About

Tuesday 15 September 2020

Program Merdeka@Komuniti Gotong-Royong Komuniti Bersama Majlis Perbandaran Manjung.

 Bertempat di Padang Awam Taman Bintang, Pantai Remis pagi tadi telah berlangsung Program Merdeka@Komuniti Gotong Royong Komuniti Bersama Majlis Perbandaran Manjung.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Manjung yang telah berlangsung pada petang kelmarin hingga lewat malam tadi disambung lagi pada pagi ini dengan program senamrobik dan aktiviti gotong royong membersih kawasan padang tersebut.
 
Jabatan Kesihatan Persekitaran Dan Perkhidmatan Bandar Zon 3 Majlis Perbandaran Manjung turun membantu komuniti setempat bagi membersihkan kawasan padang awam tersebut.
 
Objektif program adalah bagi menanam sikap murni menjaga kebersihan persekitaran kawasan awam dan memupuk semangat kerjasama antara komuniti setempat dan Pihak Berkuasa Tempatan.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 

 




 

0 Comments:

Post a Comment