About

Monday 29 August 2022

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT INISIATIF FAKULTI PERUBATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SEMPENA MAAL HIJRAH 1444H

 TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT INISIATIF FAKULTI PERUBATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SEMPENA MAAL HIJRAH 1444H

30.7.2022 (Sabtu), Pantai Peranginan Pasir Bogak, Pulau Pangkor menerima kunjungan 65 orang staf Fakulti Perubatan UiTM Cawangan Selangor dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) membersih pantai tersebut.
Program berkenaan turut mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 1 Unit Landskap dan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung.
Objektif program bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan pantai dan alam sekitar yang mampu memberi impak positif kepada komuniti tempatan dan pelancong untuk bersama-sama mengekalkan keindahan semulajadi pantai sebagai daya tarikan pelancongan ke Pulau Pangkor.
Sempena Maal Hijrah 1444, UiTM Cawangan Selangor telah membuka lembaran baru dengan membantu mengkomersialkan keindahan pantai Pasir Bogak melalui kempen pemuliharaan alam sekitar.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada UiTM Cawangan Selangor khususnya kepada staf Fakulti Perubatan.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






Saturday 27 August 2022

Program Manjung Car Free Day

Telah berlangsung dengan jayanya Program Manjung Car Free Day

Aktiviti utama adalah pelepasan kayuhan Sambutan 50 tahun Malaysian Institute of Planners (MIP) dengan dua kategori kayuhan iaitu 15km dan 50km.
Program ini dimeriahkan lagi dengan aktiviti Fit MPM @ Zumba, Perasmian Konvoi Kembara Merdeka, Demonstrasi Kitar Semula, Gotong- Royong Persisiran Pantai, Pameran Booth Low Carbon & Go Green dan juga Kibar Jalur Gemilang.
Program ini adalah juga bertujuan untuk menjadikan Pantai Peranginan Teluk Batik kearah sebuah kawasan pelancongan yang diiktiraf sebagai “Low Carbon Zone”.
Semoga usaha menjadikan Teluk Batik sebagai Zon Hijau ini dapat diteruskan dan berjaya dilaksanakan pada suatu masa kelak.
Setinggi ucapan tahniah juga diucapkan kepada Malaysian Institute of Planners yang sudi bersama-sama menjayakan program pada kali ini.
Bahagian Sukan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






Friday 26 August 2022

PROGRAM KELESTARIAN ALAM SEKITAR (KELAS) BRiSK KOLEJ KOMUNITI DAN POLITEKNIK NEGERI PERAK DENGAN KERJASAMA AGENSI KERAJAAN DAN BADAN BUKAN KERAJAAN

 27 Ogos 2022 (Sabtu), Taman Eko Rimba Pantai Pasir Panjang, Segari menjadi medan penutup Program penanaman 2000 anak pokok bakau Peringkat Negeri Perak di dua lokasi iaitu di Hutan Simpan Paya Bakau Kota Siam, Segari dan Hutan Simpan Paya Bakau Changkat Keruing oleh 140 orang pelajar dan pensyarah daripada 13 Kolej dan 1 Politeknik seluruh negeri Perak dan 40 orang kakitangan Hospital Teluk Intan dibawah seliaan badan bukan kerajaan NGO Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YDH Toh Seri Bijaya Lt.Kol. (B) Dato' Shaharudin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan (OBJ) Manjung.
Tetamu jemputan yang turut hadir ialah YB Wong May Ing, ADUN Pantai Remis, YBrs. Tuan Hishamudin Musa, Pengarah Kolej Komuniti Manjung, Puan Norjunainah Juri, Pengerusi BRiSK Kolej Komuniti Negeri Perak, Lt.Kol Bersekutu (PA) Dr. Khairul Baharin Mohd Baharuddin, Pengarah Hospital Teluk Intan, Tuan Haji Ahmad Rizal Haji Omar, Pengerusi Pengarah-Pengarah Kolej Negeri Perak,
Turut serta ialah Pengarah-pengarah Kolej Negeri Perak, Pengarah Politeknik Bagan Datuk, Timbalan Pengerusi Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan wakil-wakil dari Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC), Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Kakitangan Hospital Teluk Intan, Pensyarah dan Kakitangan Kolej Komuniti Negeri Perak serta pelajar.
Objektif program adalah bagi memberi kesedaran kepada semua pihak tentang kepentingan kawasan litupan pokok dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara.
Kempen yang dilaksanakan bertujuan memupuk semangat cintakan alam semulajadi melalui usaha penanaman pelbagai jenis pokok oleh segenap lapisan masyarakat.
Sokongan dan penglibatan agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat, syarikat-syarikat swasta dan Goverment Linked Companies (GLCs) amatlah digalakkan bagi mencapai Pokok Kita, Kehidupan kita dalam kempen "Penghijauan Malaysia".
Sekalung penghargaan kepada Kolej Komuniti Malaysia khususnya kepada Kolej-Kolej Komuniti dan Politeknik Negeri Perak dan Kakitangan Hospital Teluk Intan yang telah menjayakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dibawah kepanasan terik mentari dan lumpur yang mengekang pergerakan. Namun kepuasan tetap tercapai berkat kesungguhan para pelajar.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung







