About

Friday 31 May 2019

MAJLIS BERBUKA PUASA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA WARGA ERAT

Pada hari ini 30 Mei 2019 (Khamis), telah berlangsung sebentar tadi Majlis Berbuka Puasa Majlis Perbandaran Manjung dan Parlimen Lumut Bersama Warga ERAT. (Ekspedisi Rakyat Terbela - komuniti miskin bandar) Bertempat di Restoran Horizon Garden, Pusat Perniagaan Manjung Point Seksyen III, Seri Manjung. Majlis ini berjaya mengumpulkan seramai 24 penerima bantuan projek ERAT yang telah hadir bersama ahli keluarga masing masing dengan jumlah yang dirai adalah seramai 75 orang. Warga ERAT yang dirai ini merupakan mereka yang begitu kuat dan tabah dalam meneruskan kelangsungan hidup. Sumbangan yang diberikan pada hari ini diharapkan dapat meringankan bebanan mereka lebih lebih lagi ketika kita semakin menghampiri lebaran. Jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah menyumbang termasuklah Jabatan dan Unit Majlis Perbandaran Manjung, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung, badan NGO dan pihak swasta. Kepada tangan yang memberi,semoga Allah melipatgandakan pahala anda semua dan kepada penerima, diharapkan sumbangan ini bermanfaat dan dapat memberikan senyuman ceria dihari lebaran nanti. Pengisian program yang mantap jika direnung sewaktu mereka menyuap, dapat dirasai denyut nadi mereka merasai nilai dan nikmat suapan itu dan juga keikhlasan,harapan apabila mereka mengucapkan terima kasih dan salam cukup erat terpancar wajar ceria mereka yg cukup menyentuh hati dan jiwa. Semoga Program ERAT ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung








Thursday 30 May 2019

MAJLIS BERBUKA PUASA 2019 : MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA KOMUNITI SETEMPAT - MASJID NURUL HIDAYAH, MASJID DAERAH MANJUNG


29 Mei 2019, di Masjid Nurul Hidayah, Masjid Daerah Manjung telah berlangsung sebentar tadi Majlis Berbuka Puasa Majlis Perbandaran Manjung Bersama Komuniti Setempat. Berikut adalah program yang ke-8 daripada 9 program yang disusun oleh Majlis Perbandaran Manjung bagi tahun 2019. Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung Tuan Mohd Helmi Bin Arifin telah hadir bersama-sama komuniti bagi tujuan berbuka puasa disamping itu juga telah menyampaikan sumbangan saguhati Hari Raya Idul Fitri kepada 14 orang asnaf anak yatim. Turut hadir Timbalan Pengerusi Masjid Nurul Hidayah Encik Ismail Bin Balua, Ahli Jawatankuasa Masjid dan komuniti setempat. Semoga hubungan silatturahim yang sediaada terjalin bertambah erat diantara Majlis Perbandaran Manjung dan komuniti setempat.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

Wednesday 29 May 2019

Hari ini 28 Mei 2019 program kali ke 7 Majlis Berbuka Puasa Majlis Perbandaran Manjung Bersama Komuniti Setempat berlangsung di Masjid Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor. Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung Encik Mohamad Sharil bin Salihan mengetuai kehadiran kakitangan jabatan seramai 20 orang. Turut hadir Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 2 (Pulau Pangkor) Encik Sharil bin Saari dan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 13 (Sg.Wangi-Kg Baru Lumut) Puan Wong Lay Keong menyantuni masyarakat setempat dengan menyampaikan bantuan Projek ERAT kepada seramai 14 ketua keluarga miskin bandar di zon Pangkor. Semoga usaha murni ini akan memantapkan lagi hubungan baik antara Majlis Perbandaran Manjung dan masyarakat setempat.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung








Tuesday 21 May 2019

Program Majlis Berbuka Puasa Majlis Perbandaran Manjung Bersama Komuniti Setempat - Segari

Image may contain: house, sky and outdoor
Masjid Arfiah Batu 3, Segari, Lumut hari ini menjadi lokasi ke-6 Program Majlis Berbuka Puasa Majlis Perbandaran Manjung Bersama Komuniti Setempat. 

Program dibawah anjuran Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung. Pada hari ini akan Majlis Perbandaran Manjung akan menyampaikan 3 bantuan Projek ERAT kepada 3 ketua keluarga miskin bandar yang terpilih di kawasan Pengkalan Bharu, Pantai Remis. 

Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Encik Mohamad Sharil Bin Salihan mengetuai rombongan daripada Majlis Perbandaran Manjung seramai 20 orang yang bersama-sama menyantuni masyarakat setempat.

Program dimulai dengan tahlil dan doa selamat dan berbuka puasa. Semoga hubungan silatturahim sediada terjalin diantara Majlis Perbandaran Manjung dan komuniti setempat terus erat.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung.

