About

Friday 26 August 2022

PROGRAM GOTONG-ROYONG BEBAS DENGGI INISIATIF PERSATUAN PENDUDUK PROAKTIF MENCERIAKAN KOMUNITI

 27 Ogos 2022 (Sabtu), kawasan taman perumahan kejiranan yang memiliki jawatankuasa persatuan penduduk yang proaktif untuk menjaga hal ehwal keselamatan kawasan kejiranan menjadi dambaan setiap komuniti kawasan perumahan.

Pagi ini bertempat di Taman Melur 2, Ayer Tawar telah diadakan program gotong-royong perdana membersih kawasan bagi membasmikan dan mencegah penularan wabak denggi di kawasan berisiko tinggi.
Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Melur 2, Ayer Tawar mengambil inisiatif murni dengan mengadakan program gotong-royong melibatkan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 3, Majlis Perbandaran Manjung.
Program tersebut turut dihadiri oleh YB Yahaya Mat Nor, ADUN Pasir Panjang dan Encik Hamdan Mohamed, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung (MPM)
Objektif program bagi membanteras kawasan berisiko pembiakan nyamuk Aedes dengan pembersihan dan pengindahan kawasan taman perumahan disamping memupuk semangat kerjasama, tanggungjawab dan menggalakkan peranan warga komuniti taman perumahan yang "belonging" terhadap kawasan kejiranan.
"Jiran sepakat membawa berkat"
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






0 Comments:

Post a Comment