PROGRAM GOTONG-ROYONG BEBAS DENGGI INISIATIF PERSATUAN PENDUDUK PROAKTIF MENCERIAKAN KOMUNITI

 27 Ogos 2022 (Sabtu), kawasan taman perumahan kejiranan yang memiliki jawatankuasa persatuan penduduk yang proaktif untuk menjaga hal ehwal keselamatan kawasan kejiranan menjadi dambaan setiap komuniti kawasan perumahan.

Pagi ini bertempat di Taman Melur 2, Ayer Tawar telah diadakan program gotong-royong perdana membersih kawasan bagi membasmikan dan mencegah penularan wabak denggi di kawasan berisiko tinggi.
Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Melur 2, Ayer Tawar mengambil inisiatif murni dengan mengadakan program gotong-royong melibatkan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 3, Majlis Perbandaran Manjung.
Program tersebut turut dihadiri oleh YB Yahaya Mat Nor, ADUN Pasir Panjang dan Encik Hamdan Mohamed, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung (MPM)
Objektif program bagi membanteras kawasan berisiko pembiakan nyamuk Aedes dengan pembersihan dan pengindahan kawasan taman perumahan disamping memupuk semangat kerjasama, tanggungjawab dan menggalakkan peranan warga komuniti taman perumahan yang "belonging" terhadap kawasan kejiranan.
"Jiran sepakat membawa berkat"
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






Saturday 13 August 2022

PROGRAM MERDEKA@KOMUNITI KELUARGA MALAYSIA TAMAN BERPADU, SITIAWAN MENYEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTIK BULAN KEMERDEKAAN KALI KE-65

 14 Ogos 2022 (Ahad), bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Berpadu, Sitiawan sedang berlangsung program gotong-royong perdana dan pertandingan mewarna sempena Program Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia anjuran Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Taman Berpadu dan Taman Sejati 1 & 3 yang bertujuan untuk menyemarakkan bulan kemerdekaan negara dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Manjung dan Majlis Perbandaran Manjung.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs.Puan Hajah Sarinah Haji Ahmad, Pegawai Penerangan Daerah.
Jemputan yang turut hadir ialah Tuan Haji Ahmad Zamhuri Mahmud, Ahli Majlis, MPM Zon 12 (Sitiawan) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 12 MPM, Timb. Ketua Polis Balai Sitiawan, Ketua Pegawai AADK daerah Manjung, Wakil Ketua Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional daerah Manjung, Ketua KRT Taman Berpadu, KEMAS Astaka dan komuniti setempat.
Program dimulai dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Negaraku, Lagu Negeri Perak dan bacaan doa. Ucapan alu-aluan telah disampaikan Dr.Yusof Al Bakri Mohd Ismail, Pengerusi KRT Taman Berpadu dan Taman Sejati (KRT Padujati).
Objektif program bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan memeriahkan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2022 dengan pelbagai acara yang menarik diadakan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak bagi menyemai semangat cintakan negara melalui lukisan yang diwarnai dan program gotong-royong pembersihan kawasan bagi memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam komuniti di kawasan kejiranan berbilang kaum melayu, cina dan india di Taman Berpadu.
#keluarga Malaysia Teguh Bersama
Bahagian Kemasyarakatan,
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






