About

Sunday 30 July 2017

SESI TOWN HALL TUAN PEGAWAI DAERAH MERANGKAP YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG, TUAN MOHAMAD FARIZ BIN MOHAMAD HANIP BERSAMA KOMUNITI PULAU PANGKOR

Sesi Town Hall Tuan Pegawai Daerah merangkap Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Tuan Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip Bersama Komuniti Pulau Pangkor
Turut bersama Setiausaha dan Ahli-ahli Majlis.
Tarikh : 29 Julai 2017 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
Lokasi : Kejora Resort, Pulau Pangkor


Town Hall Tuan Pegawai Daerah merangkap Yang DiPertua Majlis Perbandaran Manjung bersama pengusaha/pengendali kereta sewa/motor sewa

Turut dihadiri Ahli Majlis selaku Pengerusi Penyelaras Jawatankuasa Penduduk
Lokasi : KEJORA RESORT Pulau Pangkor
Jam 11.00 pagi




Friday 28 July 2017

PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI TELUK NIPAH DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA CYBERJAYA UNIVERSITY COLLEGE MEDICAL SERVICES


Program Pembersihan Pantai Teluk Nipah dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma Cyberjaya telah diadakan pada 27/7/2017. Program gotong royong diadakan di Pantai Teluk Nipah dan pemeriksaan kesihatan percuma diadakan di Arena Takraw Kampung Masjid. Program ini anjuran Cyberjaya University College Medical Services dengan kerjasama Majlis Perbandaran ini dihadiri kira-kira 50 orang dan wakil dari Majlis Perbadaran Manjung. Program ini perlu diteruskan lagi kerana dapar memperindahkan kawasan pantai serta memupuk budaya cintakan alam sekitar dalam kalangan pelajar.







Tuesday 18 July 2017

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA BAIDURI BADAN AMAL DAN USAHA ISTERI NEGERI PERAK


Program Khidmat Masyarakat Bersama Baiduri Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak telah diadakan pada 17 Julai 2017 di Kawasan Pelancongan Batu Bersurat Pulau Pangkor, Sekitar Dewan Orang Ramai kampung Teluk Kecil dan Kota Belanda. Program ini telah dirasmikan oleh Datin Seri Diraja Saripah binti Zulkifli, Isteri Menteri Besar Perak. Program gotong royong bersama-sama baiduri ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk di Pulau Pangkor.




Monday 10 July 2017

KARNIVAL SEMARAK PERPADUAN PERINGKAT DAERAH MANJUNG 2017


Karnival Semarak Perpaduan Peringkat Daerah Manjung 2017 telah diadakan pada 29 Julai 2017 (sabtu) 10.00 pagi hingga 11 malam bertempat di dataran dan di padang sebelah surau An-Nur Fasa 1D, Seri Manjung. Pelbagai aktiviti diadakan seperti aktiviti sukaneka, percuma saringan kesihatan dan derma darah, pelbagai pertandingan hiasan kek, memasak dan gubahan bunga. Aktiviti yang berteraskan konsep kemasyarakatan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk.  






Wednesday 5 July 2017

BUKIT ENGKU BUSU, TELUK BATIK




  
Terletak lebih kurang 3km dari Stesen Bas Lumut. Bukit setinggi 3331.4 meter (1087 kaki) ini mendapat namanya sempena nama Raja Engku Busu dari Selangor yang dijemput Sultan Perak dalam tahun 1840 an untuk menghapuskan lanun yang bersembunyi di kawasan Selat Dinding.

Bukit ini menjadi tumpuan bagi aktiviti pendakian, merentas hutan dan berkhemah.



Bahagian Pelancongan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung


Tuesday 4 July 2017

PERASMIAN KOLEJ PERIKANAN MALAYSIA LUMUT

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan nazrin Muizzudin Shah berkenan menyempurnakan perasmian Kolej Perikanan Malaysia Lumut (KPML) di Kampung Acheh, Lumut pada 4/7/2017. Turut sama hadir adalah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja-raja bergelar, Menteri Besar Perak Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir serta Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ismail Abu Hassan.

Kolej yang mula beroperasi sejak Julai 2016 ini mampu menampung sehingga 500 orang pelatih dalam satu masa dan kolej ini sedang melatih 110 orang pelajar untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3 serta Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam bidang iaitu Akuakultur Marin dan perikanan tangkapan.

Yang lebih menariknya, kos pengajian di Kolej ini adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan di mana pelatih hanya perlu menanggung yuran pendaftaran sahaja malah pelatih turut diberikan elaun sara hidup sepanjang menjalani latihan di sini.

Penubuhan KPML ini  dapat membantu mengukuhkan lagi kedudukan negeri Perak sendiri sebagai negeri dengan pendaratan ikan laut tertinggi di Malaysia di samping menyokong pemodenan industri perikanan tangkapan serta akuakultur negara.






Monday 3 July 2017

PROGRAM TOWNHALL DAN KERIANGAN SYAWAL SERTA RAMAH MESRA SERTA PENTAULIAHAN PELANTIKAN PENGERUSI DAN AJK JAWATANKUASA PERWAKILAN PENDUDUK PARLIMEN BERUAS


Program Town Hall dan Keriangan Syawal serta Ramah Mesra serta Pentauliahan Pelantikan Pengerusi dan AJK Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Parlimen Beruas telah diadakan pada 3 Julai 2017 Isnin.Program ini telah dirasmikan oleh Yang berhormat dato' Haji badul Manaf bin Hashim ADUN Pangkalan Baharu.




PROGRAM PANGKORKU BERSIH DAN INDAH DAN SESI PERJUMPAAN AHLI MAJLIS SELAKU PEGAWAI PENYELARAS JAWATANKUASA PENDUDUK ZON 2



Program Pangkorku Bersih dan Indah dan Sesi Perjumpaan Ahli Majlis Selaku Pegawai Penyelaras Jawatankuasa Penduduk Zon 2 telah diadakan pada 2 Julai 2017 Ahad bertempat di Rumah Murah dan Taman Desa Pangkor Pasir Bogak. Program ini merupakan aktiviti berteraskan kebersihan dan keceriaan yang melibatkan seluruh warga komuniti Pangkor bagi menerapkan dan menanam sifat cintai alam sekitar tanpa membuang sampah di tempat yang sepatutnya.





Sunday 2 July 2017

PROGRAM PANGKORKU BERSIH CEGAH AEDES



Program Pangkorku Bersih Cegah Aedes
bersama Ahli Majlis, JKKK dan komuniti Desa Pangkor dan RPA serta Jabatan Kesihatan Daerah Manjung
Tuan SU turut turun padang melihat isu dan pandangan penduduk di kawasan taman ini. Turut bersama Ahli Majlis Chin Boon Hok dan Dato Beh Chew Ning