About

Showing posts with label MMS PEMBANGUNAN KAPASITI NGO BELIA DAN WANITA. Show all posts
Showing posts with label MMS PEMBANGUNAN KAPASITI NGO BELIA DAN WANITA. Show all posts

Saturday, 28 October 2017

KARNIVAL JOM BRO JALAN ORANG MUDA BUSINESS REALIZE OPPORTUNITY SEMPENA PERMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN

Program Manjungku Perbandaran Makmur “JOM BRO (Jalan Orang Muda : Business, Realize, Opportunity) melalui Masyarakat Sivil (MMS) sektor pembangunan kapasiti NGO, Belia dan Wanita seiring dengan program Local Agenda 21 serta penglibatan Jawatankuasa Penduduk dan Pihak Berkepentingan bertujuan memberikan peluang kerjaya, pendedahan peluang perniagaan sumber pendapatan yang menguntungkan, pameran-pameran gerbang kerjaya dan ceramah motovasi dan keusahawanan, dakwah dan santai kepada pelbagai lapisan masyarakat khususnya belia, Orang Kelainan Upaya (OKU), warga miskin serta komuniti setempat sambil memperoleh ilmu dan beriadah serta mengeratkan kerjasama diantara pihak Majlis Perbandaran Manjung bersama jawatankuasa penduduk (MMS), pihak NGO, pemimpin serta media di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung. Program ini telah diadakan pada 28 Oktober 2017 (Sabtu) bertempat di Arena Samudera, Taman Samudera, Seri Manjung.




PELANCARAN LADIES LANE BAZAR BANTUNITA SEMPENA PERMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK DI DAERAH MANJUNG


Pelancaran Ladies Lane @ Manjung Bazar Bantunita sempena Permukiman YAB Menteri Besar Perak telah diadakan pada 27 Oktober 2017 (Jumaat) 8.00 malam telah dirasmikan oleh YBhg Datin Seri Diraja Saripah binti Zulkifli, Isteri kepada YAB MB Perak. Sebanyak 40 lot niaga disediakan untuk membolehkan wanita-wanita berkelayakan ini berniaga dan meningkatkan sosio ekonomi mereka. Besar harapan YB Dato' Rusnah binti Kassim untuk melihat para peniaga yang terpilih disuatu hari nanti akan memiliki premis mereka sendiri dan jika boleh dapat dipasarkan ke peringkat antarabangsa.





Sunday, 30 July 2017

SESI TOWN HALL TUAN PEGAWAI DAERAH MERANGKAP YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG, TUAN MOHAMAD FARIZ BIN MOHAMAD HANIP BERSAMA KOMUNITI PULAU PANGKOR

Sesi Town Hall Tuan Pegawai Daerah merangkap Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Tuan Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip Bersama Komuniti Pulau Pangkor
Turut bersama Setiausaha dan Ahli-ahli Majlis.
Tarikh : 29 Julai 2017 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
Lokasi : Kejora Resort, Pulau Pangkor


Town Hall Tuan Pegawai Daerah merangkap Yang DiPertua Majlis Perbandaran Manjung bersama pengusaha/pengendali kereta sewa/motor sewa

Turut dihadiri Ahli Majlis selaku Pengerusi Penyelaras Jawatankuasa Penduduk
Lokasi : KEJORA RESORT Pulau Pangkor
Jam 11.00 pagi




Saturday, 10 June 2017


Program Berbuka Puasa Bersama Perak Buskers Komuniti di Seri Manjung. Pihak MPM diwakili oleh Pegawai Komuniti, En Mohamad Sharil. Turut bersama Pengurus Besar People Remarkable of Talent (PORT).

Pihak MPM bersama PORT dan kumpulan buskers daerah Manjung telah melancarkan LAMAN SENI di Dataran Lumut pada tahun lepas sebagai sudut aktiviti busking dan anak seni berkarya...Aktiviti busking di Laman Seni Lumut ini setiap Jumaat dan Sabtu...

Tahniah Perak Buskers Komuniti. Bersama menyampaikan mesej PERAK YANG BERSIH...