Friday 12 August 2022

PROGRAM GOTONG-ROYONG DI KOMPLEKS KASTAM DIRAJA MALAYSIA DAERAH MANJUNG DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG (MPM) MEMUPUK HUBUNGAN UKHUWAH ANTARA AGENSI

 13 Ogos 2022 (Sabtu), bertempat di Kompleks Kastam DiRaja Malaysia Daerah Manjung di Jalan Haji Mohd Ali, Sitiawan sedang diadakan program gotong-royong memangkas dahan-dahan pokok yang menjadi transit haiwan terutama monyet liar yang mengundang kacau ganggu di kawasan kejiranan komuniti.

Encik Mohd Ansar bin Mohd Yusof, Ketua Kastam daerah Manjung turut hadir menyertai program gotong-royong tersebut.
Anggota pasukan Penyelenggaraan Pokok Unit Lanskap Majlis Perbandaran Manjung (MPM) anggota Kastam DiRaja Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) turut berganding bahu membersih kawasan persekitaran.
Objektif diadakan program tersebut ialah untuk mencegah kacau ganggu haiwan liar dengan memangkas dahan-dahan pokok yang telah menyentuh bumbung premis kediaman dan telah menjadi laluan kawanan monyet liar ke kawasan penempatan di samping memupuk kerjasama strategik antara agensi bagi membantu komuniti.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN LATIHAN KEBAKARAN INISIATIF PERSATUAN PENDUDUK FASA 2C SERI MANJUNG MEMBIMBING KOMUNITI

 13 Ogos 2022 (Sabtu), pagi tadi bertempat di Padang Komuniti Taman Fasa 2C, Seri Manjung telah diadakan Program Kesedaran Keselamatan Komuniti.

Program ialah anjuran Jawatankuasa Persatuan Penduduk Fasa 2C telah mendapat kerjasama dari Balai Bomba Seri Manjung, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Program tersebut telah dihadiri dan dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Rafiq Haji Mohd, Ahli Majlis Zon 7, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) yang mewakili YB ADUN Pulau Pangkor.
Jemputan lain yang turut menyerikan program ialah Tuan Suhaimy Mohd Suhail, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cawangan Seri Manjung, Encik Zaki Zainol dan Encik Safuan Abd.Razak yang mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 3 dan Encik Firdaus Zainal Abidin, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Manjung serta komuniti Taman Fasa 2C.
Aktiviti yang diadakan ialah ceramah kesedaran, mengenali dan tatacara guna alat pemadam api serta langkah-langkah pencegahan awal yang disasarkan untuk infomasi kepada golongan suri rumah tangga dan warga komuniti agar tidak panik apabila berdepan dengan kecemasan kebakaran yang dapat dikawal pada peringkat awal.
Antara pengisian yang disajikan ialah demostrasi penggunaan 4 jenis alat pemadam api berdasarkan kepada warna yang pada alat pemadam api termasuk jenis debu kering, karbon dioksida, air dan buih yang mempunyai tindakan berbeda antara satu sama lain sebagai medium pemadaman.
Semoga usaha murni Jawatankuasa Persatuan Penduduk Fasa 2C ini dapat membantu komuniti setempat menangani kebakaran dan kemahiran asas mencegah dan membantu pihak bomba ketika bencana sebenar berlaku.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






Wednesday 10 August 2022

PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENTAL, PENCEGAHAN PENDERAAN KANAK-KANAK DAN KEGANASAN RUMAH TANGGA PERINGKAT DAERAH MANJUNG 2022

 11 Ogos 2022 (Khamis)- Inisiatif yang harus diberi pujian kepada pengurusan Pejabat Kesihatan Daerah Manjung yang proaktif kearah melahirkan masyarakat daerah prihatin demi untuk mencapai aspirasi Keluarga Malaysia Bahagia Negara Sejahtera.

