KEJOHANAN SUKAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI PERAK 2017 TELAH MELABUHKAN TIRAINYA. KEJOHANAN YANG BERLANGSUNG DI KAMPAR PADA 16-19 NOVEMBER 2017 TELAH MENYAKSIKAN KONTIGEN MAJLIS BANDARAYA IPOH MUNCUL JUARA KESELURUHAN BAGI EDISI KALI INI. MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG TELAH MENYERTAI KESEMUA SEPULUH ACARA SUKAN YANG DIPERTANDINGKAN. ACARA TERSEBUT IALAH BOLASEPAK (SUKU AKHIR), BOLA JARING (SEPARUH AKHIR) BADMINTON (SUKU AKHIR), DART (PERINGKAT KUMPULAN), PINGPONG (PERINGKAT KUMPULAN), TARIK TALI (PERINGKAT KUMPULAN), BOWLING (KETIGA), KAROM (KETIGA), SEPAK TAKRAW (PERINGKAT KUMPULAN) DAN GOLF (KEENAM). KONTIGEN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG SEKADAR BERADA DIKEDUDUKAN KE-6 KESELURUHAN DAN IANYA ADALAH SESUATU YG BOLEH DIBANGGAKAN KERANA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERADA DALAM KELOMPOK 10 PBT TERBAIK KESELURUHAN PADA EDISI KALI INI. MAJLIS PENUTUP TELAH DISEMPURNAKAN OLEH YANG BERHORMAT DATO' SERI ABDUL PUHAT BIN MAT NAYAN, SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK PADA 19 NOVEMBER 2017 JAM 8.30 MALAM DI DEWAN BANDARAN KAMPAR. PADA MAJLIS TERSEBUT PASUKAN BOWLING DAN KAROM MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG TELAH MENERIMA HADIAH SEBAGAI PEMENANG TEMPAT KETIGA BAGI ACARA TERSEBUT.
0 Comments:
Post a Comment