabat Penerangan daerah Manjung telah berlangsung Program Sepakat@Komuniti daerah Manjung bagi memperkasakan usaha melawan COVID-19 dan usaha mencapai imuniti kelompok negara bagi mengurangkan impak penularan.
 
Program adalah dibawah anjuran Pejabat Penerangan daerah Manjung telah dirasmikan perasmian oleh Puan Noor Idayu binti Yeop Husin yang mewakili bagi pihak Tuan Haji Mohd Taip bin Haji Ubah, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perak.
 
Dif-dif terhormat yang turut hadir adalah Tuan Shamsul Ridzuan bin Idris, Pegawai Daerah Manjung, Puan Hajah Sarinah binti Haji Ahmad, Pegawai Penerangan Daerah, Encik Muhammad Zahir Shah bin Md Isa, Penolong Pengarah Majlis Keselamatan Negara daerah Manjung (MKN) dan Encik Noor Hisyam bin Hasim, Penolong Pegawai Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Manjung.
 
Turut hadir adalah pemimpin-pemimpin masyarakat dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Ahli-Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Mukim Sitiawan.
 
Program penerangan dan taklimat berkaitan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan Tatacara Penggunaan Kit Ujian Kendiri COVID-19 serta aplikasi My Sejahtera yang disampaikan dengan jelas dan berhemah turut mendapat sambutan yang baik daripada hadirin dengan sesi soal jawab yang berjaya merungkai pemasalahan yang menyelubungi komuniti berkaitan isu semasa negara berkenaan COVID-19.
 
Sebelum itu majlis turut diserikan dengan pelancaran "Mural Keluarga Malaysia" oleh dif-dif terhormat.
 
Adalah diharapkan ilmu dan maklumat yang yang diperolehi daripada penerangan dan taklimat tersebut dipanjangkan kepada komuniti setempat dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat terhadap dasar, program dan inisiatif kerajaan disamping membina komuniti yang berilmu, terhubung dan bersatu padu.
 
#Kita Jaga Kita
#Kita Mesti Menang
#Kita Keluarga Malaysia
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung




 

Saturday, 28 August 2021

PROGRAM SEPAKAT @ KOMUNITI KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG BERUAS TAHUN 2021 AGENSI KERAJAAN DAERAH MANJUNG

PROGRAM SEPAKAT @ KOMUNITI KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG BERUAS TAHUN 2021
 

29 Ogos 2021 - Pagi ini bertempat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Inderawati Beruas telah diadakan Program Sepakat @ Komuniti Kempen Kibar Jalur Gemilang Beruas Tahun 2021.
 
Jabatan Penerangan Daerah Manjung dengan kerjasama agensi kerajaan daerah Manjung telah menjayakan Program Sepakat@Komuniti Kempen Kibar Jalur Gemilang Beruas Tahun 2021 secara ringkas namun penuh pengisian.
 
Tuan Shamsul Ridzuan Idris, Pegawai Daerah Manjung berbesar hati telah merasmikan program tersebut. Turut hadir menyerikan majlis adalah Tuan Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Manjung bersama ketua jabatan atau wakil agensi kerajaan daerah yang lain.
 
Ketua Jabatan dan agensi terlibat merangkumi Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, Majlis Perbandaran Manjung, Polis Diraja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Kesihatan Daerah, Bomba dan Penyelamat Malaysia, RELA, dan APM Daerah Manjung.
 
Lebih menarik, tiada program skala besar diadakan bagi mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara sempena pandemik Covid-19 namun gimik serahan Jalur Gemilang dan Kit Merdeka kepada Ketua Jabatan dan penerima vaksin sahaja. 
 
Kempen ini amat dialu-alukan dalam usaha menzahirkan semangat patriotik dan kecintaan terhadap negara.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung




 

Saturday, 22 February 2020

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG SMK KDSK KALI KE-9

Mesyuarat Agung Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Dato' Seri Kamaruddin, Seri Manjung merupakan agenda dwi tahunan bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baharu dan perbincangan isu dan kebajikan pelajar.

Hari ini bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Seri Kamaruddin, Seri Manjung. Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) bagi kali ke-9 tahun 2020 telah disempurnakan perasmiannya oleh Encik Issamudin Bin Ibrahim, Ketua Jabatan, Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung yang mewakili bagi pihak Yang DiPertua Majlis Manjung yang telah mempunyai program yang lain.

Majlis telah dihadiri oleh Yang DiPertua PIBG, Encik Puzelan Bin Isa, Pengetua sekolah, Puan Roslina Binti Ishak, Ahli Majlis Perbandaran Manjung, Tuan Haji Jamahari Bin Abu Bakar dan pengurusan kanan sekolah, guru-guru serta ibu bapa pelajar.

Di dalam perasmian beliau menyarankan penglibatan aktif komuniti didalam program-program yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan peranan Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial sebagai pemudahcara bagi membantu komuniti melaksanakan program-program selaras dengan kehendak semasa.

Semoga maklumat tepat yang diperolehi dan hubungan dua hala yang dijalinkan oleh dua agensi membuahkan nilai yang baik kearah keakraban yang boleh menyumbang kemakmuran kepada komuniti di Daerah Manjung.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





Sunday, 7 July 2019

PROGRAM "MATEMATIK PADU"

Pagi ini sedang berlangsung Program Matematik Padu (Kuasai Asas). Program siri ke-2 berlangsung di Dewan Alamanda Majlis Perbandaran Manjung. Program yang dianjurkan oleh Akademi Syoknya kelolaan Cikgu Atik. Seramai 26 orang pelajar sekolah rendah berusia 9 hingga 12 tahun hadir pada program kali ini. Peribahasa Melentur buluh biarlah daripada rebungnya mungkin istilah yang sesuai untuk mendidik minat anak-anak kepada matematik iaitu satu ilmu berkaitan dengan nombor yang memberi nilai. Nilai yang memboleh kita membuat pengiraan. Pengiraan Matematik juga boleh menerangkan fenomena semula jadi alam ini seperti membolehkan kita mengira bila terjadinya waktu siang dan malam. Kanak-kanak yang suka matematik mempunyai minda yang kreatif. Semoga usaha yang baik ini dapat melahirkan generasi muda yang cerdik pandai @ genius pada masa depan seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan negara di masa hadapan.

 Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung