PROGRAM RAMAH MESRA KOMUNITI DAN PERJUMPAAN AWAM "TOWN HALL MEETING" AGENSI BERSAMA KOMUNITI PULAU PANGKOR SIRI 2 MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.
3.8.2022 (Rabu) "..3S..Sand..Sea..Sun..." adalah tarikan utama pelancongan ke Pulau Pangkor. "..dan bangunkan Pulau Pangkor mengikut acuan sendiri.." ini adalah antara intipati ucaptama daripada Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung dalam program tersebut.
Bertempat di Dewan Kejora Garden Resort, Pasir Bogak, Pulau Pangkor telah diadakan Program Ramah Mesra Komuniti dan Perjumpaan Awam sesi "Town Hall Meeting" bagi mencari titik tengah penyelesaian isu dan masalah yang menghimpit komuniti Pulau Pangkor dalam suasana harmoni.
Program yang di pengerusikan oleh YB Dato' Seri DiRaja Dr. Haji Zambry Abdul Kadir, ADUN Pulau Pangkor turut disertai oleh Ketua Jabatan Daerah/Negeri dan Persekutuan yang terdiri daripada Majlis Perbandaran Manjung, Pejabat Tanah dan Daerah Manjung, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Lembaga Air Perak, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Perhilitan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Agensi Anti Dadah Kebangsaaan serta Penghulu Mukim.
Turut hadir adalah Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 1 (Pulau Pangkor) dan Zon 4 (Lumut), Ketua Jabatan/Ketua Unit Majlis Perbandaran Manjung, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung, badan bukan kerajaan, komuniti penjaja/peniaga dan juga komuniti awam.
Perjumpaan awam "Town Hall Meeting" yang memberi ruang dua hala antara agensi dan komuniti sebagai satu bentuk komunikasi yang membangun bagi mewujudkan keberadaan komuniti dalam pembangunan setempat dengan persefahaman, wawasan dan perancangan oleh pihak agensi dengan mendengar permasalahan komuniti dan mencari resolusi penyelesaiannya.
Hubungan yang baik antara agensi dan komuniti memudahkan kita untuk mencari kebersamaan bagi mengukuhkan keharmonian sosial dalam komuniti dan dibudayakan pula bagi memudahkan menangani isu dan cabaran sosial secara bersepadu antara agensi dan komuniti.
"...berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..."
0 Comments:
Post a Comment