About

Saturday 5 December 2020

PROGRAM GOTONG-ROYONG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA PERSATUAN PENIAGA TELUK BATIK

Program Gotong Royong Majlis Perbandaran Manjung Bersama Persatuan Peniaga Teluk Batik

Pagi tadi telah berlangsung program gotong royong memangkas dahan-dahan pokok yang merbahayakan di kawasan gerai-gerai peniagaan di Teluk Batik. 
 
Program ini merupakan anjuran Persatuan Peniaga Teluk Batik dengan kerjasama Pasukan Penyelenggaraan Pokok Teduhan, Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung.
 
Objektif program adalah sebagai inisiatif Majlis Perbandaran Manjung untuk mewujudkan persekitaran yang selamat kepada peniaga dan juga pengunjung gerai-gerai peniaga di Teluk Batik.
 
Faktor keselamatan, kebersihan disamping persekitaran yang indah dan menarik memainkan peranan yang berkesan untuk menarik pengunjung untuk terus mengunjungi gerai-gerai di pantai peranginan Teluk Batik di masa akan datang.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 





 

Thursday 3 December 2020

PROGRAM "EDU GO GREEN PROJECT" PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 

PROGRAM PELANCARAN EDU "GO GREEN PROJECT" PERINGKAT PPD MANJUNG

Pagi ini bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Manjung sedang berlangsung Program pelancaran Edu Go Green Project dan penanaman pokok Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung.
 
Majlis pelancaran telah di sempurnakan oleh Encik Mohd Akhir Abdul Latif, Pegawai Pendidikan Daerah Manjung yang turut disertai bersama oleh Encik Issamudin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung, Pengetua SMK Tok Perdana dan Guru Besar SK Seri Selamat dan lain-lain pegawai serta guru-guru di perkarangan pejabat PPD.
 
Sebanyak dua buah sekolah turut serta SMK Tok Perdana dan SK Seri Selamat berkolaborasi bersama PPD Manjung pada pagi ini bagi program menanam 100 anak pokok pelindung dan buah-buahan bagi projek menghijaukan bumi di lokasi berkenaan.
 
Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung menyumbang 30 anak pokok pelindung terdiri daripada spesis Tecoma, Felicium dan Palm untuk ditanam manakala selebihnya pihak PPD dan pihak sekolah telah membeli anak pokok buah-buahan pelbagai jenis terdiri daripada Durian Musang King, Nangka Madu, Mempelam, Jambu Madu dan pelbagai lagi untuk ditanam di persekitaran kawasan lapang.
 
Objektif program murni ini adalah bagi mewujudkan semangat mencintai alam sekitar sebagai satu inisiatif yang patut dituruti oleh pelbagai agensi, badan bukan kerajaan dan swasta untuk merealisasikan hasrat menjadikan daerah Manjung yang bersih, sihat, hijau dan selamat.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 







 

Tuesday 1 December 2020

PROGRAM GOTONG-ROYONG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA AHLI MAJLIS ZON 1 DAN KOMUNITI PULAU PANGKOR

PROGRAM GOTONG-ROYONG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA AHLI MAJLIS ZON 1 DAN KOMUNITI PULAU PANGKOR

 
Hari ini bertempat di Teluk Nipah, Pulau Pangkor telah berlangsung program gotong-royong bersepadu Majlis Perbandaran Manjung bersama komuniti Pulau Pangkor terdiri daripada Persatuan Penjaja Pulau Pangkor, Kelab Rekreasi Pangkor @ Pangkor Beach Boy, PCT Pangkor dan komuniti Teluk Nipah.
 
Tuan Haji Asmadi bin Teh, Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 1 (Pulau Pangkor) mengetuai komuniti Pulau Pangkor untuk berkolaborasi bersama Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung bagi menebang dan memangkas pokok-pokok di kawasan persekitaran Sungai Nipah yang berhampiran Pantai PeranginanTeluk Nipah dan pada masa yang sama dapat memaparkan keindahan pemandangan di Teluk Nipah.
 
Matlamat program adalah bagi mewujudkan persekitaran yang selamat dan cantik di tepi sungai, memupuk semangat kekitaan warga Pulau Pangkor dan bekerjasama kearah mencantikkan pemandangan kawasan pelancongan.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 





 

Saturday 28 November 2020

PROGRAM LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA YB ADUN PANGKOR, AGENSI KERAJAAN, SWASTA DAN AHLI MAJLIS

 

LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA YB ADUN PANGKOR, AGENSI KERAJAAN, SWASTA DAN AHLI MAJLIS KE TAMAN FASA 3A, SERI MANJUNG.
 
Program Turun Padang Bersama YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pangkor ke Taman Fasa 3A, Seri Manjung.
 
Program tersebut telah diadakan di Dewan Komuniti Amanjaya Fasa 3A dimana YB Dato' Seri Diraja meluangkan masa mendengar permasalahan yang telah ditimbulkan dimana tindakan segera diperlukan bagi mengatasi isu-isu perbandaran yang terdapat di taman berkenaan seperti kekerapan berlakunya paip air yang pecah telah memberi laluan kepada pihak LAP yang akan membuat penilaian menyeluruh bagi taman tersebut setelah lawatan ke lapangan diadakan.
 
