Sedang berlangsung sekarang Program Makan Malam Dan Menandatangani
Memorandum Persefahaman (MoU) Rakan Strategik SK Pantai Remis.
Program di anjurkan di Cafe Bougainvillea, SK Pantai Remis, Pantai Remis.
SK Pantai Remis asalnya sebuah sekolah persisir pantai yang serba
kekurangan dan menghadapi masalah kedatangan pelajar tetapi telah
berubah wajah kini dengan mencapai pelbagai kejayaan dan kecemerlangan
serta kehadiran pelajar yang konsisten hasil daripada kejujuran Guru Besar dan Guru-Guru yang bersemangat waja dan berwibawa.
Kehadiran Pegawai Daerah Manjung, Dato' Haji Mohamad Fariz Bin Mohamad
Hanip, Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Dr. Mohd Suhaimi Bin Mohamed
Ali sebagai saksi kepada 5 rakan strategik termasuk Majlis Perbandaran
Manjung yang telah di hadiri oleh Setiausaha Majlis Perbandaran
Manjung, Encik Mohd Helmi Bin Arifin, Encik Mohamad Akhir Bin Abdul
Latif, dari Pejabat Pendidikan Daerah Manjung, Pegawai Cenergy Sea Sdn
Bhd, Agrobank, BSN dan 21 rakan kolabarasi SK Pantai Remis.
Semoga dengan hubungan strategik yang telah terjalin ini dapat memberi dan membantu sekolah serta pelajar di dalam bentuk bantuan kerjasama yang banyak memberi manfaat.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
Semoga dengan hubungan strategik yang telah terjalin ini dapat memberi dan membantu sekolah serta pelajar di dalam bentuk bantuan kerjasama yang banyak memberi manfaat.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
0 Comments:
Post a Comment