About

Showing posts with label MMS KESELAMATAN DAN KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label MMS KESELAMATAN DAN KESIHATAN. Show all posts

Tuesday, 24 October 2017

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN KEBAKARAN BERSAMA KOMUNITI MANJUNG





Program Bomba dan Komuniti Setiawan Manjung sempena Permukiman YAB MB Perak dirasmikan oleh Toh Seri Bijaya Lt a(101Kol (B) Dato' Shaharudin Nazari, OBJ Manjung bagi mewakili YB Dato' Rusnah Kassim. Selepas Tapah/Kmpar, ini kesinambungan selanjutnya memperkasakan maahad tahfiz dan sekolah pondok tentang kesedaran ilmu kebakaran dan penyelamat. Selain itu, komuniti setempat juga diraikan bersama sebagai anggota sukarela bomba di penempatan masing2.










Monday, 22 May 2017

PROGRAM SENAM SIHAT DAN KEMPEN MANJUNGKU BERSIH



Program Senam Sihat dan Kempen Manjungku Bersih telah diadakan pada 20 Mei 2017 (Sabtu) jam 8.00 pagi bertempat di dataran Masjid Jamee Ikhwan Desa Manjung Raya (Venice). Program anjuran Kawasan Rukun Tetangga dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung ini telah dihadiri kira-kira 
lapan puluh penduduk taman tersebut yang melibatkan semua lapisan masyarakat seperti kanak-kanak, remaja dan dewasa. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Rashidi bin Ibrahim Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang. Terdapat acara menanam pokok tin dan pokok kurma, gotong royong serta senam sihat. Program sebegini patut diteruskan lagi pada masa akan datang dan boleh dijadikan sebagai contoh kepada taman-taman yang lain.  






ANJUNG RAYA

Thursday, 30 March 2017

PROGRAM PERJUMPAAN TUAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA AHLI MAJLIS, MAJLIS MASYARAKAT SIVIL, JAWATANKUASA PERWAKILAN PENDUDUK DAN KAWASAN RUKUN TETANGGA(TOWN HALL MEETING SIRI 1 2017)


Program Perjumpaan Tuan yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan pada 28 Mac 2017 di Dewan Alamanda, Majlis Perbandaran Manjung.Program ini adalah salah satu inisiatif Majlis Perbandaran Manjung dalam mendekati komuniti dan mendengar permasalahan mereka.Isu-isu yang telah dibincangkan semasa jelajah tersebut telah diambil perhatian dan dalam perancangan untuk tindakan selanjutnya selain terdapat juga isu-isu yang telah jelas dan diselesaikan. Isu-isu yang dibincangkan merangkumi isu sosial, ekonomi dan keselamatan.




Friday, 13 January 2017

PROGRAM BERBASIKAL BERSAMA KOMUNITI MENYELAMI ISU SOSIAL (BESKAL)


Program Berbasikal bersama komuniti menyelami isu sosial (BESKAL) telah diadakan pada 11 Januari 2017 (Rabu), jam 9.00 Malam bertempat di Perkarangan Surau Ar-Rahman, Fasa 2 Gabungan, Fasa 2D, Seri Manjung. Program ini diadakan Untuk menyelami isu-isu sosial di kawasan Perbandaran Manjung Khususnya di Kawasan Rukun Tetangga. Di samping, dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat dengan pihak Majlis Perbandaran Manjung. Mencegah masalah sosial yang berlaku di Kawasan Rukun Tetangga terutama pada waktu malam. Mencegah masalah jenayah yang berlaku pada waktu malam terutama di Kawasan Rukun Tetangga serta melibatkan Penglibatan antara masyarakat, SRS, dan Warga Perbandaran Manjung .







Sunday, 29 May 2016

PROGRAM GOTONG ROYONG HAPUSKAN AEDES DAN ZIKA DI TAMAN BERPADU, TAMAN SEJATI 1 & 3, SITIAWAN.



KRT Taman Berpadu, Taman Sejati 1 & 3 bersama Majlis Perbandaran Manjung dan juga agensi-agensi lain yang terlibat telah mengadakan Program Gotong Royong Hapuskan Aedes dan Zika pada 29 Mei 2016 jam 7.30 pagi di Padang Taman Berpadu, Sitiawan. Selain aktiviti gotong royong, turut diadakan pameran kesihatan dan bahaya denggi & zika sepanjang program tersebut berlangsung.

