About

Saturday, 12 September 2020

PROGRAM ZIARAH DAN MUSA'ADAH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) KE LUMUT DAN PANGKOR

 

..Musa'adah membawa maksud bantuan, pertolongan atau sokongan...
 
Petang tadi bertempat di Maahad Tahfiz Bayt Al- Ikhlas, Kampung Padang Tembak, Lumut telah berlangsung Program Ziarah YB Senator Datuk Dr Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
 
Rombongan YB Senator adalah dalam rangka lawatan ziarah Mahabbah SS Tan Sri Mufti Perak dan Menteri Besar Perak serta barisan Exco di Ipoh awal pagi tadi dan akan bergerak ke Pulau Pangkor petang nanti bagi memenuhi aturcara program tazkirah dan juga penyampaian Musa'adah Covid-19 kepada 150 orang Asnaf di Pulau Pangkor pada malam nanti.
 
Keesokkannya hari YB Senator akan memenuhi jadual aktiviti lawatan ke Sekolah Tahfiz Pangkor, ziarah dan makan tengahari di kediaman ibu YB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abdul Kadir, ADUN Pangkor dan ke Pangkalan TLDM bagi simbolik Majlis Musaadah Covid-19 kepada warga TLDM dan lawatan ke kapal KD Lekiu sebagai pengakhiran program.
 
Program petang tadi turut disertai oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh dan Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 2 Laksamana Pertama Dato' Anuar Bin Haji Alias.
 
Objektif program adalah inisiatif bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah termasuk intitusi yang menepati syarat yang ditetapkan yang terkesan dan terjejas pendapatan akibat wabak Covid-19.
 
#Musa'adah apa yang penting sampai ke sasaran, boleh dimanfaatkan seramai mungkin.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





 
 

0 Comments:

Post a Comment