About

Friday 25 June 2021

PROGRAM PENYERAHAN KOTAK MAKANAN PROJEK ERAT PBT KEPADA KOMUNITI TERKESAN

PENYERAHAN KOTAK MAKANAN PROJEK ERAT MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG KEPADA KOMUNITI YANG TERKESAN AKIBAT PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PANDEMIK COVID-19

Sebentar tadi bertempat di Restoran DY Kampung Lumut Kiri, Sitiawan telah diadakan majlis ringkas penyerahan 15 kotak makanan Projek ERAT (Expedisi Rakyat Terbela) Majlis Perbandaran Manjung kepada Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung.
 
Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung berbesar hati untuk turun padang ke lapangan bagi menyampaikan sendiri kotak makanan tersebut kepada Encik Hamdan bin Mohamed, Ahli Majlis Perbandaran Manjung merangkap "area officer" Zon 10 (Sitiawan) untuk disampaikan kepada 15 orang ketua keluarga yang didapati terjejas dan terkesan teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pandemik Covid-19.
 
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memiliki hikmah yang tersendiri dimana mempamerkan kebaikan dan kemurahan hati budi orang ramai, agensi dan badan swasta untuk saling membantu golongan yang memerlukan dengan diadakan pelbagai program bantuan makanan dan sebagainya agar semua lapisan masyarakat dapat mencontohi dan terlibat secara aktif dalam program komuniti sebegini.
 
Turut hadir pada program sebentar tadi adalah Encik Issamudin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat.
 
"...ringan sama dijinjing berat sama dipikul..."
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 






 
 

0 Comments:

Post a Comment