Program tersebut adalah satu usaha yang murni dilakukan oleh KRT Taman Berpadu dan Taman Sejati dalam mencegah dan membasmi penyebaran Aedes dan Zika. Pengerusi KRT Taman Berpadu, Dr. Yusuf Al-Bakri semasa program tersebut berkata, KRT Taman Berpadu menyambut baik usaha kerajaan selama ini dalam memperjuangkan kesejahteraan dan keselamatan rakyat. Ini adalah salah satu inisiatif yang boleh dilakukan oleh penduduk setempat dalam bersama-sama kerajaan memerangi wabak denggi. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk setempat, Majlis Perbandaran Manjung dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.








PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA TAMAN FASA 3A




Pada pagi ahad 29 Mei 2016 telah berlangsung Program Gotong Royong Perdana anjuran bersama KRT Taman Fasa 3A, JPP, Surau Nurul Iman dan Majlis Perbandaran Manjung. Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu diadakan di Pejabat KRT Taman Fasa 3A. 

Majlis Perbandaran Manjung telah menyediakan barangan keperluan untuk tujuan gotong royong tersebut seperti tong sampah arm roll, pencakar dan skop. Objektif program tersebut ialah untuk merapatkan lagi silaturahim antara penduduk setempat di samping bersama-sama membersihkan kawasan tempat tinggal untuk mencegah nyamuk aedes dan wabak denggi. 







Saturday, 28 May 2016

KONVENSYEN COMBI & SAMBUTAN HARI DENGGI ASEAN PERINGKAT NEGERI PERAK



Tarikh 28 Mei 2016 telah berlangsung Konvensyen COMBI dan Sambutan Hari Denggi Asean peringkat Negeri Perak di Dewan EMV, Seri Manjung Perak. Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang Dato' Rashidi Ibrahim telah dijemput untuk berucap dan merasmikan konvensyen tersebut.

Konvensyen yang bermula pukul 9.00 pagi itu dihadiri oleh ramai pengunjung-pengunjung yang bersama merealisasikan hasrat kerajaan dalam pencegahan wabak denggi. Terdapat pameran-pameran dari pejabat kesihatan seluruh negeri Perak berkaitan dengan nyamuk aedes dan wabak denggi.














Tuesday, 24 May 2016

JELAJAH TOWN HALL MEETING @ BERUAS



Pada 24 Mei 2016 telah diadakan Jelajah Town Hall Meeting di Beruas. Program ini adalah salah satu inisiatif Majlis Perbandaran Manjung dalam mendekati komuniti dan mendengar permasalahan mereka. Program jelajah ini adalah kesinambungan kepada Program Town Hall Meeting bagi Perbandaran Manjung yang telah diadakan pada 17 Mei yang lalu.

Mesyuarat bersama Ketua-Ketua Kampung, Tok Sidang dan JPP Beruas turut diadakan dan dipengerusikan oleh En. Ahmad Zamhuri bin Mahmud, Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 16. Program tersebut turut dihadiri oleh dua Ahli Majlis Perbandaran Manjung iaitu En. Shaiful Faisal Bin Haji Salleh, Zon 19 dan Puan Salmah Binti Sojak, Zon 20. Antara isu-isu yang diutarakan oleh wakil komuniti Beruas adalah seperti pencerahan bidang kuasa ketua kampung, ahli majlis dan JPP. Selain itu,turut dibincangkan mengenai kawasan perkelahan Ulu Licin, cadangan untuk dimajukan kawasan lombong di Kg. Che Putih, Beruas, permasalahan jalan sempit dari SMK. Raja Shariman, permasalahan ceroboh tanah kerana pembinaan longkang, cadangan diwujudkan medan selera, perbincangan mengenai sambutan Beruas 100 Tahun dan banyak lagi.

Isu-isu yang telah dibincangkan semasa jelajah tersebut telah diambil perhatian dan dalam perancangan untuk tindakan selanjutnya selain terdapat juga isu-isu yang telah jelas dan diselesaikan.