About

Saturday, 12 September 2020

PROGRAM GOTONG-ROYONG "WORLD CLEAN UP DAY" MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA PERSATUAN AKTIVIS SAHABAT ALAM (KUASA)

 

Pagi ini bertempat di Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Segari sedang berlangsung Program Gotong Royong Pembersihan Persisiran Pantai sempena "World Clean Up Day".

Program anjuran Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) bersama sukarelawan untuk membebaskan bumi daripada permasalahan sampah sarap dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung.
 
Program tersebut adalah sejajar dengan visi Majlis Perbandaran Manjung untuk menjadikan Perbandaran Manjung sebagai bandar pelancongan dan maritim yang maju, progresif dan makmur.
 
Seramai lebih kurang 70 orang terdiri drp sukarelawan dan aktivis KUASA berganding bahu bagi tujuan yang sama mengutip sampah sarap terdiri daripada plastik dan lain-lain sepanjang persisiran Pantai Pasir Panjang tersebut.
 
Objektif program adalah mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat untuk dikunjungi dan memberi peluang yang cerah kepada hidupan marin seperti penyu untuk terus hidup agar tidak pupus untuk generasi akan datang.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





 

0 Comments:

Post a Comment