About

Saturday 6 August 2022

PROGRAM PATRIOTIK HARI KEMERDEKAAN @ KOMUNITI TAMAN KIARA MENYEMAI BENIH GENERASI MUDA CINTAKAN NEGARA

 7 Ogos 2022 (Ahad), berbekalkan semangat patriotik yang membara, komuniti di Taman Kiara, Sitiawan bersatu tenaga bagi menjalankan program gotong-royong perdana pembersihan am kawasan kejiranan, pertandingan mewarna kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan.

Perasmian program telah dilaksanakan oleh Puan Hajah Sarinah Haji Ahmad, Pegawai Penerangan Daerah, Jabatan Penerangan Manjung itu turut dihadiri oleh Penolong Pegawai kedua-dua jabatan berkenaan, Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk dan komuniti setempat.
Program ini adalah anjuran Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar, Majlis Perbandaran Manjung dan Jabatan Penerangan Daerah Manjung.
Encik Rosli Abd Hamid selaku Pengerusi dan barisan Ahli-Ahli Jawatakuasanya mengambil inisiatif menyemai semangat cintakan negara kepada generasi pelapis melalui program yang dianjurkan. Semangat yang perlu dimiliki oleh setiap ketua komuniti taman kejiranan bagi meniup dan membentuk semangat generasi muda kearah kecintaan kepada negara.
Semoga usaha dan inisiatif murni yang telah dilaksanakan ini dapat memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme ke dalam jiwa kanak-kanak supaya terus kekal hingga remaja dan dewasa.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






0 Comments:

Post a Comment