About

Thursday 10 September 2020

PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSEPADU AGENSI KERAJAAN, SWASTA DAN KOMUNITI

 

Hari ini Program Gotong-Royong Bersih Indah di 8 kawasan zon di seluruh Pulau Pangkor Bebas Cukai diadakan secara bersepadu.

Program gotong-royong kebersihan persekitaran dilaksanakan sempena menyambut kedatangan lawatan kerja YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia ke Pulau Pangkor Bebas Cukai yang dijangkakan pada minggu berikutnya.
 
Program anjuran Majlis Perbandaran Manjung dengan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan yang terdapat di pulau Bebas Cukai tersebut adalah daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Lembaga Air Perak, pihak penyelenggaraan kebersihan swasta E-Idaman Sdn.Bhd, NGO Combi Pulau Pangkor, Team Beach Boys, komuniti Pulau Pangkor, Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung dan Ahli Jawatankuasa Penduduk Zon 1 (Pulau Pangkor) Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung.
 
Objektif program adalah bagi mewujudkan hubungan kerjasama yang baik, semangat bergotong-royong dan menjalin ikatan yang kukuh antara agensi kerajaan, badan swasta dan komuniti setempat bagi meraikan kedatangan YAB Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 tersebut.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung








 

0 Comments:

Post a Comment