11 Jun 2017, Jawatankuasa Perumahan Fasa 2J mengambil pendekatan bergotong royong dan sumbangan ikhlas mengadakan Majlis Berbuka Puasa di kawasan tanah lapang perumahan tersebut. Pihak Majlis Perbandaran Manjung melalui pendekatan Jawatankuasa Penduduk (JKP) diwakili Ahli Majlis En Mohd Shahril Bin Yahaya turut bersama menyertai majlis berbuka bersama komuniti setempat.
Usaha ini telah berjaya merapatkan hubungan sesama penduduk dengan lebih erat disamping dapat bersuai kenal dan berinteraksi dengan Ahli Majlis dan pegawai MPM yang hadir.
Selain itu, penduduk juga berpeluang bertanya khabar antara satu sama lain, malah ini adalah salah satu cara untuk penduduk bersedekah kepada golongan yang tidak berkemampuan dengan membawa juadah dan bahan makanan dari rumah untuk dimasak bersama.
Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 150 orang penduduk setempat.
0 Comments:
Post a Comment