Telah berlangsung sebentar tadi Program Majlis Berbuka Puasa Majlis
Perbandaran Manjung Bersama Komuniti Setempat. Pada hari ini Surau Al
Hamdiah Taman Bintang, Pantai Remis menjadi lokasi kedua selepas Surau
Al Badariah Kampung Padang Tembak, Lumut pada 5 hari yang lepas. Ketua
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Encik Mohamad Sharil Bin Salihan
menjadi tonggak bagi Pihak Majlis Perbandaran Manjung turut serta 2
orang Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 3 (Damar Laut/Segari/Teluk
Senangin) Encik Zainul Abidin Bin Harun dan Zon 24 (Sg.Batu-Tanjung
Hantu) Encik Muhamad Nazri Bin Omar , kakitangan Majlis Perbandaran
Manjung dan komuniti Taman Bintang dan yang berhampiran. Objektif utama
program adalah untuk mengimarahkan masjid dan surau dengan berbuka puasa
bersama-sama disamping beramal dan meraikan bulan Ramadan secara tidak
langsung dapat menyemarak perpaduan dan bersilaturahim dalam suasana
harmoni. Semoga kerjasama baik Majlis Perbandaran Manjung dan komuniti
berterusan dengan jayanya.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
0 Comments:
Post a Comment