Pada
hari ini 30 Mei 2019 (Khamis), telah berlangsung sebentar tadi Majlis
Berbuka Puasa Majlis Perbandaran Manjung dan Parlimen Lumut Bersama
Warga ERAT. (Ekspedisi Rakyat Terbela - komuniti miskin bandar)
Bertempat di Restoran Horizon Garden, Pusat Perniagaan Manjung Point
Seksyen III, Seri Manjung. Majlis ini berjaya mengumpulkan seramai
24 penerima bantuan projek ERAT yang telah hadir bersama ahli keluarga
masing masing dengan jumlah yang dirai adalah seramai 75 orang. Warga
ERAT yang dirai ini merupakan mereka yang begitu kuat dan tabah dalam
meneruskan kelangsungan hidup. Sumbangan yang diberikan pada hari ini
diharapkan dapat meringankan bebanan mereka lebih lebih lagi ketika kita
semakin menghampiri lebaran. Jutaan terima kasih diucapkan kepada
mereka yang telah menyumbang termasuklah Jabatan dan Unit Majlis
Perbandaran Manjung, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung, badan NGO
dan pihak swasta. Kepada tangan yang memberi,semoga Allah
melipatgandakan pahala anda semua dan kepada penerima, diharapkan
sumbangan ini bermanfaat dan dapat memberikan senyuman ceria dihari
lebaran nanti. Pengisian program yang mantap jika direnung sewaktu
mereka menyuap, dapat dirasai denyut nadi mereka merasai nilai dan
nikmat suapan itu dan juga keikhlasan,harapan apabila mereka
mengucapkan terima kasih dan salam cukup erat terpancar wajar ceria
mereka yg cukup menyentuh hati dan jiwa. Semoga Program ERAT ini dapat
diteruskan lagi pada masa hadapan.
0 Comments:
Post a Comment