About

Monday 29 October 2018

KARNIVAL KESEDARAN DIABETES


28.10.2018 telah berlangsungnya Karnival Kesedaran Diabetes anjuran bersama Kelab Lion dan Lioness Zon 14 bersama Majlis Perbandaran Manjung. Program ini diadakan di City Habour  International School, Seri Manjung jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari dan telah dirasmikan oleh YDH Toh Seri Bijaya LT. KOL. Dato' Shaharudin Bin Haji Nazari (B), dpmp.,PMP.,KAT.,AMP., PJM. Orang Besar Jajahan Manjung.Terdapat beberapa aktiviti menarik sepanjang program dijalankan seperti pemeriksaan mata,pemeriksaan darah, ceramah pemakanan seimbang,ceramah penjagaan kaki pesakit diabetes,senaman zumba, pameran narkotik PDRM dan acara mewarna bagi kanak-kanak.Program ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat agar lebih menjaga kesihatan terutama dalam pengambilan makanan bergula dalam kehidupan seharian agar penyakit diabetes dapat dihindarkan.




Monday 22 October 2018

PROGRAM GOTONG ROYONG DI SK KAMPUNG BARU (L), AYER TAWAR



20 Oktober 2018 telah berlangsungnya Program Gotong Royong di SK Kampung Baru (L), Ayer Tawar anjuran bersama Majlis Perbandaran Manjung. Turut hadir Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung bagi menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat memperindahkan kawasan sekolah tersebut.



Monday 8 October 2018

KEJOHANAN BOLA JARING SUKAN KERAJAAN TEMPATAN (SKTM 2018) MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA)


5-7 Oktober 2018 telah berlangsungnya Kejohanan Bola Jaring Sukan Kerajaan Tempatan (SKTM 2018) Majlis Perbandaran Manjung Bersama Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) yang melibatkan 24 pasukan di Dewan Tertutup Majlis Perbandaran Manjung. Terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat, Angkatan Pertahanan Awam Manjung, Kolej Vokasional Daerah Manjung, Persatuan Bola Jaring Negeri Perak dan yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung.Tahniah kepada MBPJ (Johan),MBSA (Naib Johan), MP Bentong (Ketiga) dan MP Taiping (Keempat). Semoga melalui kejohanan ini dapat memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara Pihak Berkuasa Tempatan