Perasmian program telah dilakukan oleh YB Encik Mohd Akmal Kamarudin, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Kerajaan Negeri Perak.
Dif-Dif jemputan yang turut hadir memeriahkan program ialah Tuan Syamsul Hazeman Md. Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Dr. Asraf Qamruddin, Pakar Kesihatan Awam, Pegawai Kesihatan Daerah Manjung, Dr. Nordin Nasir, Pengarah Hospital Seri Manjung dan Tuan ACP Nor Omar Sappi, Ketua Polis Daerah Manjung.
Kempen kesedaran kesihatan ini juga turut berjaya menghimpunkan penyertaan anggota dan wakil dari pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan pelajar sekolah untuk bersama-sama untuk mendapat infomasi dan menerap objektif program dalam memupuk agenda kesedaran, meningkat pengetahuan dan menghilangkan perasaan stigma masyarakat daerah mengenai kesihatan mental, pencegahan penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga.
Pada program yang sama turut diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak, saringan minda sihat, kaunter pameran kesihatan, kaunter derma organ, kaunter derma darah, kaunter pendaftaran persatuan pembangunan minda sihat komuniti, kaunter pemeriksaan kesihatan, PEKA B40, kaunter pemeriksaan gigi, ceramah minda sihat, forum Kembara Cinta Luka dan sesi soal jawab dua hala dalam merangka hala tuju, strategi inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung








Saturday 6 August 2022

PROGRAM PATRIOTIK HARI KEMERDEKAAN @ KOMUNITI TAMAN KIARA MENYEMAI BENIH GENERASI MUDA CINTAKAN NEGARA

 7 Ogos 2022 (Ahad), berbekalkan semangat patriotik yang membara, komuniti di Taman Kiara, Sitiawan bersatu tenaga bagi menjalankan program gotong-royong perdana pembersihan am kawasan kejiranan, pertandingan mewarna kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan.

Perasmian program telah dilaksanakan oleh Puan Hajah Sarinah Haji Ahmad, Pegawai Penerangan Daerah, Jabatan Penerangan Manjung itu turut dihadiri oleh Penolong Pegawai kedua-dua jabatan berkenaan, Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk dan komuniti setempat.
Program ini adalah anjuran Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar, Majlis Perbandaran Manjung dan Jabatan Penerangan Daerah Manjung.
Encik Rosli Abd Hamid selaku Pengerusi dan barisan Ahli-Ahli Jawatakuasanya mengambil inisiatif menyemai semangat cintakan negara kepada generasi pelapis melalui program yang dianjurkan. Semangat yang perlu dimiliki oleh setiap ketua komuniti taman kejiranan bagi meniup dan membentuk semangat generasi muda kearah kecintaan kepada negara.
Semoga usaha dan inisiatif murni yang telah dilaksanakan ini dapat memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme ke dalam jiwa kanak-kanak supaya terus kekal hingga remaja dan dewasa.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






MAJLIS KONVOKESYEN BAGI KALI PERTAMA PROGRAM empowerNCER LATIHAN KEMAHIRAN DAN KEUSAHAWANAN DAERAH MANJUNG DAN PERAK TENGAH

