Hari ini 18 Mei 2019, Program Berbuka Puasa
Majlis Perbandaran Manjung Bersama Komuniti Setempat.
Masjid As'Saadah,
Beruas menjadi lokasi ke-4 daripada 9 program yang diatur sepanjang
bulan Ramadan ini. Disamping mengimarahkan masjid dan memuliakan bulan
Ramadan pihak Majlis Perbandaran Manjung yang diketuai oleh Ketua
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Encik Mohamad Sharil Bin Salihan
dan Ahli Majlis Zon 21 (Pekan Beruas-Batu Hampar-Kg Pengkalan Baru) Encik Mohd Adni Bin Adnan dan Encik Sofian Bin Ashfaq Ahmed Ahli Majlis Zon 19 (Beruas-Kg Banjar-Kg Gelong Gajah) beramal dengan menyampaikan sumbangan Projek ERAT kepada 3 orang miskin
bandar bagi kawasan Beruas. Turut hadir Penghulu Beruas Encik Sharum
Afandi, Ketua Balai Polis Beruas Tuan Mohd Sood Bin Othman. Semoga
amalan mulia ini dapat mengeratkan hubungan baik Pihak Berkuasa Tempatan
bersama komuniti perbandaran.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
0 Comments:
Post a Comment