About

Showing posts with label LA21 PRASARANA. Show all posts
Showing posts with label LA21 PRASARANA. Show all posts

Tuesday, 14 July 2020

PROGRAM PENYERAHAN KUNCI DEWAN KOMUNITI MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Hari ini telah berlangsung Program Penyerahan Kunci Dewan Komuniti Majlis Perbandaran Manjung kepada Ahli Majlis Perbandaran Manjung.

Penyerahan tersebut sebagai simbolik bagi tujuan pengagihan tanggungjawab kawal selia dan amanah kepada Ahli Majlis Perbandaran Manjung dan jawatankuasa penduduk yang dilantik sesuai dengan peranan Ahli Majlis sebagai penghubung antara masyarakat dan PBT.

Disamping itu juga sebagai menghargai peranan Ahli Majlis yang menyumbang kepada pelaksanaan dasar dikawasan pentadbiran yang kawal selianya dan juga merupakan penggerak utama dikalangan komuniti setempat untuk bergerak aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.

Sebanyak 5 buah Dewan Komuniti yang terlibat pada program pagi tadi adalah Dewan Komuniti Taman Samudera, Dewan Komuniti Taman Fasa 2C, Dewan Komuniti Taman Fasa 2 Gabungan (D/E/F&G) dan Dewan Komuniti Fasa 2H/I/J.

Penyerahan kunci dewan telah disempurnakan oleh Encik Muhamad Shukri Bin Ismail, Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial kepada Tuan Haji Rosli Bin Abd Rahman (Ahli Majlis Zon 9 - Dewan Komuniti Taman Samudera), Tuan Haji Hamidun Bin Ahmad (Ahli Majlis Zon 8 - Dewan Komuniti Fasa 1A & Fasa 2C) dan Tuan Haji Mohd Rafiq Bin Haji Mohd (Ahli Majlis Zon 7 - Dewan Komuniti Fasa 2 Gabungan dan Dewan Komuniti Fasa 2H/I/J).

Kesemua 5 buah Dewan Komuniti tersebut boleh digunakan, disewakan kepada komuniti setempat, jabatan kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan untuk melaksanakan aktiviti yang bermanfaat kepada komuniti hingga kepada kegunaan untuk urusan perkahwinan dan keramaian.

Untuk segala pertanyaan tentang penggunaan dewan tersebut pihak komuniti boleh berhubung terus kepada Ahli Majlis Perbandaran Manjung yang telah diamanahkan tersebut.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





Wednesday, 10 July 2019

KURSUS PEMANTAPAN PERUNDANGAN PEMBANGUNAN TANAH

Sedang berlangsung Program Sebaran: Kursus Pemantapan Perundangan Pembangunan Tanah Kepada Pegawai Unit Setempat (OSC) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia Tahun 2019 di Dewan Anjung Perdana, Majlis Perbandaran Manjung. Program telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) PLANMalysia YBrs. Puan Rohani Binti Md Hashim selepas ucapan aluan daripada wakil Yang DiPertua Majlis Perbandaran Manjung Cik Zuliana Binti Nawawi, Pegawai Perancang Bandar Unit Setempat Majlis Perbandaran Manjung. Program yang berlangsung selama 2 hari bermula pada hari ini. Seramai 80 orang peserta terdiri dari Pegawai Unit Setempat (OSC) seluruh negara hadir. Program anjuran PlanMalaysia dan Majlis Perbandaran Manjung menjadi tuan rumah pada tahun ini. Program dua hari ini akan melibatkan penerangan maklumat perancangan dimana 3 Kertas Kerja utama akan dibentangkan oleh 3 orang pembentang daripada INSTUN, Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) dan PLANMalaysia. Semoga usaha yang baik ini akan memberi pedoman kepada peserta berkaitan sistem pentadbiran tanah semasa, isu-isu berkaitan dengannya dan cabaran-cabaran yang wujud daripadanya serta langkah-langkah untuk mengatasinya.


Bahagian Kemasyarakatan

Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial

 Majlis Perbandaran Manjung.




