Program Berbasikal bersama komuniti menyelami isu sosial (BESKAL) telah diadakan pada 11 Januari 2017 (Rabu), jam 9.00 Malam bertempat di Perkarangan Surau Ar-Rahman, Fasa 2 Gabungan, Fasa 2D, Seri Manjung. Program ini diadakan Untuk menyelami isu-isu sosial di kawasan Perbandaran Manjung Khususnya di Kawasan Rukun Tetangga. Di samping, dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat dengan pihak Majlis Perbandaran Manjung. Mencegah masalah sosial yang berlaku di Kawasan Rukun Tetangga terutama pada waktu malam. Mencegah masalah jenayah yang berlaku pada waktu malam terutama di Kawasan Rukun Tetangga serta melibatkan Penglibatan antara masyarakat, SRS, dan Warga Perbandaran Manjung .
0 Comments:
Post a Comment