16 November 2019 (Sabtu), Program Beach Clean Up Universiti Malaya telah diadakan di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor.
Program anjuran Jabatan Geografi, Fakulti Sastera Dan Sains di
koordinasikan oleh Pensyarah Kanan, Dr. Tengku Adeline Adura Binti
Tengku Hamzah telah membawa bersama 30 orang pelajar Tahun 2 dari
Jabatan Grografi.
Agenda program bukanlah untuk berjaya mengumpul
sampah terbanyak tetapi adalah mengutip sampah sambil membuat kajian
dan meneliti komposisi sampah yang
dibuang di persisir pantai secara terperinci dan mendalam.
Maklumat yang
terkumpul ini akan digunakan pada masa hadapan untuk merancang corak
pengurusan sisa yang sesuai dan lebih berkesan.
Monday, 18 November 2019
PROGRAM "BEACH CLEAN UP" UNIVERSITI MALAYA DI TELUK NIPAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment