About

Saturday, 23 November 2019

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MASJID AL-KHAIRIAH, BATU 14 LEKIR

Malam ini, Masjid Al-Khairiah Batu 14, Lekir menjadi lokasi sambutan Maulidur Rasul 1441H sempena bulan Rabiulawal.

Rabiulawal adalah bulan dimana lahirnya seorang insan yang amat teristimewa. Lahirnya membawa rahmat pada sekalian alam.

Program anjuran Pemuda Kg Batu 14 Lekir dengan kerjasama MPKK Batu 14, Masjid Al-Khairiah serta Jawatankuasa Penduduk Zon 11 Lekir, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Puan Nik Noorazizah Binti Hamzah.

Malam penghayatan Islam yang diadakan ini adalah bagi memperingati bulan Rabiulawal, bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Program di meriahkan dengan bacaan maulid memuji-muji kebesaran Allah SWT dan baginda Nabi Rasulullah Muhammad SAW.

Program juga diselitkan dengan majlis penyampaian barang keperluan harian Projek ERAT Majlis Perbandaran Manjung kepada 40 orang asnaf yang layak di Zon Lekir.

Kemunculan penceramah bebas jemputan khas Al - Fadil Ustaz Wadi Anuar Bin Ayub, pengasas dan pengerusi Akademi Darul Iftak amat dinanti-nantikan oleh hadirin bagi memenuhi sesi penyampaian ceramah majlis ilmu "Akhir Zaman" menjadikan program sunyi sepi kerana menghayati setiap tutur kata yang penuh berhikmah daripada Al-quran dan Hadith yang di sampaikannya.

Akhlak terbaik dan terpuji Baginda Rasulullah Muhammad SAW perlu menjadi ikutan, selawat kepada baginda Rasulullah sebagai penghapus dosa. Kehebatan selawat akan terbukti semasa di padang Mashyar iaitu orang-orang yang paling banyak berselawat di dunia akan berada paling hampir bersama Nabi Muhammad SAW di Padang Mashyar kelak.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






0 Comments:

Post a Comment