About

Showing posts with label LA 21 PRASARANA. Show all posts
Showing posts with label LA 21 PRASARANA. Show all posts

Saturday, 28 November 2020

PROGRAM LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA YB ADUN PANGKOR, AGENSI KERAJAAN, SWASTA DAN AHLI MAJLIS

 

LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA YB ADUN PANGKOR, AGENSI KERAJAAN, SWASTA DAN AHLI MAJLIS KE TAMAN FASA 3A, SERI MANJUNG.
 
Program Turun Padang Bersama YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pangkor ke Taman Fasa 3A, Seri Manjung.
 
Program tersebut telah diadakan di Dewan Komuniti Amanjaya Fasa 3A dimana YB Dato' Seri Diraja meluangkan masa mendengar permasalahan yang telah ditimbulkan dimana tindakan segera diperlukan bagi mengatasi isu-isu perbandaran yang terdapat di taman berkenaan seperti kekerapan berlakunya paip air yang pecah telah memberi laluan kepada pihak LAP yang akan membuat penilaian menyeluruh bagi taman tersebut setelah lawatan ke lapangan diadakan.
 
Pada masa yang sama juga YB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir telah membuat kunjungan kasih dan juga menyampaikan sumbangan kepada golongan komuniti yang sakit dan tidak berkemampuan di kawasan tersebut.
 
Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Encik Mohd Helmi bin Arifin, Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Manjung, Ybhg. Dato' Seri Azri bin Jaafar, Pegawai Khas ADUN Pangkor dan wakil Pengurus Wilayah Tengah II, Lembaga Air Perak (Manjung).
 
Turut kelihatan adalah Ketua-Ketua Jabatan Majlis Perbandaran Manjung yang terdiri daripada Encik Issamudin bin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Encik Mohamad Sharil bin Salihan, Ketua Jabatan Pelesenan danPenguatkuasaan, Encik Ts Rohaizan bin Aris, Ketua Jabatan Bangunan dan Encik Riduan bin Mat Shah, Ketua Jabatan Kejuruteraan Dan Penyelenggaraan.
 
Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Manjung Tuan Haji Mohd Rafiq bin Haji Mohd, Ahli Majlis Zon 7 (Seri Manjung), Tuan Haji Hamidun Bin Ahmad, Ahli Majlis Zon 8 (Seri Manjung) serta Encik Mohd Najmy bin Mohd Yakin, Pengurus Seksyen, syarikat konsesi Puncak Emas Infra Sdn Bhd turut turun padang bagi menyantuni komuniti setempat.
 
Semoga kunjungan bermakna YB ADUN bersama agensi kerajaan tersebut terus mendepani slogan rakyat didahulukan dan sebagai priority paling utama.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung




 

Wednesday, 25 November 2020

PROGRAM LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 

LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA YB ADUN PANGKOR, AGENSI KERAJAAN, SWASTA DAN AHLI MAJLIS.
 
Petang tadi telah berlangsung Program Lawatan Turun Padang Bersama YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pangkor.
Program ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan membincangkan tindakan yang boleh dilaksanakan berkenaan isu berbangkit seperti jalan mendap di Taman Manjung Point Seksyen 1, masalah banjir di Teluk Muroh, Lumut dan dinding penahan hakisan yang telah retak di Taman Seri Batik, Teluk Batik, Lumut.
 
Turut hadir sama di dalam lawatan tersebut adalah Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Encik Mohd Helmi bin Arifin, Setiausaha Perbandaran, Ybhg. Dato' Seri Azri bin Jaafar, Pegawai Khas ADUN Pangkor, Encik Mohd Rozdhi bin Abdullah, Jurutera Jabatan Parit dan Saliran Daerah Manjung, Encik Issamudin bin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Encik Riduan bin Mat Shah, Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan Majlis Perbandaran Manjung disertai juga oleh Tuan Haji Rosli Abd Rahman, Ahli Majlis Zon 9, Dato' Norzaman bin Man, Ahli Majlis Zon 4, Tuan Haji Mohd Rafiq bin Haji Mohd, Ahli Majlis Zon 7 dan wakil Indah Water Konsortium (IWK) serta syarikat konsesi Puncak Emas Infra Sdn Bhd.
 
Objektif program adalah bagi mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan yang timbul. Perbincangan dan tindakan seterusnya yang bakal dilaksanakan akan menyelesaikan isu yang berbangkit.
Semoga program yang telah diadakan ini memberi jalan penyelesaian bagi kesejahteraan hidup komuniti setempat.
 
Bahagian Kemasyarakatan, 
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial,
Majlis Perbandaran Manjung
 





 
 

Tuesday, 24 November 2020

LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA AHLI MAJLIS ZON 17, AYER TAWAR

 

LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA AHLI MAJLIS ZON 17, AYER TAWAR.
 