Sunday, 12 November 2017

PROGRAM SANTAI WALK 10 RIBU LANGKAH@PANGKOR





11 November 2017 Sabtu bertempat di Sungai Pinang Kecil Program Santai Walk 10 Ribu Langkah anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Manjung dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan dengan penuh gilang gemilang dengan penyertaan peserta 500 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan umur. Pengarah Urusan TNBJ,Datuk Shamsul Ahmad dan Datin Sharifah Yusof serta Pelitawanis Janamanjung meluangkan masa bagi acara Santai Walk berjalan kaki sejauh 3km dari Sg.Pinang Kecil menuju ke Arena Square Pangkor simbolik untuk majlis perlepasan peserta PMC2017.Pengarah Urusan TNBJ juga diberi penghormatan daripada pihak penganjur bagi menyarungkan jersi keramat Raja Bukit ( King Of Mountain ) yang tertera logo TNBJ.Turut hadir bagi acara flag off, Adun Pasir Panjang, Dato' Rashidi Ibrahim yang mewakili YAB. Menteri Besar Perak serta pegawai pegawai kerajaan daerah Manjung.





PROGRAM PANGKOR MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2017


11 November 2017 Sabtu- 800 pengayuh serata negeri telah berhimpun bagi menjayakan Program Pangkor Mountain Bike Challenge 2017. Program ini merupakan acara Jambore Basikal Bukit yang menyelitkan elemen perlumbaan sepanjang 30 km Round Island Challenge ini telah dirasmikan oleh ADUN Pasir Panjang. Program ini juga dapat menyatupadukan masyarakat serta membentuk budaya masyarakat yang sihat, aktif, cergas dan berdisiplin serta dapat meningkatkan kualiti hidup golongan belia Daerah Manjung.Program ini dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kesukanan antara semua pihak ke arah kecemerlangan aktiviti sukan dan amalan gaya hidup sihat bagi golongan belia dan menarik pelancong dari serata negeri dan negara untuk berkunjung ke Pulau Pangkor.








Sunday, 15 October 2017

PROGRAM GOTONG ROYONG INISIATIF BAHARU NBOS MY BEAUTIFUL NEIGHBOURHOOD (MYBN) 2017 DAN PELANCARAN HARI SUKAN NEGARA


14 Oktober 2017 (Sabtu) telah berlangsungnya program Gotong Royong Inisiatif  Baharu My Beautiful Neighbourhood (MyBN) 2017 & Pelancaran Hari Sukan Negara di Arena Samudera, Taman Samudera, Seri Manjung. Kira-kira 1000 pengunjung yang hadir bagi memeriahkan program ini yang meliputi aktiviti aerobikton selama 2 jam, sukaneka ibu bapa dan anak, gotong-royong membersihkan lorong-lorong belakang, membersihkan longkang, dan aktiviti cari dan kutip sampah. terdapat juga aktiviti mewarna dan cabaran mencari harta karun. Program ini dijalankan serentak seluruh Malaysia. Bagi kawasan gotong royong Parlimen Lumut telah memilih 18 kawasan di daerah Manjung di bawah seliaan JPP/KRT dan JKKK kawasan tersebut bagi membuat gotong royong dikawasan tersebut.







Monday, 22 May 2017

PROGRAM SENAM SIHAT DAN KEMPEN MANJUNGKU BERSIH



Program Senam Sihat dan Kempen Manjungku Bersih telah diadakan pada 20 Mei 2017 (Sabtu) jam 8.00 pagi bertempat di dataran Masjid Jamee Ikhwan Desa Manjung Raya (Venice). Program anjuran Kawasan Rukun Tetangga dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung ini telah dihadiri kira-kira 
lapan puluh penduduk taman tersebut yang melibatkan semua lapisan masyarakat seperti kanak-kanak, remaja dan dewasa. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Rashidi bin Ibrahim Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang. Terdapat acara menanam pokok tin dan pokok kurma, gotong royong serta senam sihat. Program sebegini patut diteruskan lagi pada masa akan datang dan boleh dijadikan sebagai contoh kepada taman-taman yang lain.  






ANJUNG RAYA

Saturday, 6 August 2016

KARNIVAL & JELAJAH FT ROADPEDIA KEMENTERIAN KERJA RAYA 2016



Kementerian Kerja Raya telah melaksanakan satu program Karnival & Jelajah FT Roadpedia KKR 2016 pada Sabtu 6 Ogos 2016 yang bertujuan untuk memberi penerangan lebih jelas mengenai jalan-jalan persekutuan kepada masyarakat umum.