Pada masa yang sama juga YB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir telah membuat kunjungan kasih dan juga menyampaikan sumbangan kepada golongan komuniti yang sakit dan tidak berkemampuan di kawasan tersebut.
 
Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Encik Mohd Helmi bin Arifin, Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Manjung, Ybhg. Dato' Seri Azri bin Jaafar, Pegawai Khas ADUN Pangkor dan wakil Pengurus Wilayah Tengah II, Lembaga Air Perak (Manjung).
 
Turut kelihatan adalah Ketua-Ketua Jabatan Majlis Perbandaran Manjung yang terdiri daripada Encik Issamudin bin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Encik Mohamad Sharil bin Salihan, Ketua Jabatan Pelesenan danPenguatkuasaan, Encik Ts Rohaizan bin Aris, Ketua Jabatan Bangunan dan Encik Riduan bin Mat Shah, Ketua Jabatan Kejuruteraan Dan Penyelenggaraan.
 
Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Manjung Tuan Haji Mohd Rafiq bin Haji Mohd, Ahli Majlis Zon 7 (Seri Manjung), Tuan Haji Hamidun Bin Ahmad, Ahli Majlis Zon 8 (Seri Manjung) serta Encik Mohd Najmy bin Mohd Yakin, Pengurus Seksyen, syarikat konsesi Puncak Emas Infra Sdn Bhd turut turun padang bagi menyantuni komuniti setempat.
 
Semoga kunjungan bermakna YB ADUN bersama agensi kerajaan tersebut terus mendepani slogan rakyat didahulukan dan sebagai priority paling utama.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung




 

Friday 27 November 2020

PROGRAM INISIATIF MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG MEMBANTU KOMUNITI

 

INISIATIF MEMBANTU KOMUNITI DARIPADA UNIT LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
 
Throw back..27 November 2020 Di Kampung Serdang.
 
Inisiatif membantu komuniti yang telah ditimpa malapetaka tanpa mengira masa dan tugas telah dilaksanakan oleh team Penyelenggaraan Pokok Teduhan Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung.
Laporan telah di adukan tentang sebuah rumah penduduk di Kampung Serdang, Sitiawan yang telah ditimpa sepohon pokok besar akibat angin kencang
 
Usaha menebang dan membersihkan saki baki dahan telah di dilaksanakan secara gotong-royong bersama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Sitiawan) dan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APAM) Manjung.
 
Semoga usaha murni agensi kerajaan membantu komuniti melengkapkan slogan kerajaan mesra rakyat dan prihatin kearah membina kemakmuran bersama.
 
#Kredit kepada pasukan Penyelenggaraan Pokok Teduhan Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 





 

PROGRAM GOTONG-ROYONG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 

PROGRAM GOTONG-ROYONG MAJLIS PERBANDARAN BERSAMA AHLI MAJLIS ZON 14 (SITIAWAN) ENCIK DING SIEW CHEE
 
Pagi ini bertempat di Dewan Perniagaan Cina Manjung, Kampung Koh, Sitiawan sedang berlangsung program gotong- royong menebang pokok yang boleh membahayakan keselamatan komuniti yang melalui kawasan tersebut.
 
Program anjuran Jawatankuasa Dewan Cina Manjung bersama Encik Ding Siew Chee, Ahli Majlis Zon 14 (Sitiawan) dengan kerjasama Unit Landskap, Majlis Perbandaran Manjung.
 
Sepohon pokok besar daripada spesis Payung Indonesia yang hampir reput dan membahayakan telah ditebang pada program pagi ini.
 
Rasional program gotong-royong adalah bagi memupuk kesedaran positif untuk menjalin hubungan yang bermakna bagi pembangunan material masyarakat dan pembangunan insan dikalangan masyarakat moden hari ini yang semakin terhakis mengikut era peredaran zaman.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 





 

Wednesday 25 November 2020

PROGRAM LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 

LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA YB ADUN PANGKOR, AGENSI KERAJAAN, SWASTA DAN AHLI MAJLIS.
 
Petang tadi telah berlangsung Program Lawatan Turun Padang Bersama YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pangkor.
Program ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan membincangkan tindakan yang boleh dilaksanakan berkenaan isu berbangkit seperti jalan mendap di Taman Manjung Point Seksyen 1, masalah banjir di Teluk Muroh, Lumut dan dinding penahan hakisan yang telah retak di Taman Seri Batik, Teluk Batik, Lumut.
 
