About

Showing posts with label Projek ERAT. Show all posts
Showing posts with label Projek ERAT. Show all posts

Sunday, 18 July 2021

Penyampaian Bantuan Kotak Makanan dan Barang Basah Projek ERAT MPM Sempena AidilAdha 1442 Hijrah

 

Penyampaian Bantuan Kotak Makanan dan Barang Basah Projek ERAT MPM Sempena AidilAdha 1442 Hijrah / 19 Julai 2021 (Isnin).
 
Hari ini pihak Majlis Perbandaran Manjung telah melaksanakan penyampaian bantuan kotak makanan dan barang basah Projek ERAT MPM sempena AidilAdha kepada yang memerlukan di beberapa kawasan perbandaran Manjung.
 
Program santuni komuniti terkesan tersebut di pimpin sendiri oleh Tuan Shamsul Hazeman Md.Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung. Turut mengiringi adalah Encik Mohd Helmi Ariffin, Setiausaha Perbandaran dan Tuan Haji Mohd Rafiq Haji Mohd, Ahli Majlis Zon 8 (Seri Manjung) dan  Tuan Haji Rosli Abd Rahman, Ahli Majlis Zon 9 (Seri Manjung) dan Encik Issamudin bin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung.
 
Pihak Majlis Perbandaran Manjung mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1442 Hijrah kepada seluruh warga perbandaran Manjung yang beragama Islam semoga hubungan ukhwah yang sedia ada terjalin terus subur di antara pihak komuniti dan Pihak Berkuasa Tempatan.

#seperti aur dengan tebing

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung 







 

Monday, 13 May 2019

Program Sumbangan Bubur Lambuk dan Kurma Astro


11.05.2019 (Sabtu) - Hari ini telah berlangsung Program Inisiatif pihak swasta anjuran Astro (M) Holding Bhd dan Nestle Product Sdn Bhd Bersama Majlis Perbandaran Manjung di perkarangan Pusat Beli Belah TF Pusat Perniagaan Manjung Point IV, Seri Manjung. Sejumlah 200 pek bubur lambuk dan kurma telah diedarkan kepada pengunjung di kawasan berkenaan. 

Program menyantuni komuniti dengan pengagihan bubur lambuk dan kurma kepada komuniti setempat dihadiri oleh pegawai dan pengurusan Astro serta Cik Nadiah Mohd Saruan yang mewakili Majlis Perbandaran Manjung selaku perasmi program. Program ini mendapat sambutan dari pelbagai kaum dan agama. Pelbagai lapisan masyarakat telah turut sama memeriahkan acara pemberian bubur lambuk dan kurma yang diadakan cuma pada bulan ramadhan ini. Keharmonian dan budaya memberi sumbangan ketika musim perayaan merupakan sesuatu yang unik dan amat istimewa bagi pihak-pihak yang terlibat serta masyarakat setempat. Diharapkan program ini dapat diteruskan dan mendapat sokongan semua pihak di masa akan datang.



Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

Friday, 10 May 2019

PROGRAM BICARA ILMU DAN PELANCARAN PROJEK ERAT

 No photo description available.

10 Mei 2019 (Jumaat). Berlangsung di Dewan Anjung Perdana, Majlis Perbandaran Manjung iaitu Program Bicara Ilmu dan Pelancaran Projek ERAT (Ekspedisi Rakyat Terbela). Program ERAT Majlis Perbandaran Manjung iaitu inisiatif untuk membantu golongan miskin di kawasan perbandaran. Pihak korporat, NGO dan warga Manjung yang berkemampuan adalah digalakkan menyumbang untuk program ERAT yang dibuka mulai hari ini hingga 28 Mei 2019. Pengisian program di mulai dengan bacaan surah Al-Quraan oleh Encik Mohamad Sharil bin Salihan Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, tazkirah agama oleh Dr Abdullah Azzam bin Abd Rashid. Majlis dirasmikan oleh Tuan Mohd Helmi Bin Arifin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung. Pengarah, Ketua Jabatan, Ketua Unit, Ketua Bahagian jabatan, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung, Ketua KRT dan kakitangan Majlis Perbandaran Manjung turut serta memeriahkan majlis.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung


 Image may contain: 1 person, indoor  Image may contain: 15 people, including Ee Nazri, Mohd Helmi Arifin, Nazli Alias and Sofian Hj Ashfaq, people sitting  

  



  






Image may contain: 1 person, standing    Image may contain: 5 people, including Mohd Helmi Arifin, Ee Nazri and Arina Aris, people smiling, people standing