About

Sunday 5 May 2019

MAJLIS MERUKYAH HILAL RAMADHAN 1440H

 Image may contain: text

Majlis Merukyah Hilal Ramadhan 1440H, di Pantai Pasir Panjang, Segari (salah satu daripada 29 lokasi mencerap anak bulan) pada hari ini 29 Syaban 1440H / 5.5.2019 masihi. Kehadiran Yang Berbahagia Sahibul Samahah Tuan Haji Zamri bin Hashim (Timb Mufti Negeri Perak), Ybhg Orang Besar Jajahan Negeri Perak, Ybhg Dato' Haji Ashaari bin Hj Mohd Yazid, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri Perak, ADUN Pasir PanjangTuan Haji Yahaya bin Mat Noor, Pegawai2 Kerajaan Negeri Perak dan Daerah Manjung. Turut hadir mahasiswa / siswi UiTM Cawangan Seri Iskandar dan Cawangan Tapah, Sekolah Pondok Tahfiz Pendiat, Parit, Maahad Tahfiz & Kemujizat Alquran Pondok Air Jernih, Gerik dan orang ramai. Pelbagai program diadakan selepas solat Ansar berjemaah, majlis tahlil, tazkirah Ambang Ramadhan oleh Prof Madya Dr. Fairuz bin Mat Khir, Taklimat Falak oleh Ustaz Faizal bin Mat Jani dari Bahagian Falak Pejabat Mufti Negeri Perak. Majlis mencerap Hilal Ramadhan 1440H sedang menunggu detik dan ketika sekarang ini. Keputusan mula berpuasa untuk tahun ini sama-sama kita tunggu selepas matahari terbenam sebentar lagi.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

 Image may contain: 1 person    Image may contain: 1 person  

Image may contain: one or more people, people standing, sky and outdoor    Image may contain: 3 people, people standing  

Image may contain: 5 people    Image may contain: 7 people, people sitting







0 Comments:

Post a Comment