About

Friday 11 September 2020

PROGRAM MERDEKA @ KOMUNITI JALUR GEMILANG DAN GOTONG-ROYONG PERDANA BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 Pagi ini bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Datuk Seri Kamaruddin, Seri Manjung sedang berlangsung Program Merdeka@Komuniti Jalur Gemilang Dan Gotong Royong Perdana 2020.

 
Program telah dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Manjung Ybhg Tuan ACP Noh Omar Bin Sappi.
Antara agensi yang turut serta adalah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Pejabat Perpaduan Daerah, Majlis Perbandaran Manjung, Pejabat Penerangan Daerah, Penghulu Mukim Sitiawan dengan kerjasama KRT Daerah Manjung, JSPK termasuk KRT Kg Datuk Seri Kamaruddin.
Kampung Datuk Seri Kamaruddin, Seri Manjung dipilih sebagai tuan rumah bagi program yang ke-2 selepas program yang pertama diadakan di Taman Berpadu tempohari.
 
Pelbagai program telah diadakan sejak awal pagi termasuk gotong-royong Majlis Perbandaran Manjung Bersama Komuniti, peraduan mewarna kanak-kanak Tadika Kemas Daerah Manjung, pertandingan memasak Takoyaki, ceramah anti dadah, taklimat perniagaan daripada Pengerusi Persalam, taklimat AADK, persembahan sajak, penyerahan jalur gemilang kepada agensi kerajaan, JSPK Mukim Sitiawan dan komuniti setempat.
 
Objektif program adalah bagi memupuk perpaduan dan semangat kerjasama baik antara agensi kerajaan dengan penglibatan komuniti Daerah Manjung sempena bulan kemerdekaan dalam menghargai, mencintai dan menghormati negara tumpah darah ku Malaysia.
 
#Malaysia Prihatin
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 





0 Comments:

Post a Comment