#VISITPERAKYEAR2017
#manjungkumakmurbandarpelancongandanmaritim

Thursday, 30 March 2017

PROGRAM PERJUMPAAN TUAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA AHLI MAJLIS, MAJLIS MASYARAKAT SIVIL, JAWATANKUASA PERWAKILAN PENDUDUK DAN KAWASAN RUKUN TETANGGA(TOWN HALL MEETING SIRI 1 2017)


Program Perjumpaan Tuan yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan pada 28 Mac 2017 di Dewan Alamanda, Majlis Perbandaran Manjung.Program ini adalah salah satu inisiatif Majlis Perbandaran Manjung dalam mendekati komuniti dan mendengar permasalahan mereka.Isu-isu yang telah dibincangkan semasa jelajah tersebut telah diambil perhatian dan dalam perancangan untuk tindakan selanjutnya selain terdapat juga isu-isu yang telah jelas dan diselesaikan. Isu-isu yang dibincangkan merangkumi isu sosial, ekonomi dan keselamatan.




Monday, 27 March 2017

PROGRAM SEMARAK KOMUNITI DAN HARI TANPA KERETA



Program Semarak 2017 (Semarak Bersama Masyarakat) & Hari Tanpa Kereta telah diadakan pada 25 Mac 2017 (Sabtu) jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di Jalan Pinang Raja (Berhadapan Majlis Perbandaran Manjung). Antara aktiviti yang telah diadakan ialah jualan preloved manjung dan makanan ,Senamrobik, Sepak Raga, Skateboard dan Roller Blade, serta Street Soccer. Program ini selaras dengan Pelan Tranformasi Pihak Berkuasa Tempatan " PBT di Hati Rakyat" di mana ianya dapat merapatkan lagi hubungan dan jalinan kerjasama diantara semua pihak khususnya warga perbandaran Manjung disamping menyemai semangat usahasama dan inisiatif yang boleh dijayakan bersama Majlis Perbandaran Manjung.





Monday, 20 March 2017

PROGRAM KOMUNITI DI ARENA SAMUDERA (MAJLIS SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA 2017)


Program Komuniti Arena di Arena Samudera (Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia 2017) telah diadakan pada 19 Mac 2017 bertempat di Arena Samudera pada 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari.Terdapat pelbagai acara yang telah diadakan seperti pertandingan mewarna antara kelas tadika tamil Daerah Manjung, pertandingan kolam warna antara Daerah Manjung, sumbangan ikhlas warga Manjung dan pemberian bantuan warga emas.





Monday, 13 March 2017

MARI BERAMAI-RAMAI SIHATKAN BADAN DENGAN MEMBUAT SENAMAN AEROBIK


KEBAIKAN MELAKUKAN SENAMAN AEROBIK

  1.  Dapat meningkatkan stamina dan daya tahan. Pasti setiap manusia pernah mengalami letih dan lesu dalam menjalankan berbagai aktivitI bahkan cenderung dan mudah untuk mendapat penyakit . Aerobik merupakan salah satu jenis senaman yang dapat meningkatkan stamina untuk menjalani kehidupan seharian dan meningkatkan daya tahan tubuh.
  2. Meningkatkan fungsi jantung. Aerobik merupakan salah satu jenis senaman yang cukup ampuh. Aerobik dapat meningkatkan denyut dan menstabilkan irama jantung sehingga akan lebih sihat.
  3. Mengurangkan Berat Badan. Tentu setiap senaman memiliki peranan dalam menurunkan berat badan manusia, salah satunya adalah aerobik yang terbukti ampuh untuk menurunkan berat badan secara berperingkat.
  4. Mengurangkan berbagai penyakit / mencegah penyakit. Aerobik dapat membantu mencegah berbagai penyakit berbahaya seperti stroke, jantung, kolesterol, dan berbagai kemungkinan lain bahkan penyakit kanser.
Marilah Beramai-ramai menyertai aktiviti Senaman Aerobik yang diadakan setiap hari sabtu ini bermula pada 7.30 pagi hingga 9.00 pagi bertempat di kawasan tempat letak kereta bowling padang, mini stadium Majlis Perbandaran Manjung. 




