About

Sunday 17 November 2019

PROGRAM SEPAKAT@KOMUNITI DAERAH MANJUNG - 17.11.2019

Hari ini di Dataran Maritim Lumut, sedang berlangsung Program Sepakat@Komuniti Harapan Malaysia, Daerah Manjung Sempena Pulau Pangkor Bebas Cukai 2020 Dan Wacana Belanjawan 2020.

Program telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Razak Bin Nazri, Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan juga merangkap Ahli Parlimen Lumut.

Program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Daerah Manjung telah diadakan seawal jam 7.00 pagi tadi melalui acara sukan "Funwalk" yang telah dilakukan pelepasan oleh Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Komander Nordin Bin Ahmad. 

Pelbagai acara diadakan termasuk pameran kios agensi kerajaan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Jabatan Kastam Malaysia dan pembukaan kaunter bayaran dan infomasi Pangkor Pulau Bebas Cukai oleh Majlis Perbandaran Manjung, aktiviti mewarna kanak-kanak, kuiz interaktif (kahoot), ceramah berkenaan Pembangunan Koperasi Menuju Pulau Pangkor Bebas Cukai, ceramah Belanjawan Persekutuan 2020 dan cabutan kupon bertuah kepada pengunjung.

Program adalah bagi menyemarakkan hubungan erat antara komuniti pelbagai kaum bersama agensi kerajaan di dalam memacu pembangunan negara. 

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






0 Comments:

Post a Comment