PROGRAM PENDIDIKAN DAN PEMULIHARAAN PANTAI PENDARATAN PENYU - INISIATIF PERSATUAN AKTIVITIS SAHABAT ALAM (KUASA) DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
14 Mei 2022 (Sabtu) - Dua program pembersihan pantai telah diadakan dalam satu hari di lokasi yang sama iaitu di Pantai Pasir Panjang, Segari.
Sebelum itu, program bersama Pantai Hospital Manjung (PHM) telah berakhir pada jam 1.00 petang telah disambung semula oleh badan amal Eko-Eko Roots and Shoots Malaysia yang berpengkalan di Kuala Lumpur bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang.
Terima kasih kepada Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dibawah pimpinan Encik Noor Ismady Ahmad Radzuan, selaku Timbalan Pengerusi persatuan yang sanggup bekerjasama dengan Unit Perkhimatan Bandar Zon 3, Majlis Perbandaran Manjung dalam kedua-dua kempen kebersihan pantai tersebut sejak awal pagi hingga lewat petang.
Sebanyak 492.7kg sampah sarap dari pelbagai jenis dapat dipungut oleh 57 orang sukarelawan Eko-Eko Roots and Shoots, KUASA dan Majlis Perbandaran Manjung.
Turut hadir ialah Encik Rasli bin Ibrahim, Pengerusi Persatuan Pencinta dan Pemuliharaan Penyu Pulau Pangkor (PENCINTA).
Semoga usaha murni dan inisiasif badan bukan kerajaan khususnya yang terdapat di daerah Manjung terus subur untuk menjalin kerjasama bersama Pihak Berkuasa Tempatan dalam mewujudkan persekitaran pantai yang bersih, ceria dan selamat dikunjungi disamping meningkat kesedaran awam, sikap kebertanggungjawaban semua pihak termasuk agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan perairan pantai.
#pantai milik semua.
0 Comments:
Post a Comment