About

Showing posts with label MMS PENDIDIKAN DAN INTERGRASI NASIONAL. Show all posts
Showing posts with label MMS PENDIDIKAN DAN INTERGRASI NASIONAL. Show all posts

Tuesday, 4 July 2017

PERASMIAN KOLEJ PERIKANAN MALAYSIA LUMUT

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan nazrin Muizzudin Shah berkenan menyempurnakan perasmian Kolej Perikanan Malaysia Lumut (KPML) di Kampung Acheh, Lumut pada 4/7/2017. Turut sama hadir adalah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja-raja bergelar, Menteri Besar Perak Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir serta Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ismail Abu Hassan.

Kolej yang mula beroperasi sejak Julai 2016 ini mampu menampung sehingga 500 orang pelatih dalam satu masa dan kolej ini sedang melatih 110 orang pelajar untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3 serta Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam bidang iaitu Akuakultur Marin dan perikanan tangkapan.

Yang lebih menariknya, kos pengajian di Kolej ini adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan di mana pelatih hanya perlu menanggung yuran pendaftaran sahaja malah pelatih turut diberikan elaun sara hidup sepanjang menjalani latihan di sini.

Penubuhan KPML ini  dapat membantu mengukuhkan lagi kedudukan negeri Perak sendiri sebagai negeri dengan pendaratan ikan laut tertinggi di Malaysia di samping menyokong pemodenan industri perikanan tangkapan serta akuakultur negara.






Sunday, 11 June 2017

PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA PENDUDUK FASA 2J SERI MANJUNG


11  Jun 2017, Jawatankuasa Perumahan Fasa 2J mengambil pendekatan bergotong royong dan sumbangan ikhlas mengadakan Majlis Berbuka Puasa di kawasan tanah lapang perumahan tersebut. Pihak Majlis Perbandaran Manjung melalui pendekatan Jawatankuasa Penduduk (JKP) diwakili Ahli Majlis En Mohd Shahril Bin Yahaya turut bersama menyertai majlis berbuka bersama komuniti setempat.

Usaha ini telah berjaya merapatkan hubungan sesama penduduk dengan lebih erat disamping dapat bersuai kenal dan berinteraksi dengan Ahli Majlis dan pegawai MPM yang hadir. 

Selain itu, penduduk juga berpeluang bertanya khabar antara satu sama lain, malah ini adalah salah satu cara untuk penduduk bersedekah kepada golongan yang tidak berkemampuan dengan membawa  juadah dan bahan makanan dari rumah untuk dimasak bersama.

Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 150 orang penduduk setempat.












Monday, 24 April 2017

BERSIH INDAH @ SEKOLAH "PROGRAM GOTONG ROYONG SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SITIAWAN MANJUNG RAYA TAHUN 2017"


Program Gotong Royong Sekolah Kebangsaan Seri Sitiawan Manjung Raya Tahun 2017 telah diadakan pada 22 April 2017 sabtu jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Rasional program ini diadakan ialah sekolah yang ceria dan indah dapat dilihat daripada keadaan fizikal luar dan dalam. Fizikal luar yang bersih, indah dan ceria dapat mencerminkan identiti warganya yang mampu mencapai kegemilangan dalam pelbagai aspek terutamanya dalam bidang akademik seterusnya kokurikulum dan sahsiah.




Monday, 27 March 2017

PROGRAM SEMARAK KOMUNITI DAN HARI TANPA KERETA



Program Semarak 2017 (Semarak Bersama Masyarakat) & Hari Tanpa Kereta telah diadakan pada 25 Mac 2017 (Sabtu) jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di Jalan Pinang Raja (Berhadapan Majlis Perbandaran Manjung). Antara aktiviti yang telah diadakan ialah jualan preloved manjung dan makanan ,Senamrobik, Sepak Raga, Skateboard dan Roller Blade, serta Street Soccer. Program ini selaras dengan Pelan Tranformasi Pihak Berkuasa Tempatan " PBT di Hati Rakyat" di mana ianya dapat merapatkan lagi hubungan dan jalinan kerjasama diantara semua pihak khususnya warga perbandaran Manjung disamping menyemai semangat usahasama dan inisiatif yang boleh dijayakan bersama Majlis Perbandaran Manjung.