Program tersebut dihadiri dan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak bersama YB Dato' Sri Haji Fadhillah Haji Yusof.







Friday, 23 October 2015

HARI KOMUNITI PLUS 2015

    PELAPORAN PROGRAM

PROGRAM                   :  HARI KOMUNITI PLUS 2015 

MAKLUMAT AKTIVITI : 

Tarikh
Aktiviti Dilakukan
Penglibatan Agensi

30 Oktober 2015 (Jumaat)

9.00 pagi hingga 12.00 tengahari









1.     Program Hari Komuniti Plus 2015 diadakan di dataran Hadhari, Teluk Batik, Lumut.

2.     Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Encik Ismail Ibrahim, Setiausaha MPM yang turut bersama-sama dalam aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran pantai Teluk Batik yang diadakan.

3.     Program yang diketuai oleh Ir. Zubir Basir, Pengurus PLUS Seksyen N5 (Lebuhraya Ipoh – Changkat Jering) ini disertai oleh semua peringkat kakitangan PLUS Seksyen N5 seramai 50 orang bersama kakitangan MPM, ahli-ahli Rakan Taman dan JPP. 

4.     Semasa program ini, PLUS telah menyumbangkan 30 buah kerusi rehat batu dan 15 buah tong sampah beroda kepada MPM untuk kegunaan awam di persekitaran kawasan pantai di daerah Manjung.



a.     Syarikat Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
b.    Rakan Taman Dan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Daerah Manjung
c.     Majlis Perbandaran Manjung













Friday, 28 March 2014

JAWATANKUASA KECIL PRASARANA DAN KEMUDAHAN AWAM LOCAL AGENDA 21 MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

PENGENALAN

Jawatankuasa Kecil Prasarana dan Kemudahan Awam Local Agenda 21 telah mula digerakkan pada tahun 2010. Jawatankuasa ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada aspek prasarana dan kemudahan awam di kawasan perumahan, lokasi awam dan juga kawasn bandar. Jawatankuasa Local Agenda 21 sebagai salah satu mekanisma yang diberi tumpuan oleh Majlis Perbandaran Manjung dimana ianya boleh melibatkan penglibatan program 'corporate soscial responsibility' pihak swasta. Pendekatan ini dilihat dapat meringankan kos pihak berkuasa tempatan disamping menggalakan hubungan baik pihak swasta terhadap komuniti. Melalui jawatankuasa ini, program-program seperti pemberian kerusi rehat di kawasan taman wama, pembinaan wakaf secara bergotong royong, serta program-prorgam berkaitan diharap dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Selain itu, jawatankuasa ini diharap berperanan sebagai mata dan telinga serta menambil tindakan dalam usaha mencegah vandalisma seterusnya memastiakn segala prasaran dan kemudahan awam dalam keadaan baik dan sentiasa berfungsi.

PERANAN DAN FUNGSI

Membincangkan isu dan permasalahan yang timbul berkenaan prasarana dan kemudahan awam seterusnya mengenalpasti petunjuk-petunjuk atau indikator yang menyebabkan isu-isu ini wujud.

Bertindak sebagai sebuah jawatankuasa pengkaji dan pembentuk kaedah penyelesaian kepada isu & masalah.

Bersama membantu dalam memperluaskan aktiviti promosi untuk mendapat sambutan masyarakat dan orang ramai melalui penganjuran bersama kempen mencegah vandalisma, gotong royong membaiki kemudahan awam, serta melaksanakan pemantauan terhadap kemudahan awam dan prasarana sedia ada.

Merancang dan melaksanakan Pelan Tindakan LA21 yang telah dicadangkan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Induk.

VISI JAWATANKUASA
“Bersama-sama dalam menjadikan komuniti perbandaran Manjung perihatin dan peka terhadap  prasarana dan kemudahan awam ."

MISI JAWATANKUASA

“Memastikan prasarana dan kemudahan awam di kawasan perbandarn manjung sentiasa dalam keadaan kondusif serta selamat dan menggalakkan penglibatan komuniti dalam menjayakan polisi dan hasrat kerajaan.”