Monday 20 May 2019

Program Majlis Berbuka Puasa Majlis Perbandaran Manjung Bersama Komuniti Setempat - Taman Kiara, Sitiawan


Hari ini, 20 Mei 2019 (Isnin), Program Majlis Berbuka Puasa Majlis Perbandaran Manjung Bersama Komuniti Setempat bagi kali yang ke-5 daripada 9 program keseluruhannya. Surau Al-Iitihad, Taman Kiara, Sitiawan telah terpilih bagi tujuan tersebut. Majlis dimulai dengan majlis tahlil, doa selamat, solat maghrib berjemaah dan berbuka puasa. Ucapan aluan disampaikan oleh Encik Rosli Bin Abd Hamid, Pengerusi Rakan Taman, Taman Kiara. Majlis dihadiri oleh Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Encik Mohamad Sharil Bin Salihan, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung, Puan Noorazizah Binti Hamzah, Encik Shukri Bin Ismail Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, staf Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Manjung dan penduduk Taman Kiara. Objektif program adalah untuk mengimarahkan surau dan memuliakan bulan Ramadan  dan mengeratkan hubungan antara masyarakat. Semoga hubungan dan kerjasama baik antara penduduk perbandaran dan Majlis Perbandaran Manjung didalam mengerat hubungan silatturahim berpanjangan.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

 


MAJLIS BERBUKA PUASA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA KOMUNITI - BERUAS


Image may contain: sky and outdoor Hari ini 18 Mei 2019, Program Berbuka Puasa Majlis Perbandaran Manjung Bersama Komuniti Setempat


Masjid As'Saadah, Beruas menjadi lokasi ke-4 daripada 9 program yang diatur sepanjang bulan Ramadan ini. Disamping mengimarahkan masjid dan memuliakan bulan Ramadan pihak Majlis Perbandaran Manjung yang diketuai oleh Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Encik Mohamad Sharil Bin Salihan dan Ahli Majlis Zon 21 (Pekan Beruas-Batu Hampar-Kg Pengkalan Baru) Encik Mohd Adni Bin Adnan dan Encik Sofian Bin Ashfaq Ahmed Ahli Majlis Zon 19 (Beruas-Kg Banjar-Kg Gelong Gajah) beramal dengan menyampaikan sumbangan Projek ERAT kepada 3 orang miskin bandar bagi kawasan Beruas. Turut hadir Penghulu Beruas Encik Sharum Afandi, Ketua Balai Polis Beruas Tuan Mohd Sood Bin Othman. Semoga amalan mulia ini dapat mengeratkan hubungan baik Pihak Berkuasa Tempatan bersama komuniti perbandaran.












Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





PROGRAM IHYA RAMADAN BERSAMA SANTUNI WARGA PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting


17 Mei 2019 ( Jumaat , Program Ihya Ramadan Bersama Santuni Warga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Nur Hidayah, Taman Krishnan, Sitiawan. Telah berlangsung petang tadi, program dianjurkan dan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 11, Puan Nik Noorazizah Binti Hamzah. Majlis turut dihadiri oleh Puan Fatimah Nor Binti Abd Rahim Pegawai Tadbir Unit Korporat dan Perhubungan Awam, Encik Mohamad Shukri Bin Ismail, Penolong Pegawai Tadbir, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung. Ahli Majlis Puan Wong Lay Keong juga turut hadir. Majlis Penyampaian cenderahati kepada 47 orang anak-anak istimewa yang sungguh berbakat ini telah disantuni oleh Puan Noorazizah sendiri. Terpancar kegembiraan dan keceriaan di wajah anak-anak istimewa ini.

 Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan dan Komuniti
Majlis Perbandaran Manjung

Thursday 16 May 2019

PROGRAM MAJLIS BERBUKA PUASA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA KOMUNITI SETEMPAT



 Image may contain: 3 people, people sitting, table, food and indoor


15 Mei 2019 (Rabu) Program Majlis Berbuka Puasa Majlis Perbandaran Manjung Bersama Komuniti Setempat. Lokasi yang dikunjungi adalah Masjid At Taqwa Taman Dinding, Ayer Tawar. Selesai sahaja solat berjamaah dan berbuka puasa bersama kariah masjid diadakan pula majlis penyampaian bantuan ERAT (Ekspedisi Rakyat Terbela) berupa barangan keperluan harian kepada 4 orang penerima yang tersenarai bagi kawasan Ayer Tawar telah disampaikan oleh Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 14 (Ayer Tawar) Encik Awaluddin Bin Ahmad. Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Encik Mohamad Sharil Bin Salihan mengetuai rombongan daripada Majlis Perbandaran Manjung. Semoga sumbangan kecil ini tetapi mulia dan murni ini ini dapat membantu insan yang kurang berkemampuan di kawasan perbandaran. Natijahnya, mereka semua adalah sebahagian daripada komuniti kita.

Image may contain: 5 people, people sitting, table and indoor 

Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor




Image may contain: 5 people, people standing


















Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung