TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT INISIATIF FAKULTI PERUBATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SEMPENA MAAL HIJRAH 1444H
30.7.2022 (Sabtu), Pantai Peranginan Pasir Bogak, Pulau Pangkor menerima kunjungan 65 orang staf Fakulti Perubatan UiTM Cawangan Selangor dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) membersih pantai tersebut.
Program berkenaan turut mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 1 Unit Landskap dan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung.
Objektif program bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan pantai dan alam sekitar yang mampu memberi impak positif kepada komuniti tempatan dan pelancong untuk bersama-sama mengekalkan keindahan semulajadi pantai sebagai daya tarikan pelancongan ke Pulau Pangkor.
Sempena Maal Hijrah 1444, UiTM Cawangan Selangor telah membuka lembaran baru dengan membantu mengkomersialkan keindahan pantai Pasir Bogak melalui kempen pemuliharaan alam sekitar.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada UiTM Cawangan Selangor khususnya kepada staf Fakulti Perubatan.
0 Comments:
Post a Comment