About

Showing posts with label MMS PENDIDIKAN PENGGUNA. Show all posts
Showing posts with label MMS PENDIDIKAN PENGGUNA. Show all posts

Monday, 2 July 2018

PROGRAM THINK BLUE & GO GREEN




PULAU PANGKOR, 30 Jun 2018. Progam Think Blue & Go Green anjuran Team E-CORAL dari SMK Pangkor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Jabatan Pelajaran Negeri Perak,  Toyota Eco Youth, E-idaman, Jabatan Pertanian Dan Go Green Online Pangkor. Program ini diadakan bersempena Pertandingan Toyota Eco Youth 2018.


Program ini diadakan di PPRT Kg. Hujung Kelawai pada 30 Jun 2018 pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh hari. Dirasmikan oleh YBhg. YDP Majlis Perbandaran Manjung, Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip. 







Tema untuk program ini ialah "Waste Management" yang bermaksud Pengurusan Sisa Pepejal.



Aktiviti yang dijalankan :-
  1. Program Gotong-royong Fasa 1 dan Fasa 2
  2. Program Think Blue & Go Green
  3. Program School Campaign Outreach
  4. Program Eco Green Village
  5. Program Gotong-royong Fasa 3 dan MOU Bersama JKK Penduduk PPRT Kg. Hujung Kelawai










Program ini bertujuan untuk memupuk kepentingan memulihara alam sekitar di kalangan generasi muda dan masyarakat tempatan supaya mereka bertindak bertanggungjawab secara konsisten terhadap alam sekitar untuk memastikan masa depan yang mampan.


Sekian.



"We Love Pangkor, We Keep Pangkor Clean"
"Manjung Bandar Pelancongan & Maritim"
"Maju, Progresif, Makmur"

Sunday, 3 February 2013

My Beautiful Malaysia 2013

Program My Beautiful Malaysia 2013 Gotong Royong Perdana 1Malaysia anjuran Kerajaan Negara Malaysia melalui 1Malaysia 4 Youth(1M4U) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan diselaraskan oleh Majlis Perbandaran Manjung dan Pejabat Tanah & Daerah Manjung telah berlangsung pada 03hb Februari 2013 bertempat di Dataran Hadhari Teluk Batik. Program ini berkonsepkan gotong royong di seluruh Malaysia dimana melibatkan penglibatan seluruh rakyat Malaysia. Program di Teluk Batik telah dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Kong Cho Ha, Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Lumut.