About

Tuesday 26 March 2019

HARI PENDIDIKAN DAN KERJAYA 2019





22 DAN 23 Mc 2019 (Jumaat dan sabtu) telah berlangsungnya Hari Pendidikan Dan Kerjaya 2019 Daerah Manjung di perkarangan Masjid Nurul Hidayah,Masjid Daerah Manjung.Program yang dianjurkan pihak masjid ini adalah untuk memberi peluang Dan ruang kepada anak-anak muda mendapat info berkaitan Pendidikan Dan kerjaya.Pelbagai agensi kerajaan Dan swasta turun berhimpun selama dua hari bagi mempromosikan peluang Pendidikan Dan bantuan Pendidikan khusus buat anak-anak muda yang ingin melanjutkan pengajian.





Friday 22 March 2019

PROGRAM BERSAMA MEMACU HARAPAN BELANJAWAN NEGERI PERAK 2019 DAN SESI TOWN HALL MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG


Program Bersama Memacu Harapan Belanjawan Negeri Perak 2019 dan Sesi Town Hall Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan pada 20 Mac 2019 (Rabu), Jam 2.30 petang di Dewan Komuniti Taman samudera Perdan, Seri Manjung. Program dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Manjung telah dihadiri lebih 100 orang terdiri dari agensi kerajaan, Pengerusi MPKK, KRT dan komunti setempat. 


Tuesday 19 March 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA MAJU, SITIAWAN PADA 17 MAC 2019




Telah berlangsung Program Gotong Royong anjuran Persatuan Penduduk Taman Desa Maju, Sitiawan dan komuniti setempat bersama team MPM pada 17 Mac 2019 , jam 9.00 pagi di Padang Perumahan Taman Desa Maju, Sitiawan.

Dengan adanya program sebegini, ianya dapat mebersihkan dan menceriakan kawasan persekitaran dan akan menjadikan Perak Bersih pada tahun 2019.






Monday 18 March 2019

Program Gotong Royong Cegah Denggi di Taman Sudut Warisan, Fasa 3B, Seri Manjung



16 Mac 2019 (Sabtu), jam 7.30 pagi telah berlangsung Program gotong royong Cegah Denggi di Taman Sudut Warisan, Fasa 3B Seri Manjung. Program anjuran Kawasan rukun Tetangga Seri Manjung III Fasa 3B, Seri Manjung dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung.

Dengan adanya program sebegini, ianya dapat membersihkan dan menceriakan kawasan persekitaran dan akan menjadikan Perak bersih pada tahun 2019.



PROGRAM SEMARAK KOMUNITI i LOVE MANJUNG BERSAMA WARGA MANJUNG


17 Mac 2019 (Ahad), jam 8.00 pagi sedang berlangsung Karnival Semarak Komuniti i Love Manjung anjuran Komuniti i Love Manjung bersama Majlis Perbandaran Manjung di Dewan Komuniti Fasa 2G, Seri Manjung. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Manjung dan turut bersama Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung.
Antara aktiviti yang dijalankan senamrobik, pertandingan bola jaring 3 on 3, aktiviti jualan dan pameran, program derma darah dan kaunter khidmat pelanggan MPM. Dengan adanya program sebegini ianya dapat mengeratkan silaturrahim dan melahirkan komuniti yang harmnoi.






Monday 11 March 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG MEGA MEMBERSIHKAN TAMAN SERI LEKIR PADA 10 MAC 2019





PROGRAM GOTONG ROYONG MEGA MEMBERSIHKAN TAMAN SERI LEKIR ANJURAN JAWATANKUASA KOMUNITI TAMAN SERI LEKIR, SITIAWAN TELAH BERLANGSUNG PADA 10 MAC 2019 (AHAD), JAM 8.00 PAGI DI SURAU TAMAN SERI LEKIR, SITIAWAN. 

DENGAN ADANYA PROGRAM SEBEGINI IANYA DAPAT MENGALAKKAN MASYARAKAT BERSAMA-SAMA MEMUPUK BUDAYA CINTAI ALAM SEKITAR. 







PROGRAM GOTONG ROYONG BERSEPADU MPKK BATU 3 , SEGARI PADA 10 MAC 2019

Telah berlangsung Program Gotong Royong Bersepadu MPKK Batu 3, Segari pada 10 Mac 2019 (Ahad), jam 8.00 pagi di Batu 3, Segari. Program anjuran MPKK Batu 3, Segari telah dihadiri lebih 100 orang penduduk, termasuk agensi kerajaan dan anggota Majlis Perbandaran Manjung.

Dengan adanya program sebegini, ianya dapat menceriakan kawasan persekitaran dan memupuk budaya cintai alam sekitar dan menjadikan Perak Yang Bersih.





PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA TAMAN FASA 2C, SERI MANJUNG PADA 9 MAC 2019


Program gotong royong Perdana Fasa 2C, Seri Manjung telah berlangsung pada 9 Mac 2019 (Sabtu) jam 8.00 pagi di Dewan Kegiatan Masyarakat Fasa 2C, Seri Manjung. Program ini telah dihadiri lebih 100 orang penduduk sekitar termasuk team MPM.

Dengan adanya program sebegini ianya dapat menggalakkan masyrakat bersama-sama memupuk cintai alam sekitar dan menceriakan kawasan persekitaran.


PROGRAM GOTONG ROYONG MPKK BATU 7, LEKIR BERSAMA MASJID AR-RAUDAH DAN KEMAS







Telah berlangsung Program Gotong Royong MPKK Batu 7, Lekir pada 9 Mac 2019 (Sabtu) jam 8.00 pagi bertempat di Masjid Ar-Raudah, Tadika KEMAS dan di Jalan Mawar. Program ini telah dihadiri lebih 70 orang penduduk dan team MPM.

Dengan adanya program sebegini, ianya dapat membersihkan dan menceriakan kawasan persekitaran dan akan menjadikan Perak bersih pada tahun 2019.