Turut hadir sama di dalam lawatan tersebut adalah Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Encik Mohd Helmi bin Arifin, Setiausaha Perbandaran, Ybhg. Dato' Seri Azri bin Jaafar, Pegawai Khas ADUN Pangkor, Encik Mohd Rozdhi bin Abdullah, Jurutera Jabatan Parit dan Saliran Daerah Manjung, Encik Issamudin bin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Encik Riduan bin Mat Shah, Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan Majlis Perbandaran Manjung disertai juga oleh Tuan Haji Rosli Abd Rahman, Ahli Majlis Zon 9, Dato' Norzaman bin Man, Ahli Majlis Zon 4, Tuan Haji Mohd Rafiq bin Haji Mohd, Ahli Majlis Zon 7 dan wakil Indah Water Konsortium (IWK) serta syarikat konsesi Puncak Emas Infra Sdn Bhd.
 
Objektif program adalah bagi mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan yang timbul. Perbincangan dan tindakan seterusnya yang bakal dilaksanakan akan menyelesaikan isu yang berbangkit.
Semoga program yang telah diadakan ini memberi jalan penyelesaian bagi kesejahteraan hidup komuniti setempat.
 
Bahagian Kemasyarakatan, 
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial,
Majlis Perbandaran Manjung
 





 
 

PROGRAM MESYUARAT PENUBUHAN JAWATANKUASA ZON 23 AHLI MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 

Dewan Masyarakat India Pengkalan Baru di Kampung Matang Kubu, Pantai Remis petang ini telah menjadi tempat mesyuarat kali pertama bagi penubuhan Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon Ahli Majlis Perbandaran Manjung
 
Encik Vimalan a/l Krishnan adalah Ahli Majlis Perbandaran Manjung kawasan ini secara automatik menyandang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penduduk akan melantik ahli-ahli JKP yang terdiri daripada penduduk yang terdapat di bawah zonnya.
Program taklimat dan perasmian mesyuarat penubuhan JKP zon 23 telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Shukri Ismail, Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial Majlis Perbandaran Manjung.
 
Objektif penubuhan jawatankuasa ini adalah sebagai platform mewujudkan hubungan kerjasama di antara MPM dan warga perbandaran dalam membentuk halatuju yang baik untuk komuniti.
Jawatankuasa ini juga bertindak sebagai satu inisiatif dalam menggalakkan penglibatan komuniti di dalam menjaga hubungan dalam kemasyarakatan dan pada yang sama membantu PBT menangani isu-isu perbandaran.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 






 

Tuesday 24 November 2020

LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA AHLI MAJLIS ZON 14, SITIAWAN DAN AHLI MAJLIS ZON 15, LEKIR

 

LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA AHLI MAJLIS ZON 14, SITIAWAN DAN AHLI MAJLIS ZON 15, LEKIR
 
Selesai sahaja program turun padang Majlis Perbandaran Manjung bersama Ahli Majlis Zon 17 di Ayer Tawar.
 
Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Manjung menyambung kembali program tersebut di lokasi Encik Ding Siew Chee, Ahli Majlis Zon 14 (Sitiawan-Kampung Koh-Kampung Cina) dan di lokasi Puan Hajah Habibah Rasdi, Ahli Majlis Zon 15 (Lekir) dengan tujuan yang sama iaitu bagi meninjau permasalahan banjir kilat yang dihadapi oleh komuniti setempat di taman perumahan perbandaran yang akan terjejas apabila berlakunya hujan lebat.
 
YB Tuan Haji Yahaya bin Mat Nor, ADUN Pasir Panjang turut menyertai program turun padang pada pagi ini bersama-sama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Perbandaran, Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan Majlis Perbandaran Manjung dan syarikat konsesi Puncak Emas Infra Sdn Bhd.
 
Objektif program pada pagi ini adalah bagi mencari jalan penyelesaian setelah mengenal pasti punca-punca yang telah menyebabkan berlakunya banjir kilat apabila hujan lebat serta mengatasi isu dan permasalahan di peringkat perlaksanaan yang memerlukan keputusan pengurusan bersama agensi kerajaan yang lain.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 





 
 
 

LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA AHLI MAJLIS ZON 17, AYER TAWAR

 

LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA AHLI MAJLIS ZON 17, AYER TAWAR.
 
Pagi ini bertempat di Taman Medan Seri Sentosa, Taman Ayer Tawar II, Ayer Tawar sedang berlangsung Program Turun Padang Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung yang bertujuan bagi meninjau permasalahan banjir kilat yang dihadapi oleh komuniti setempat di taman perumahan perbandaran susulan musim hujan yang kini telah bermula.
 
Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran turut sama turun padang menyertai program pagi ini bersama YB Puan Wong May Ing, ADUN Pantai Remis, juga turut disertai oleh Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, Encik Mohamad Zaini Hasbullah, Ahli Majlis Zon 17 (Ayer Tawar), Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Perbandaran, Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan Majlis Perbandaran Manjung dan syarikat konsesi Puncak Emas Infra Sdn Bhd.





 
Objektif program pada pagi ini adalah bagi mencari jalan penyelesaian setelah mengenal pasti punca-punca yang telah menyebabkan berlakunya banjir kilat apabila hujan lebat serta mengatasi isu dan permasalahan di peringkat perlaksanaan yang memerlukan keputusan pengurusan bersama agensi kerajaan yang lain.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung