About

Showing posts with label MMS KEBERSIHAN ALAM SEKITAR. Show all posts
Showing posts with label MMS KEBERSIHAN ALAM SEKITAR. Show all posts

Sunday, 2 December 2018

Program Pemuliharaan Laut dan Pantai oleh Pelajar UTP

Pada 1 Disember 2018 (Sabtu) telah berlangsung Program Pemuliharaan Laut dan Pantai oleh Pelajar UTP bersama Komuniti Teluk Batik di Teluk Batik.  

 Program ini dianjurkan oleh Pelajar dan Pensyarah dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada komuniti mengenai masalah kehakisan pantai yang sedang melanda Teluk Batik. Turut hadir bersama En. Mohamad Ismail bin Ibrahim wakil pegawai Bahagian Pelancongan (MPM).



Semoga usaha murni ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan komuniti seterusnya dapat memperindahkan kawasan tersebut.

Bahagian Pelancongan
Jabatan Pemb. Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

Monday, 2 July 2018

PROGRAM THINK BLUE & GO GREEN




PULAU PANGKOR, 30 Jun 2018. Progam Think Blue & Go Green anjuran Team E-CORAL dari SMK Pangkor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Jabatan Pelajaran Negeri Perak,  Toyota Eco Youth, E-idaman, Jabatan Pertanian Dan Go Green Online Pangkor. Program ini diadakan bersempena Pertandingan Toyota Eco Youth 2018.


Program ini diadakan di PPRT Kg. Hujung Kelawai pada 30 Jun 2018 pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh hari. Dirasmikan oleh YBhg. YDP Majlis Perbandaran Manjung, Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip. 







Tema untuk program ini ialah "Waste Management" yang bermaksud Pengurusan Sisa Pepejal.



Aktiviti yang dijalankan :-
  1. Program Gotong-royong Fasa 1 dan Fasa 2
  2. Program Think Blue & Go Green
  3. Program School Campaign Outreach
  4. Program Eco Green Village
  5. Program Gotong-royong Fasa 3 dan MOU Bersama JKK Penduduk PPRT Kg. Hujung Kelawai










Program ini bertujuan untuk memupuk kepentingan memulihara alam sekitar di kalangan generasi muda dan masyarakat tempatan supaya mereka bertindak bertanggungjawab secara konsisten terhadap alam sekitar untuk memastikan masa depan yang mampan.


Sekian.



"We Love Pangkor, We Keep Pangkor Clean"
"Manjung Bandar Pelancongan & Maritim"
"Maju, Progresif, Makmur"

Sunday, 15 October 2017

PROGRAM GOTONG ROYONG INISIATIF BAHARU NBOS MY BEAUTIFUL NEIGHBOURHOOD (MYBN) 2017 DAN PELANCARAN HARI SUKAN NEGARA


14 Oktober 2017 (Sabtu) telah berlangsungnya program Gotong Royong Inisiatif  Baharu My Beautiful Neighbourhood (MyBN) 2017 & Pelancaran Hari Sukan Negara di Arena Samudera, Taman Samudera, Seri Manjung. Kira-kira 1000 pengunjung yang hadir bagi memeriahkan program ini yang meliputi aktiviti aerobikton selama 2 jam, sukaneka ibu bapa dan anak, gotong-royong membersihkan lorong-lorong belakang, membersihkan longkang, dan aktiviti cari dan kutip sampah. terdapat juga aktiviti mewarna dan cabaran mencari harta karun. Program ini dijalankan serentak seluruh Malaysia. Bagi kawasan gotong royong Parlimen Lumut telah memilih 18 kawasan di daerah Manjung di bawah seliaan JPP/KRT dan JKKK kawasan tersebut bagi membuat gotong royong dikawasan tersebut.







