About

Sunday 17 November 2019

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1441 H - FASA 2D

Sempena bulan Rabiulawal. Bulan yang mulia, ditunggu-tunggu oleh seluruh umat islam di seluruh dunia. Sambutan Maulidur Rasul 1441H anjuran IKRAM Manjung dengan kerjasama Jawatan kuasa Masjid Ar Rahman sedang berlangsung di Masjid Ar Rahman, Fasa 2D, Seri Manjung.

Program bermula sejak jam 3.00 petang tadi melalui pelbagai program maulid bersama Aulad, pertandingan kuiz dan menulis khat jawi kepada kanak-kanak, perarakan dan pada malam nanti akan di adakan ceramah umum oleh Lt. Kol. Ustaz Dr. Mohd Mazli Bin Mohd Aini daripada KAGAT, penceramah RTM dan TYDP Batang Padang.

Perarakan Maulidur Rasul juga diadakan dibawah pimpinan Al Fadil Ustaz Haji Mohd Faizal Bin Jamaluddin, Jawatankuasa Masjid dan pelajar Kolej Vokasional Seri Manjung bagi membesarkan pujian kepada seorang insan Nabi Muhammad (s.a.w) seorang Rasulullah teragung yang telah di lahirkan ke dunia ini dan telah merubah landskap kehidupan dan peradaban manusia daripada kegelapan jahiliah kepada zaman cahaya keimanan.

Objektif program yang diadakan adalah bagi menunjuk kecintaan kepada Rasulullah, pengamalan sunnah dan menghayati sirah pengorbanan nabi Rasulullah S.A.W.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung









0 Comments:

Post a Comment