About

Showing posts with label JKP ZON 4. Show all posts
Showing posts with label JKP ZON 4. Show all posts

Tuesday, 22 January 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG FASA 3A, SERI MANJUNG


 
 
  
21 Januari 2019 telah berlangsungnya Program Gotong Royong Fasa 3A bersama MPM jam 8 pagi.Kira-kira 80 orang penduduk Taman Fasa 3A turut bersama-sama menjayakan Program gotong royong bersama team MPM dan telah dirasmikan oleh YB Cg Yahaya bin Mat Nor, Adun Pasir Panjang.

 Semoga usaha murni ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan penduduk setempat seterusnya dapat memperindahkan kawasan tersebut.





Monday, 21 January 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG TAMAN FASA 2A





19 Januari 2019 (Sabtu) telah berlangsungnya Program Gotong Royong Taman Fasa 2A bersama Majlis Perbandaran Manjung pada jam 8.00 pagi. Program ini telah disertai lebih 80 orang penduduk Taman Fasa 2A bersama-sama pihak MPM.Turut hadir bersama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Manjung dan YB Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli bagi menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan penduduk setempat seterusnya dapat memperindahkan kawasan tersebut.


Sunday, 27 May 2018

PROGRAM BERBUKA PUASA TAMAN FASA 2A


26 Mei 2018- Telah berlangsungnya Program Berbuka Puasa di Taman Fasa 2A, Seri Manjung. Kira-kira 100 orang penduduk taman telah bersama-sama mengimarahkan program berbuka puasa tersebut. Program ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Helmi Bin Arifin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung. Program ini diadakan untuk merapatkan lagi hubungan dan jalinan kerjasama antara semua pihak khususnya warga Perbandaran Manjung di samping menyemai semangat usahasama. Dalam masa yang sama, dapat melahirkan rasa syukur dengan nikmat kehidupan bermasyarakat, berkeluarga dan kasih sayang antara komuniti setempat yang allh berikan serta memberi manfaat untuk warga komuniti Manjung.