Tuesday, 4 October 2016

PROJEK ERAT : SUMBANGAN UNTUK MASYARAKAT MISKIN INDIA DI DAERAH MANJUNG



PROJEK ERAT : Sumbangan Untuk Masyarakat Miskin India di Daerah Manjung.
Sumbangan anda boleh diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial Majlis Perbandaran Manjung 
sehingga 24 Oktober 2016

Saturday, 6 August 2016

KARNIVAL & JELAJAH FT ROADPEDIA KEMENTERIAN KERJA RAYA 2016



Kementerian Kerja Raya telah melaksanakan satu program Karnival & Jelajah FT Roadpedia KKR 2016 pada Sabtu 6 Ogos 2016 yang bertujuan untuk memberi penerangan lebih jelas mengenai jalan-jalan persekutuan kepada masyarakat umum.

Program tersebut dihadiri dan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak bersama YB Dato' Sri Haji Fadhillah Haji Yusof.







Saturday, 30 July 2016

SAMBUTAN RAYA AIDILFITRI BERSAMA KOMUNITI DI TAMAN FASA 2J




Pada 30 Julai 2016, penduduk Taman Fasa 2J telah mengadakan majlis sambutan hari raya aidilfitri dan telah menjemput warga Majlis Perbandaran Manjung untuk bersama-sama meraikan majlis tersebut.

Pegawai Tadbir Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial Majlis Perbandaran Manjung, En. Mohd Sharil Bin Salihan telah merasmikan majlis tersebut dan telah beramah mesra dengan lebih 200 orang tetamu yang telah hadir.





Saturday, 23 May 2015

SIRI JELAJAH MERDEKA AEON AKAR KITA ZAPIN 2015 PERINGKAT ZON TIMUR

    PELAPORAN PROGRAM

PROGRAM                   :  SIRI JELAJAH MERDEKA AEON AKAR KITA ZAPIN 2015
                                        PERINGKAT ZON TIMUR 

MAKLUMAT AKTIVITI :

Tarikh
Aktiviti Dilakukan
Penglibatan Agensi

23 Mei 2015 (Sabtu)

2.00 petang hingga 5.30 petang









1.     Program siri Jelajah Merdeka Aeon Akar Kita Zapin 2015 Peringkat Zon Timur diadakan di AEON  Mall Seri Manjung, Perak.

2.     Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Nolee Ashilin binti Mohd Radzi, Pengerusi Pelancongan, Kesenian dan kebudayaan negeri Perak.

3.     Program ini anjuran Persatuan tatihseni Malaysia kerjasama Majlis Perbandaran Manjung.

4.     Pelbagai kategori pertandingan diadakan seperti pertandingan zapin mania, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan kompang berirama dan formasi.

5.     Objektif yang dapat diperolehi daripada program ini ialah dapat mengenali pelbagai jenis tarian di Malaysia.



a.     Persatuan tatihseni Malaysia
b.    Kementerian Pelancongan Negeri Perak
c.     Pihak media rasmi (Mingguan Malaysia)
d.    Majlis Perbandaran Manjung
e.     Aeon Mall Seri Manjung
f.     Guru dan pelajar sekolah daerah Manjung
g.    PDRM
h.     RELA
i.      Persatuan Bulan Sabit Merah








Saturday, 16 August 2014

MY RUKUN NEGARA

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM
MY RUKUN NEGARA
JOM BERSIH PANTAI
PROGRAM KERJAMSAMA BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG &
JAWTANKUASA KECIL PELANCONGAN DAN ALAM SEKITAR LA21 MANJUNG
16 OGOS 2014
PANTAI TELUK BATIK

1.0               TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh                    :               16 OGOS 2014
Masa                     :               8.30 pagi
Tempat                                :               PANTAI TELUK BATIK

2.0               GAMBAR PROGRAM














·         Bermula dengan aktiviti senamrobik    
 















·         Aktiviti mengutip sampah di sekitar kawasan pantai dan juga longkang







 














·      Melakukan aktiviti menanam pokok
 















·      Pengumpulan sampah selepas aktiviti penanaman pokok selesai

3.0               PENGLIBATAN DAN AKTIVITI

-          300 peserta terdiri daripada pelajar sekolah, NGO dan rukun tetangga.
-          Mengutip sampah di sekitar kawasan pantai dan juga longkang.
-          Melakukan aktiviti menanam pokok.
-          Pengumpulan sampah selepas aktiviti penanaman pokok selesai.




Disediakan oleh


Unit Pelancongan & Pengurusan Lumut
Majlis Perbandaran Manjung