 7 Ogos 2022 (Ahad), bertempat di Dewan Ballroom Ritz Garden, Seri Manjung telah diadakan Majlis Konvokesyen Program empowerNCER buat julung kalinya bagi mengiktirafkan pencapaian 400 orang peserta dari daerah Manjung dan Perak Tengah.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Dato' Shaharudin bin Haji
Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung.
Turut hadir ialah YBhg. Datin Shahdee binti Dato' Ahmad, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan NCIA, Encik Mohd Amirudin bin Kesmiran, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Encik Norhisyam bin Karno, Ketua Penolong Pegawai Daerah Perak Tengah (Pembangunan), Cik Nur Baiti binti Jamalul Karib, Ketua Pejabat NCIA negeri Perak dan Encik Mohamad Anuarul Faiz bin Mohd Dahalan, Pengarah Projek empowerNCER negeri Perak dan Pulau Pinang serta wakil dari Majlis Perbandaran Manjung, Majlis Daerah Perak Tengah, Penghulu-Penghulu Mukim, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (SteP).
Program empowerNCER merupakan inisiatif serampang dua mata melalui Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan yang disasarkan kepada golongan dewasa dan belia yang menggangur dan Program Latihan Akademik untuk pelajar yang berprestasi sederhana dan lemah dari keluarga yang berpendapatan rendah dari kalangan isi rumah berpendapatan 40 peratus atau B40 dan matlamat pembangunan modal insan yang diperkenalkan oleh NCIA telah terbukti keberkesanannya dalam meningkat taraf hidup rakyat terutamanya masyarakat luar bandar di Wilayah Utara.
Pada program yang sama turut diadakan Anugerah Usahawan Cemerlang kepada 4 orang peserta dimana 2 orang peserta dari daerah Manjung yang berjaya keluar daripada kelompok B40 kepada M40 dan 2 orang peserta berjaya menjana pendapatan dalam kumpulan T20. "From Zero to Hero".
Semoga inisiatif murni berteraskan rakyat ini terus mendapat kejayaan dalam melahirkan usahawan yang dapat menjana pendapatan seterusnya dapat meningkatkan sosio ekonomi keluarga dan komuniti setempat.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung








Wednesday 3 August 2022

PROGRAM RAMAH MESRA KOMUNITI DAN PERJUMPAAN AWAM "TOWN HALL MEETING" AGENSI BERSAMA KOMUNITI PULAU PANGKOR SIRI 2 MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.

 PROGRAM RAMAH MESRA KOMUNITI DAN PERJUMPAAN AWAM "TOWN HALL MEETING" AGENSI BERSAMA KOMUNITI PULAU PANGKOR SIRI 2 MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.

3.8.2022 (Rabu) "..3S..Sand..Sea..Sun..." adalah tarikan utama pelancongan ke Pulau Pangkor. "..dan bangunkan Pulau Pangkor mengikut acuan sendiri.." ini adalah antara intipati ucaptama daripada Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung dalam program tersebut.
Bertempat di Dewan Kejora Garden Resort, Pasir Bogak, Pulau Pangkor telah diadakan Program Ramah Mesra Komuniti dan Perjumpaan Awam sesi "Town Hall Meeting" bagi mencari titik tengah penyelesaian isu dan masalah yang menghimpit komuniti Pulau Pangkor dalam suasana harmoni.
Program yang di pengerusikan oleh YB Dato' Seri DiRaja Dr. Haji Zambry Abdul Kadir, ADUN Pulau Pangkor turut disertai oleh Ketua Jabatan Daerah/Negeri dan Persekutuan yang terdiri daripada Majlis Perbandaran Manjung, Pejabat Tanah dan Daerah Manjung, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Lembaga Air Perak, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Perhilitan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Agensi Anti Dadah Kebangsaaan serta Penghulu Mukim.
Turut hadir adalah Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 1 (Pulau Pangkor) dan Zon 4 (Lumut), Ketua Jabatan/Ketua Unit Majlis Perbandaran Manjung, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung, badan bukan kerajaan, komuniti penjaja/peniaga dan juga komuniti awam.
Perjumpaan awam "Town Hall Meeting" yang memberi ruang dua hala antara agensi dan komuniti sebagai satu bentuk komunikasi yang membangun bagi mewujudkan keberadaan komuniti dalam pembangunan setempat dengan persefahaman, wawasan dan perancangan oleh pihak agensi dengan mendengar permasalahan komuniti dan mencari resolusi penyelesaiannya.
Hubungan yang baik antara agensi dan komuniti memudahkan kita untuk mencari kebersamaan bagi mengukuhkan keharmonian sosial dalam komuniti dan dibudayakan pula bagi memudahkan menangani isu dan cabaran sosial secara bersepadu antara agensi dan komuniti.
"...berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..."
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung