Pantai Teluk Senangin pagi ini dikunjungi oleh Rektor Prof. Sr Dr Md
Yusof Bin Hamid, Pensyarah Dr. Sallehan Bin Ismail dan 38 orang Pelajar
UiTM Seri Iskandar Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka melaksanakan
program aktiviti khidmat masyarakat mengutip sampah dan pembersihan
kawasan pantai.
Pantai peranginan Teluk Senangin menjadi
destinasi pilihan kunjungan UiTM FSLSR hari ini memandangkan musim cuti
persekolahan telah bermula dan pantai peranginan ini secara tidak
langsung menjadi tumpuan awam untuk beristirehat dan banyak aktiviti pembuangan sampah bakal berlaku.
Justeru itu, program murni pada pagi menjurus kepada mengutip sampah
disamping memberi pendidikan nilai-nilai baik dan terpuji kepada
pengunjung pantai peranginan agar bersama-sama menjaga kebersihan
kawasan pantai perkelahan agar kekal bersih, selesa dan selamat untuk
dikunjungi.
Semoga usaha murni yang di telah sumbangkan oleh UiTM pada pagi ini memberi impak yang baik kepada tindakan bersih dan indah Local Agenda 21 Majlis Perbandaran Manjung.
Terima kasih UiTM Seri Iskandar.."keep clean beaches.." sepertimana pekikan semangat pelajar di awal program tadi.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

0 Comments:
Post a Comment