Monday, 27 February 2017

PROGRAM SEMARAK BERSAMA KOMUNITI DAN HARI TANPA KERETA


Program Semarak 2017 (Semarak Bersama Masyarakat) & Hari Tanpa Kereta Bil. 2 2017 telah diadakan pada 25  Februari (Sabtu) jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di Hadapan Pejabat Daerah dan Tanah Manjung. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah Senamrobik Mega, Jalan 10,000 Langkah, Seni Pertahankan Diri ( Persatuan Silat KESUMA), Demonstrasi dan Simulasi Silat Olahraga, Persatuan Silat Pnglima Ulung, Kelab Taekwondo (WTF) Chonkwon Manjung Perak) Bola Sepak Jalanan, Sepak Takraw Bulatan, Berbasikal, Jualan Preloved Manjung dan Karavan dan Sewaan Skooter Elektrik dan Kasut Roda. Program ini selaras dengan Pelan Tranformasi Pihak Berkuasa Tempatan " PBT di Hati Rakyat" di mana ianya dapat merapatkan lagi hubungan dan jalinan kerjasama diantara semua pihak khususnya warga perbandaran Manjung disamping menyemai semangat usahasama dan inisiatif yang boleh dijayakan bersama Majlis Perbandaran Manjung. Ayuh rakyat Manjung mengamalkan gaya hidup sihat.










Friday, 27 January 2017

CERAMAH AGAMA PERDANA MASYARAKAT BERILMU




Ceramah Agama Perdana Masyarakat Berilmu telah diadakan pada 26 Januari 2017 (Khamis), jam 8.30 malam di Padang Awam, Beruas. Program Forum Perdana Masyarakat Berilmu ini anjuran Majlis Perbandaran Manjung dengan kerjasama Kuiscell dan Badan-badan kerajaan ini adalah sebagai salah satu platform perpaduan ummah melalui Program Majlis Masyarakat Sivil: Sektor Pembangunan Kapasiti Ngo, Belia, dan Wanita, Pembangunan Keusahawanan dan peningkatan ekonomi Masyarakat, dan isu Sosial Kebajikan dan Masyarakat Penyayang bersama dengan 3 Panel tersohor iaitu ( Al-Fadhil Ustaz Don Daniyal, Al-Fadhil Ustaz Hanafiah Abdul Malek dan Pencetus Ummah syed Juara Pencetus Ummah 2015) Terdapat juga kaunter mobile bergerak untuk pembayaran zakat serta aktiviti jualan. 
·       




Monday, 23 January 2017

PROGRAM SEMARAK 2017(SEMARAK BERSAMA MASYARAKAT) & HARI TANPA KERETA


Program Semarak 2017 (Semarak Bersama Masyarakat) & Hari Tanpa Kereta telah diadakan pada 21 Januari 2017 (Sabtu) jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di Jalan Pinang Raja (Berhadapan Majlis Perbandaran Manjung). Antara aktiviti yang telah diadakan ialah jualan preloved manjung dan makanan ,Senamrobik Mega, Menanam Pokok sepanjang jalan, Sepak Raga, Skateboard dan Roller Blade, serta Street Soccer. Program ini selaras dengan Pelan Tranformasi Pihak Berkuasa Tempatan " PBT di Hati Rakyat" di mana ianya dapat merapatkan lagi hubungan dan jalinan kerjasama diantara semua pihak khususnya warga perbandaran Manjung disamping menyemai semangat usahasama dan inisiatif yang boleh dijayakan bersama Majlis Perbandaran Manjung.






Friday, 13 January 2017

PROGRAM BERBASIKAL BERSAMA KOMUNITI MENYELAMI ISU SOSIAL (BESKAL)


Program Berbasikal bersama komuniti menyelami isu sosial (BESKAL) telah diadakan pada 11 Januari 2017 (Rabu), jam 9.00 Malam bertempat di Perkarangan Surau Ar-Rahman, Fasa 2 Gabungan, Fasa 2D, Seri Manjung. Program ini diadakan Untuk menyelami isu-isu sosial di kawasan Perbandaran Manjung Khususnya di Kawasan Rukun Tetangga. Di samping, dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat dengan pihak Majlis Perbandaran Manjung. Mencegah masalah sosial yang berlaku di Kawasan Rukun Tetangga terutama pada waktu malam. Mencegah masalah jenayah yang berlaku pada waktu malam terutama di Kawasan Rukun Tetangga serta melibatkan Penglibatan antara masyarakat, SRS, dan Warga Perbandaran Manjung .