Pagi ini bertempat di Taman Medan Seri Sentosa, Taman Ayer Tawar II, Ayer Tawar sedang berlangsung Program Turun Padang Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung yang bertujuan bagi meninjau permasalahan banjir kilat yang dihadapi oleh komuniti setempat di taman perumahan perbandaran susulan musim hujan yang kini telah bermula.
 
Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran turut sama turun padang menyertai program pagi ini bersama YB Puan Wong May Ing, ADUN Pantai Remis, juga turut disertai oleh Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, Encik Mohamad Zaini Hasbullah, Ahli Majlis Zon 17 (Ayer Tawar), Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Perbandaran, Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan Majlis Perbandaran Manjung dan syarikat konsesi Puncak Emas Infra Sdn Bhd.





 
Objektif program pada pagi ini adalah bagi mencari jalan penyelesaian setelah mengenal pasti punca-punca yang telah menyebabkan berlakunya banjir kilat apabila hujan lebat serta mengatasi isu dan permasalahan di peringkat perlaksanaan yang memerlukan keputusan pengurusan bersama agensi kerajaan yang lain.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

Monday, 4 December 2017

KARNIVAL MOUNTAIN BIKE PANTAI REMIS 2017



Pada hari Ahad, 3 Disember 2017 yang lalu telah berlangsung Karnival Mountain Bike Pantai Remis 2017 yang dianjurkan oleh Koperasi Eko Pelancongan Pantai Remis bersama Majlis Perbandaran Manjung di Pantai Remis Perak.  Majlis perasmian dan perlepasan peserta telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung. Seramai hampir 300 peserta mengambil bahagian pada karnival kali ini.

Monday, 27 November 2017

KARNIVAL BOLASEPAK PIALA YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG (PIALA FA) 2017


SELESAI SUDAH KARNIVAL BOLASEPAK PIALA FA BAGI MEREBUT PIALA YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG 2017. SEBANYAK 26 PASUKAN DARIPADA LIGA AMATUR YANG TELAH MENYERTAI KARNIVAL INI. TAHNIAH KEPADA PASUKAN KILAT FC YANG BERJAYA MENEWASKAN PASUKAN WBLFC 3-0 PADA PERLAWANAN AKHIR. PASUKAN MPM FC KANDAS DIPERINGKAT SEPARUH AKHIR.  MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH TELAH DISEMPURNAKAN OLEH TUAN SETIAUSAHA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG EN MOHD HELMI BIN ARIFFIN YANG MEWAKILI YBHG DATO' YDP. HADIR SAMA EN SHARIL SALIHAN, PEG TADBIR JAB PEMBANGUNAN KOMUNITI DAN SOSIAL MPM, WAKIL DARI PAFA DAN JAWATANKUASA TERTINGGI PBDM. TAHNIAH PADA SEMUA.

KEJOHANAN SUKAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN 2017




KEJOHANAN SUKAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI PERAK 2017 TELAH MELABUHKAN TIRAINYA. KEJOHANAN YANG BERLANGSUNG DI KAMPAR PADA 16-19 NOVEMBER  2017 TELAH MENYAKSIKAN KONTIGEN MAJLIS BANDARAYA IPOH MUNCUL JUARA KESELURUHAN BAGI EDISI KALI INI. MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG TELAH MENYERTAI KESEMUA SEPULUH ACARA SUKAN YANG DIPERTANDINGKAN.  ACARA TERSEBUT IALAH BOLASEPAK (SUKU AKHIR),  BOLA JARING (SEPARUH AKHIR) BADMINTON (SUKU AKHIR), DART (PERINGKAT KUMPULAN), PINGPONG (PERINGKAT KUMPULAN),  TARIK TALI (PERINGKAT KUMPULAN),  BOWLING (KETIGA), KAROM (KETIGA),  SEPAK TAKRAW (PERINGKAT KUMPULAN)  DAN GOLF (KEENAM). KONTIGEN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG SEKADAR BERADA DIKEDUDUKAN KE-6 KESELURUHAN DAN IANYA ADALAH SESUATU YG BOLEH DIBANGGAKAN KERANA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERADA DALAM KELOMPOK 10 PBT TERBAIK KESELURUHAN PADA EDISI KALI INI. MAJLIS PENUTUP TELAH DISEMPURNAKAN OLEH YANG BERHORMAT DATO' SERI ABDUL PUHAT BIN MAT NAYAN,  SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK PADA 19 NOVEMBER 2017 JAM 8.30 MALAM DI DEWAN BANDARAN KAMPAR.  PADA MAJLIS TERSEBUT PASUKAN BOWLING DAN KAROM MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG TELAH MENERIMA HADIAH SEBAGAI PEMENANG TEMPAT KETIGA BAGI ACARA TERSEBUT.