About

Showing posts with label MMS KOMUNITI DAN ICT. Show all posts
Showing posts with label MMS KOMUNITI DAN ICT. Show all posts

Tuesday, 19 September 2017

KURSUS PENGKOMPOSAN MENGGUNAKAN SISA MAKANAN(TAKAKURA METHOD)



Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran Majlis Perbandaran Manjung telah mengambil inisiatif mengadakan Kursus Pengkomposan Menggunakan Sisa Makanan (Takura Method) pada 19/9/2017 bermula pada 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Alamanda & Stor Kompos Majlis Perbandaran Manjung yang melibatkan sesi teori dan praktikal. Mengapa Perlu Kompos? manfaat alam sekitar dengan kitar semula sumber organik berharga, menjimatkan wang pada baja untuk tumbuh-tumbuhan, bertindak sebagai perapi tanah yang baik dan menambah jumlah nutrisi tanah, dan menjimatkan air dengan mengekalkan kelembapan dalam tanah. Peserta yang terlibat terdiri daripada wakil Taman Fasa 1D1, Seri Manjung dan Taman Fasa 2J.





Thursday, 1 June 2017

BERBUKA PUASA @ KOMUNITI SURAU AL-SAADIAH


Program berbuka puasa @komuniti telah diadakan di Surau Al-Saadiah, Beruas pada 30 Mei 2017
bersamaan dengan 4 Ramadan Selasa. Program berbuka ini anjuran bersama Majlis Perbandaran Manjung dengan Ahli Majlis, Kawasan Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Penduduk. Program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat.





Monday, 23 January 2017

PROGRAM SEMARAK 2017(SEMARAK BERSAMA MASYARAKAT) & HARI TANPA KERETA


Program Semarak 2017 (Semarak Bersama Masyarakat) & Hari Tanpa Kereta telah diadakan pada 21 Januari 2017 (Sabtu) jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di Jalan Pinang Raja (Berhadapan Majlis Perbandaran Manjung). Antara aktiviti yang telah diadakan ialah jualan preloved manjung dan makanan ,Senamrobik Mega, Menanam Pokok sepanjang jalan, Sepak Raga, Skateboard dan Roller Blade, serta Street Soccer. Program ini selaras dengan Pelan Tranformasi Pihak Berkuasa Tempatan " PBT di Hati Rakyat" di mana ianya dapat merapatkan lagi hubungan dan jalinan kerjasama diantara semua pihak khususnya warga perbandaran Manjung disamping menyemai semangat usahasama dan inisiatif yang boleh dijayakan bersama Majlis Perbandaran Manjung.






Sunday, 4 October 2015

MANJUNGKU PERBANDARAN MAKMUR

PELAPORAN PROGRAM RAKAN TAMAN

PROGRAM       :  MANJUNGKU PERBANDARAN MAKMUR      

MAKLUMAT AKTIVITI :

Tarikh
Aktiviti Dilakukan
Bilangan Rakan Taman Terlibat
Penglibatan Agensi

4 Oktober 2015

8.30 pagi - 11.30 pagi









1.     Pelancaran program Rakan Taman Majlis Perbandaran Manjung.
2.     Perasmian Oleh Tuan Azizan bin Hj. Abd. Muin,Yang Dipertua,Majlis Perbandaran Manjung
3.     Gotong royong pembersihan kawasan taman melalui kaedah sapuan, cari dan kutip serta pengasingan bahan kitar semula
4.     Pelaksanaan praktikal/latihan teknik menanam pokok kepada ahli jawatankuasa Rakan Taman.
5.     Pelaksanaan praktikal/latihan teknik pemangkasan kepada ahli jawatankuasa Rakan Taman.
6.     gotong-royong pembersihan kawasan dan aktiviti cegah aedes
7.     Karnival Manjungku Perbandaran Makmur yang meliputi pameran bergerak MPM, Car Boot Sale dan Auto Show.
8.     Lukisan Mural


450 anggota

450 peserta merangkumi :-
a.     200 anggota TLDM
b.    40 Anggota MPM
c.     40 pelajar Universiti Kuala Lumpur
d.    170 pengerusi/setiausaha/
biro Jawatankuasa Perwakilan Penduduk

3.00 Petang


5.00 Petang

1.  Santai bersama Manjung Buskers.
2.  Semarak Cintai Bahasa : Sajak Terbuka.
3.   Sambutan ketibaan Konvoi Wings
4.    Santai bersama wings