About

Showing posts with label PROGRAM TURUN PADANG. Show all posts
Showing posts with label PROGRAM TURUN PADANG. Show all posts

Friday, 25 June 2021

PROGRAM PENYERAHAN KOTAK MAKANAN PROJEK ERAT PBT KEPADA KOMUNITI TERKESAN

PENYERAHAN KOTAK MAKANAN PROJEK ERAT MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG KEPADA KOMUNITI YANG TERKESAN AKIBAT PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PANDEMIK COVID-19

Sebentar tadi bertempat di Restoran DY Kampung Lumut Kiri, Sitiawan telah diadakan majlis ringkas penyerahan 15 kotak makanan Projek ERAT (Expedisi Rakyat Terbela) Majlis Perbandaran Manjung kepada Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung.
 
Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung berbesar hati untuk turun padang ke lapangan bagi menyampaikan sendiri kotak makanan tersebut kepada Encik Hamdan bin Mohamed, Ahli Majlis Perbandaran Manjung merangkap "area officer" Zon 10 (Sitiawan) untuk disampaikan kepada 15 orang ketua keluarga yang didapati terjejas dan terkesan teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pandemik Covid-19.
 
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memiliki hikmah yang tersendiri dimana mempamerkan kebaikan dan kemurahan hati budi orang ramai, agensi dan badan swasta untuk saling membantu golongan yang memerlukan dengan diadakan pelbagai program bantuan makanan dan sebagainya agar semua lapisan masyarakat dapat mencontohi dan terlibat secara aktif dalam program komuniti sebegini.
 
Turut hadir pada program sebentar tadi adalah Encik Issamudin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat.
 
"...ringan sama dijinjing berat sama dipikul..."
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 






 
 

Saturday, 28 November 2020

PROGRAM LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA YB ADUN PANGKOR, AGENSI KERAJAAN, SWASTA DAN AHLI MAJLIS

 

LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA YB ADUN PANGKOR, AGENSI KERAJAAN, SWASTA DAN AHLI MAJLIS KE TAMAN FASA 3A, SERI MANJUNG.
 
Program Turun Padang Bersama YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pangkor ke Taman Fasa 3A, Seri Manjung.
 
Program tersebut telah diadakan di Dewan Komuniti Amanjaya Fasa 3A dimana YB Dato' Seri Diraja meluangkan masa mendengar permasalahan yang telah ditimbulkan dimana tindakan segera diperlukan bagi mengatasi isu-isu perbandaran yang terdapat di taman berkenaan seperti kekerapan berlakunya paip air yang pecah telah memberi laluan kepada pihak LAP yang akan membuat penilaian menyeluruh bagi taman tersebut setelah lawatan ke lapangan diadakan.
 
Pada masa yang sama juga YB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir telah membuat kunjungan kasih dan juga menyampaikan sumbangan kepada golongan komuniti yang sakit dan tidak berkemampuan di kawasan tersebut.
 
Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Encik Mohd Helmi bin Arifin, Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Manjung, Ybhg. Dato' Seri Azri bin Jaafar, Pegawai Khas ADUN Pangkor dan wakil Pengurus Wilayah Tengah II, Lembaga Air Perak (Manjung).
 
Turut kelihatan adalah Ketua-Ketua Jabatan Majlis Perbandaran Manjung yang terdiri daripada Encik Issamudin bin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Encik Mohamad Sharil bin Salihan, Ketua Jabatan Pelesenan danPenguatkuasaan, Encik Ts Rohaizan bin Aris, Ketua Jabatan Bangunan dan Encik Riduan bin Mat Shah, Ketua Jabatan Kejuruteraan Dan Penyelenggaraan.
 
Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Manjung Tuan Haji Mohd Rafiq bin Haji Mohd, Ahli Majlis Zon 7 (Seri Manjung), Tuan Haji Hamidun Bin Ahmad, Ahli Majlis Zon 8 (Seri Manjung) serta Encik Mohd Najmy bin Mohd Yakin, Pengurus Seksyen, syarikat konsesi Puncak Emas Infra Sdn Bhd turut turun padang bagi menyantuni komuniti setempat.
 
Semoga kunjungan bermakna YB ADUN bersama agensi kerajaan tersebut terus mendepani slogan rakyat didahulukan dan sebagai priority paling utama.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung




 

Wednesday, 25 November 2020

PROGRAM LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 

LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA YB ADUN PANGKOR, AGENSI KERAJAAN, SWASTA DAN AHLI MAJLIS.
 
Petang tadi telah berlangsung Program Lawatan Turun Padang Bersama YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pangkor.
Program ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan membincangkan tindakan yang boleh dilaksanakan berkenaan isu berbangkit seperti jalan mendap di Taman Manjung Point Seksyen 1, masalah banjir di Teluk Muroh, Lumut dan dinding penahan hakisan yang telah retak di Taman Seri Batik, Teluk Batik, Lumut.
 
Turut hadir sama di dalam lawatan tersebut adalah Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Encik Mohd Helmi bin Arifin, Setiausaha Perbandaran, Ybhg. Dato' Seri Azri bin Jaafar, Pegawai Khas ADUN Pangkor, Encik Mohd Rozdhi bin Abdullah, Jurutera Jabatan Parit dan Saliran Daerah Manjung, Encik Issamudin bin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Encik Riduan bin Mat Shah, Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan Majlis Perbandaran Manjung disertai juga oleh Tuan Haji Rosli Abd Rahman, Ahli Majlis Zon 9, Dato' Norzaman bin Man, Ahli Majlis Zon 4, Tuan Haji Mohd Rafiq bin Haji Mohd, Ahli Majlis Zon 7 dan wakil Indah Water Konsortium (IWK) serta syarikat konsesi Puncak Emas Infra Sdn Bhd.
 
Objektif program adalah bagi mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan yang timbul. Perbincangan dan tindakan seterusnya yang bakal dilaksanakan akan menyelesaikan isu yang berbangkit.
Semoga program yang telah diadakan ini memberi jalan penyelesaian bagi kesejahteraan hidup komuniti setempat.
 
Bahagian Kemasyarakatan, 
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial,
Majlis Perbandaran Manjung
 





 
 

Thursday, 19 November 2020

PROGRAM TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG DI TAMAN MURNI JAYA, SITIAWAN

 

Pagi ini sedang berlangsung Program Turun Padang Majlis Perbandaran Manjung bersama Jawatankuasa Penduduk Taman Murni Jaya, Sitiawan.

Program yang berlegar berkenaan isu berbangkit seperti jarak di antara longkang dengan kebun pokok kelapa sawit berhampiran, cover slip konkrit yang pecah akibat pengambilan buah kelapa sawit dan tanah mendap di kawasan padang permainan kanak-kanak serta scupper pipe jalan yang tidak dibersihkan menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan lancar.
 
Program telah disertai oleh Encik Hamdan bin Mohamed Ahli Majlis Zon 10, Encik Jeyaraman A/L Sankaran, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Murni Jaya, Encik Mohd Helmy bin Abd Hadi, Ketua Jabatan Perancang Bandar, Encik Issamudin bin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Cik Nadiah binti Mohd Saruan, Pegawai Khas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Penolong Jurutera, Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan dan pihak pemaju Destar Development Sdn Bhd.
 
Objektif program adalah bagi mencari titik persamaan antara komuniti perumahan setempat dan pemaju bagi menyelesaikan isu yang berbangkit dari ketidakpuasaan hati penduduk taman perumahan yang telah siap dan diduduki sejak tahun 2018.
 
Semoga program yang telah diadakan ini memberi jalan penyelesaian bagi kesejahteraan hidup komuniti setempat.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung.