About

Saturday 13 August 2022

PROGRAM MERDEKA@KOMUNITI KELUARGA MALAYSIA TAMAN BERPADU, SITIAWAN MENYEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTIK BULAN KEMERDEKAAN KALI KE-65

 14 Ogos 2022 (Ahad), bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Berpadu, Sitiawan sedang berlangsung program gotong-royong perdana dan pertandingan mewarna sempena Program Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia anjuran Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Taman Berpadu dan Taman Sejati 1 & 3 yang bertujuan untuk menyemarakkan bulan kemerdekaan negara dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Manjung dan Majlis Perbandaran Manjung.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs.Puan Hajah Sarinah Haji Ahmad, Pegawai Penerangan Daerah.
Jemputan yang turut hadir ialah Tuan Haji Ahmad Zamhuri Mahmud, Ahli Majlis, MPM Zon 12 (Sitiawan) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 12 MPM, Timb. Ketua Polis Balai Sitiawan, Ketua Pegawai AADK daerah Manjung, Wakil Ketua Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional daerah Manjung, Ketua KRT Taman Berpadu, KEMAS Astaka dan komuniti setempat.
Program dimulai dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Negaraku, Lagu Negeri Perak dan bacaan doa. Ucapan alu-aluan telah disampaikan Dr.Yusof Al Bakri Mohd Ismail, Pengerusi KRT Taman Berpadu dan Taman Sejati (KRT Padujati).
Objektif program bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan memeriahkan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2022 dengan pelbagai acara yang menarik diadakan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak bagi menyemai semangat cintakan negara melalui lukisan yang diwarnai dan program gotong-royong pembersihan kawasan bagi memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam komuniti di kawasan kejiranan berbilang kaum melayu, cina dan india di Taman Berpadu.
#keluarga Malaysia Teguh Bersama
Bahagian Kemasyarakatan,
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






0 Comments:

Post a Comment