About

Saturday, 9 November 2019

PROGRAM KEMPEN KESEDARAN DIABETES 2019

SJK(T) Maha Ganesa Viddyasalai, Kg.Selamat; Sitiawan hari ini menjadi tempat tumpuan orang ramai ke Program Kempen Kesedaran Diabetes 2019. 

Program anjuran Kelab Lions & Lioness Zon 14 dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan termasuk Majlis Perbandaran Manjung, SJK(T) Maha Ganesa Viddayasalai, Klinik Pergigian ATM, Panel Penasihat Klinik Kesihatan, Agensi Anti Dadah Negara (AADK) dan Mandarin Opto Medic.

Pelbagai aktiviti diadakan iaitu kaunter bayaran Majlis Perbandaran Manjung, pameran kios agensi kerajaan, pameran kesihatan dan aktiviti senamrobik, pemeriksaan gigi, mata dan juga ceramah kesihatan.

Objektif program adalah bagi meningkat kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi kerajaan dan swasta bagi menerap konsep hidup sihat kepada komuniti menjurus kepada kebersihan diri, kebersihan tempat tinggal komuniti, pemakanan seimbang, senaman yang konsisten, mengelakkan stress dan menjauhi najis dadah.

Semoga program yang telah dianjurkan dapat mendidik komuniti kawasan perbandaran Daerah Manjung agar dapat menitik beratkan kehidupan yang bersih, ceria, sihat dan harmoni.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung.





0 Comments:

Post a Comment