About

Sunday 24 February 2019

Program Gotong Royong Perdana Anti Denggi di Kawasan Taman sungai wang dan Program Gerak Kerja Rakan Taman


24 Februari 2019 (Ahad) telah berlangsungnya Program Gotong Royong Perdana Anti Denggi di Kawasan Taman sungai wang dan Program Gerak Kerja Rakan Taman bagi menindahkan Padang Sungai Wang 1, Ayer Tawar bersama MPM jam 8 pagi di Padang Taman Sungai Wang Ayer Tawar. Program ini turut dihadiri oleh Ahli Majlis Zon 13, Puan Wong Lay Keong bagi bersama-sama menjayakan Program gotong royong KRT Taman Sungai Wang bersama team MPM.
Semoga usaha murni ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan penduduk setempat seterusnya dapat memperindahkan kawasan tersebut.









Monday 18 February 2019

Majlis perasmian Pusat aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Manjung di Masjid Haji Isa Batu 8, Lekir







19 Februari 2019 (Selasa), Sedang berlangsung Majlis Perasmian Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Manjung di Masjid Haji Isa Batu 8 Lekir. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Wong May Ing (Exco Pembangunan Sahsiah, Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat) dan dihadiri kira-kira lebih 100 orang tetamu terdiri daripada agensi kerajaan, swasta dan masyarakat setempat.
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) ialah tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (development) kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara KPWKM dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan NGO.
Dengan adanya Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) ianya dapat meluaskan kemudahan-kemudahan untuk kesejahteraan, pembangunan warga emas dan meningkatkan kualiti hidup warga emas selari dengan konsep warga emas aktif dan produktif














Sunday 17 February 2019

Program Gotong Royong di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mukim Pundut


16 Februari 2019 (Sabtu) jam 8.00 Pagi

Telah berlangsungnya Program Gotong Royong sekolah bersama MPM  di sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mukim Pundut. Kira-kira 50 orang turut bersama-sama menjayakan Program gotong royong bersama team Majlis Perbandaran Manjung. 




Semoga usaha murni ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan penduduk setempat seterusnya dapat memperindahkan kawasan tersebut.

Majlis Perasmian Pusat Rukun Tetangga Taman Manjung Point, Seri Manjung


   
Majlis Perasmian Pusat Rukun Tetangga Taman Manjung Point, Seri Mnjung di bawah kelolaan pihak Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Manjung /Perak Tengah telah berlangsung pada 17 Februari 2019 (Ahad), jam 3.00 petang di Pusat Rukan Tetangga Taman Manjung Point, Seri Manjung. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Dr. Md Farid B MD Rafik, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial). 


Dengan adanya Pusat Rukun Tetangga ini dapat memudahkan penduduk di Taman Manjung Point, Sri Manjung mengadakan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup. 

   





Tuesday 5 February 2019

LAWATAN YAB MENTERI BESAR PERAK KE DAERAH MANJUNG DISAMPING MERASMIKAN DATARAN BERUAS


Program Lawatan YAB Menteri Besar Perak ke Daerah Manjung disamping merasmikan Dataran Pekan Beruas telah berlangsung pada 1 Februari 2018 (Jumaat), 3.00 petang di Dataran Beruas. Program ini turut dihadiri lebih 200 orang tetamu yang hadir melibatkan semua agensi kerajaan,NGO dan penduduk setempat.

Program ini merupakan program pemimpin bersama komuniti setempat khususnya kawasan Beruas disamping merasmikan Dataran Pekan Beruas sebagai ikon baru Pusat Aktiviti komuniti Beruas.