About

Wednesday 23 June 2021

PROGRAM PENYAMPAIAN SUMBANGAN BARANGAN MAKANAN KEPADA KOMUNITI TERJEJAS

PENYAMPAIAN SUMBANGAN BARANGAN MAKANAN KEPADA KOMUNITI TERJEJAS OLEH AHLI MAJLIS, MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG 

Pagi tadi bertempat di Pangsapuri Samudera, Manjung Point, Seri Manjung telah diadakan majlis ringkas bagi penyampaian sumbangan barangan makanan keperluan harian kepada 13 orang ketua keluarga yang terjejas teruk kerana ketiadaan punca pendapatan akibat pandemik Covid-19.
 
Encik Issamudin bin Ibrahim selaku Ketua Jabatan, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung bersama Tuan Haji Mohd Rafiq bin Haji Mohd, Ahli Majlis Zon 7 (Seri Manjung) dan Tuan Haji Rosli bin Abd Rahman, Ahli Majlis Zon 9 (Seri Manjung) turun padang menyantuni komuniti yang terjejas punca pendapatan akibat kehilangan pekerjaan dan pendapatan sepanjang lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
 
Sumbangan barangan adalah daripada inisiatif dan keprihatinan ADUN Pangkor mantan YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Di Raja Dr. Haji Zambry bin Abdul Kadir.
 
"Tidak banyak, tapi serba sedikit membantu".. amat sesuai pepatah bahasa tersebut dengan apa yang dihadapi oleh komuniti sekarang ini.
 
Semoga kita semua tabah dalam menghadapi kemelut pandemik Covid-19 yang tidak diketahui kesudahannya.
 
#Prihatin Rakyat
#kita belum menang
#kita jaga kita
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 




 

0 Comments:

Post a Comment