Monday, 3 July 2017

PROGRAM PANGKORKU BERSIH DAN INDAH DAN SESI PERJUMPAAN AHLI MAJLIS SELAKU PEGAWAI PENYELARAS JAWATANKUASA PENDUDUK ZON 2



Program Pangkorku Bersih dan Indah dan Sesi Perjumpaan Ahli Majlis Selaku Pegawai Penyelaras Jawatankuasa Penduduk Zon 2 telah diadakan pada 2 Julai 2017 Ahad bertempat di Rumah Murah dan Taman Desa Pangkor Pasir Bogak. Program ini merupakan aktiviti berteraskan kebersihan dan keceriaan yang melibatkan seluruh warga komuniti Pangkor bagi menerapkan dan menanam sifat cintai alam sekitar tanpa membuang sampah di tempat yang sepatutnya.





Sunday, 2 July 2017

PROGRAM PANGKORKU BERSIH CEGAH AEDES



Program Pangkorku Bersih Cegah Aedes
bersama Ahli Majlis, JKKK dan komuniti Desa Pangkor dan RPA serta Jabatan Kesihatan Daerah Manjung
Tuan SU turut turun padang melihat isu dan pandangan penduduk di kawasan taman ini. Turut bersama Ahli Majlis Chin Boon Hok dan Dato Beh Chew Ning
  



Monday, 22 May 2017

PROGRAM GOTONG ROYONG KASTAM


Program gotong royong Kastam telah diadakan pada 19 Mei 2017 Jumaat bertempat di Jabatan Kastam. Program ini anjuran Jabatan Kastam dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung. Aktiviti membersihkan dan menceriakan kawasan persekitaran ini adalah salah satu usaha menyahut seruan "PERAK YANG BERSIH". Program sebergini bukan sahaja dapat menjadikan kawasan tersebut cantik dan bersih tetapi dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.





PROGRAM SENAM SIHAT DAN KEMPEN MANJUNGKU BERSIH



Program Senam Sihat dan Kempen Manjungku Bersih telah diadakan pada 20 Mei 2017 (Sabtu) jam 8.00 pagi bertempat di dataran Masjid Jamee Ikhwan Desa Manjung Raya (Venice). Program anjuran Kawasan Rukun Tetangga dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung ini telah dihadiri kira-kira 
lapan puluh penduduk taman tersebut yang melibatkan semua lapisan masyarakat seperti kanak-kanak, remaja dan dewasa. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Rashidi bin Ibrahim Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang. Terdapat acara menanam pokok tin dan pokok kurma, gotong royong serta senam sihat. Program sebegini patut diteruskan lagi pada masa akan datang dan boleh dijadikan sebagai contoh kepada taman-taman yang lain.  






ANJUNG RAYA

Monday, 8 May 2017

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA TAMAN FASA 2C


Program Gotong Royong Perdana Taman Fasa 2C telah diadakan pada sabtu 6 Mei 2017 jam 8.00 Pagi bertempat di Padang Fasa 2C. Program ini anjuran Kawasan Rukun Tetangga Taman Fasa 2C bersama Majlis Perbandaran Manjung. Program gotong royong membersihkan kawasan persekitaran taman seperti ini perlu diadakan kerana dapat mencantikkan kawasan persekitaran serta menjadikan kawsan tempat tinggal menjadi kondusif. Selain itu dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk taman tersebut.







Wednesday, 3 May 2017

GOTONG ROYONG MEGA BERSEPADU PERANGI AEDES


Program Gotong royong Mega Bersepadu Perangi Aedes telah diadakan pada 29 April 2017 sabtu jam 9.00 pagi hingga 12 tengahari bertempat di Kawasan Pelantar Pantai Remis. Program ini anjuran bersama pihak Majlis Perbandaran Manjung, Pejabat Kesihatan Daerah Manjung, Syarikat Sup. Enterprise.Program pembersihan kawasan persekitaran ini bertujuan untuk menceriakan dan memperindahkan kawasan taman serta mewujudkan persekitaran yang kondusif.