Pantai
Peranginan Teluk Senangin pagi ini dikunjungi oleh 41 orang Mahasiswa
dan Mahasiswi Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Cawangan Kampar,
Perak bagi melaksanakan aktiviti gotong royong mengutip sampah sarap di
sepanjang pantai peranginan tersebut.
Program dianjurkan oleh Persatuan Khidmat Komuniti Universiti Tunku Abdul Rahman dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung.
Program inisiatif ini adalah bagi mewujudkan kesedaran dan mendidik masyarakat tentang betapa banyaknya sampah yang kita buang di tempat awam tanpa rasa tanggungjawab, sedangkan ia sepatutnya tidak berlaku.

Semoga usaha murni
yang telah dilaksanakan ini mengundang kesedaran kepada masyarakat dan
pengunjung pantai peranginan untuk meletakkan rasa tanggungjawab menjaga
kebersihan pantai secara bersama dan berterusan.
Bahagian Kemasyarakatan/Pelancongan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
Bahagian Kemasyarakatan/Pelancongan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
0 Comments:
Post a Comment